TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Sakit Sendi Di Kalangan Warga Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni saya nak kongsi tentang satu artikel yang baru saya baca. Ia tentang masalah sakit sendi yang selalu dihadapi oleh warga emas. Salah satu sebab juga kenapa golongan ini menjadi pengunjung setia di klinik tempat saya bertugas. Saya nak ambil peluang untuk berkongsi tentang masalah ini dengan semua supaya semua orang ada sedikit pengetahuan tentang masalah ini.



FAKTA TENTANG SAKIT SENDI ATAU OSTEOARTHRITIS

  • Aduan biasa dari golongan warga emas " mak cik sakit lutut, rasa macam nak jatuh, susah nak turun tangga"
  •  Sakit sendi berlaku apabila banyak pergerakan dan hilang bila berehat
  • OA adalah masalah biasa yang sering dilihat di klinik kesihatan
  •  OA berlaku kepada 50% orang dewasa yang berumur 65 tahun ke atas dan banyak kes adalah dari golongan wanita yang berumur 55 tahun ke atas berbanding lelaki.
  •  OA selalu melibatkan sendi-sendi penting seperti lutut, pinggul, cervical (leher) dan tulang belakang (lumbosacral). 
  • OA didiagnos berdasarkan simptom dan x ray. Tiada ujian yang specifik yang diperlukan untuk membuat diagnosis.


FAKTOR - FAKTOR RISIKO UNTUK MENDAPAT OSTEOARHTRITIS



1- peningkatan umur - semakin kita meningkat usia, semakin kita berisiko untuk mendapat OA. Ini disebabkan penurunan tulang rawan, bahan pembuatan tulang rawan iaitu proteoglycan, masalah salur darah di tulang rawan.

2- obesity - sekali lagi masalah obesiti yang boleh memyebabkan penyakit OA. Ia meningkatkan tekanan mekanikal ke atas sendi yang mengampu berat badan. Ia sangat berhubung dengan OA di lutut. Adakala berat badan akan memberi kesan lebih buruk sekiranya seseorang telah ada OA.

3- jantina - selepas umur 45 tahun, OA banyak terjadi di kalangan wanita. Ada kajian menunjukkan golongan wanita akan menunjukkan sakit yang lebih pada otot dan sendi berbanding lelaki.

4- sebab-sebab lain adalah trauma atau sejarah pembedahan pada tulang rawan, ligamen yang boleh membawa kepada OA.


APA YANG TERJADI KEPADA SENDI OA?






RAWATAN OSTEOARTHRITIS

pesakit yang datang ke klinik disebabkan oleh sakit untuk bergerak. Selain dari simptom, doktor akan bertanya sejauh mana simptoms - simptoms tersebut mengganggu kehidupan seharian, bagaimana dengan aktiviti yang tidak boleh dilakukan disebabkan oleh masalah sendi tersebut.

Bergantung kepada tahap sakit, saya akan memberi ubat untuk melegakan sakit sendi tersebut.

1- paracetamol
     Mak cik- mak cik  dan pak cik - pak cik lebih mengenali ubat ini dengan pangilan Ubat KK. Ini untuk OA yang ringan. Dos paracetamol yang sesuai adalah 650-1000mg sehingga 4 kali sehari. paracetamol kurang kesan sampingan berbanding NSAIDs. Dalam dos yang tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati

2- NSAIDs
     NSAIDs adalah kumpulan ubat yang lebih kuat berbanding paracetamol. Ia digunakan untuk tahap sakit yang sederhana atau lebih teruk untuk OA. Semua pesakit yang mengambil NSAIDs seperti ponstant, voltaren, sepatutnya diingatkan tentang kesan sampingan seperti radang atau pendarahan pada perut, gangguan pada fungsi buah pinggang dan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

Di atas adalah ubat-ubatan yang ada di klinik dan selalu diberi oleh pegawai perubatan. Ubat- ubatan lain yang ada dan boleh menolong adalah tramadol (opiod) atau cox2 inhibitor seperti cerebrex. Untuk pesakit OA yang agak teruk, suntikan steroid pada sendi boleh diberikan oleh pakar bahagian ortopedik.

Sekiranya tahap OA adalah teruk dan rawatan dengan ubat tidak lagi dapat mengurangkan sakit dan simptom - simptom sakit, kejang menganggu fungsi harian, pesakit akan dirujuk ke hospital untuk pembedahan sendi.


RAWATAN ALTERNATIF UNTUK OSTEOARHTRITIS


1- Cuba tuam dengan haba dan ais pada sendi yang sakit

2- Kurangkan berat badan - berat badan yang sesuai antara BMI 18.5 hingga 25

3- Senaman dalam bentuk kuatkan otot bahagian yang terlibat dan aerobik. nanti saya akan kongsikan bagaimana senaman ringan ini boleh dilakukan di rumah



4- pengambilan glucosamine juga disarankan oleh doctor pakar bagi mengurangkan sakit pada sendi. Kesan pengambilan glucosamine boleh dilihat selepas 3 bulan.


Semoga bermanfaat 



Kemudahan Kesihatan Di Malaysia Yang Patut Anda Ambil Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua

Entri kali ini saya ingin memberi pendedahan sedikit tentang kemudahan kesihatan yang terdapat di Negara kita. Ini kerana masih ramai yang tidak tahu menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Sebagai salah seorang kakitangan Kementerian Kesihatan ingin menggunakan saluran ini supaya orang awam tahu ke mana harus dituju untuk mendapatkan rawatan. Adakala kemudahan ini di salah guna dan menimbulkan masalah kepada staff kesihatan.

Di Malaysia, kita ada klinik desa, klinik kesihatan, klinik ibu dan anak dan juga hospital. Yang paling terbaru adalah kewujudan klinik 1 Malaysia. Banyak perbezaan antara semua fasiliti ini dalam usaha memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit. Saya mahu anda yang membaca tahu ke mana perlu dituju bila ada masalah kesihatan. Bukan semua masalah kita perlu serbu hospital.

KLINIK DESA



Klinik desa adalah klinik kecil yang beroperasi untuk pemeriksaan ibu dan kanak-kanak. Klinik ini hanya diuruskan oleh jururawat masyarakat dan jururawat terlatih. Rawatan pesakit luar yang ringan mungkin boleh diberi tetapi bergantung kepada keadaan di klinik tersebut. Jika pesakit mempunyai masalah yang rumit, jururawat akan merujuk klinik ibu dan anak atau klinik kesihatan terdekat.


KLINIK 1 MALAYSIA




Klinik 1 Malaysia baru saja diwujudkan beberapa tahun lepas. Klinik ini ada 2 atau 3 buah sahaja di setiap daerah. Selalunya lokasinya adalah di kawasan penduduk yang padat. Ia berfungsi untuk memberi rawatan pesakit luar bagi mengurangkan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan ataupun hospital. Ia memulakan operasi bermula 10 pagi hingga 10 mlm dan dibuka setiap hari.

Klinik 1 Malaysia diuruskan oleh pembantu perubatan, jururawat masyrakat, jururawat terlatih dan pembantu perawatan kesihatan. Ada sesetengah klinik 1 Malaysia yang terpilih mempunyai pegawai perubatan yang bertugas. Di sini, tiada makmal ataupun kemudahan x ray. Ia merawat sakit-sakit ringan sahaja. Sekiranya pembantu perubatan mendapati pesakit agak kritikal ataupun perlu pemeriksaaan lanjut, dia akan merujuk  pesakit ke klinik kesihatan terdekat ataupun hospital.


KLINIK KESIHATAN ATAU KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK



Klinik Kesihatan adalah klinik besar yang mempunyai kemudahan makmal, x ray dan farmasi. Di sini ada pegawai perubatan yang bertugas dan dibantu oleh staf-staf kesihatan yang lain. Ada sesetengah klinik kesihatan, mempunyai pakar kesihatan keluarga yang menjadi rujukan pegawai perubatan sekiranya terdapat masalah dalam merawat pesakit. Klinik kesihatan beroperasi dari pukul 8pg hingga 5 petang, mengikut jadual waktu pejabat. ada beberapa klinik kesihatan yang terpilih di Malaysia beroperasi hingga 930 mlm dan pada hari Sabtu 8pg hingga 1230 tghari.

Klinik kesihatan berfungsi untuk memberi rawatan pesakit luar dan juga rawatan untuk penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Klinik kesihatan diwujudkan di setiap kawasan terpilih. Contohnya di daerah Kuala Muda, Kedah, klinik kesihatan terdapat di Merbok, Bedong, Bakar Arang, Bukit Selambau, Kota Kuala Muda dan di Bandar Sungai Petani. Kepada semua, dapatkan rawatan di klinik kesihatan terdekat dengan anda.

Tidak ada beza tentang kemudahan kesihatan di Malaysia. Tidak wujud pun sana lebih sini kurang di klinik kesihatan kerana semua klinik kesihatan mempunyai pegawai perubatan yang sedia berkhidmat untuk memberikan rawatan yang terbaik kepada semua pesakit.

Bila seorang ibu mengandung dan telah mempunyai buku rekod rawatan ibu mengandung, anda boleh dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Buku rekod kesihatan ibu mengandung perlu dibawa ke mana sahaja anda pergi dan menjadi rujukan kepada pegawai perubatan yang bertugas.

HOSPITAL





Hospital adalah tempat rujukan dari semua klinik sama ada untuk kemasukan ke wad ataupun untuk mendapat temujanji pakar. Di sini ada klinik-klinik pakar, wad kecemasan, wad bersalin, bilik-bilik pembedahan dan wad-wad pesakit.

Untuk masuk ke wad, anda perlu melalui sama ada rujukan dari dari bahagian kecemasan ataupun melalui rujukan dari klinik kesihatan. Wad kecemasan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu tanpa henti. Ada pegawai perubatan, pembantu perubatan yang bertugas mengikut shift. Kes-kes dilihat mengikut klasifikasi triage warna

Merah untuk kes emergency yang mengancam nyawa yang akan dilihat segera
Kuning untuk kes semiemergency
Hijau untuk kes-kes ringan, pesakit luar

Saya berharap kalau anda sakit demam batuk selsema yang tidak teruk boleh ke klinik kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan awal. Ada klinik kesihatan yang beroperasi semasa waktu pejabat dan klinik 1 Malaysia yang buka hingga 10 mlm. Jika kemudahan-kemudahan ini tutup barulah ke hospital. Ini akan mengurangkan lambakan pesakit zon hijau di wad kecemasan dan mengurangkan aduan "tunggu 5jam dapat panadol sahaja".

Untuk berjumpa dengan doctor di klinik pakar, anda perlu ke klinik kesihatan terdekat dahulu untuk mendapatkan penilaian dan rawatan awal. Bukan semua kes perlu dirujuk kepada pakar. Jika ada kes-kes rumit yang tidak dapat dirawat di klinik kesihatan barulah pesakit akan dirujuk ke klinik pakar. Klinik pakar akan memberi tarikh temujanji kepada pesakit mengikut kes yang dirujuk.


Entri ini adalah untuk memberikan penjelasan bagaimana menggunakan sistem kemudahan kesihatan yang ada di sekeliling kita. 

Saya sebagai staff kesihatan sudah berjumpa dengan 
pelbagai kerenah pesakit dan saya sudah cuba memberikan 
yang terbaik untuk pesakit saya. Saya berharap penjelasan ini
 boleh merubah cara anda menggunakan kemudahan kemudahan kesihatan 
yang ada di tempat anda. 



Tips Untuk Ibu Ayah Bila Anak Demam, Batuk & Selsema

Baru-baru ini, Balqis demam 4 hari selepas balik berhari raya di Alor Setar. Mungkin factor cuaca yang menyebabkan dengan tiba-tiba Balqis demam, batuk dan selsema. Bila anak demam dan suami terpaksa meninggalkan saya sendirian menjaga anak yang sakit, saya agak tertekan. Susah hati bertambah lagi bila si kecil ini susah sangat untuk makan ubat berbanding abangnya. Mujur kali ini, adik sahaja yang demam, kalau abang juga berjangkit boleh tumbang saya dibuatnya.

Bila anak demam, perkara yang saya paling takut jika anak itu mendapat sawan panas (Febrile fit). Saya rasa ia satu keadaan yang boleh menjadi mimpi ngeri jika saya sendirian menghadapinya. Sebab itu sangat penting ibu atau bapa menjaga anak demam supaya suhu badan tidak terlampau tinggi.

Bila anak demam, ibu gundah gulana

SAWAN PANAS "FEBRILE FIT"


selalunya ia berlaku kepada anak yang berumur linkungan 6 bulan hingga 6 tahun yang demam tinggi - suhu badan mencecah 38.5 dan ke atas. Suhu badan Balqis tempohari dalam 38-40 ^C, sangat menakutkan.

semasa sawan berlaku, selalunya tangan dan kaki anak menjadi kejang, mata terbeliak ke atas (uprolling eye ball) ataupun gigi diketap. Adakala anak boleh terkencing atau terberak semasa sawan.

selalunya sawan panas adalah singkat dan ada yang lama sehingga mengambil masa dalam 15minit sebelum berhenti sendiri. Anak akan menjadi mengantuk selepas sawan.


APA YANG IBU PERLU BUAT JIKA ANAK DEMAM?


1- Pastikan anak yang demam diberikan ubat mengikut dos dan masa yang ditetapkan oleh doktor. Kalau anak susah makan ubat macam Balqis, pastikan di rumah ada menyimpan ubat dalam bentuk suppository - ubat demam yang boleh disumbat ke dalam punggung anak sekiranya demam terlalu tinggi. Dan itu yang terpaksa saya lakukan untuk turunkan suhu badan Balqis dengan cepat.

NOTA: ubat suppository perlu disimpan di dalam peti ais untuk mengelakkan ia cair.

2- Lapkan badan anak dengan tuala basah untuk menurunkan suhu badan - tepid sponging. Selepas memberikan ubat kepada anak, adakala ia mengambil masa untuk menurunkan suhu badan. Dengan mengelap badan anak, ia akan menyejukkan dan mengurangkan risiko untuk mendapat sawan panas.

3- Bab pemakanan anak semasa demam juga perlu diambil berat oleh ibu. Air sangat penting untuk mengurangkan demam. Jika anak masih menyusu, berikan susu dengan kerap. Makanan sihat yang senang dihadam dan diberikan dalam jumlah yang kecil juga elok untuk anak yang demam. Ini termasuklah nasi, bijirin, pisang, biskut atau roti.

4- Mandian span boleh melegakan anak dan mengurangkan demam. Selalu mandikan anak dengan air suam kerana air sejuk boleh menaikkan suhu badan dan menyebabkannya menggigil.

5- Si kecil yang demam perlukan rehat yang banyak tapi tidak bermaksud dia perlu tidur sepanjang masa tetapi cuba hadkan aktiviti fizikalnya.

6- Bila anak demam, pakaikan anak dengan baju yang nipis dan menggunakan cadar dan selimut yang nipis. Jika anak memakai baju yang tebal atau memakai beberapa lapis baju, ia boleh membebaskan haba badan dan menyebabkan demamnya meningkat. Masa Balqis demam, saya membiarkan dia tidur dengan memakai pampers sahaja bagi memudahkan saya untuk mengelap badannya jika suhu badannya panas. Pastikan suhu bilik tidak terlalu sejuk atau panas.

7- Jika bole , ibu bapa boleh beli penyukat suhu badan "Termometer" untuk memantau suhu badan anak di rumah. Saya nasihatkan perkara ini terutama kepada yang baru bergelar ibu bapa kerana situasi anak kecil yang demam perlu perhatian rapi.

Sekiranya demam berlarutan, atau menjadi lebih teruk, atau ada symptom lain seperti batuk, selsema yang merisaukan ibu bapa, bawa anak ke klinik dengan segera.

Tempohari Balqis demam agak lama dan memaksa saya untuk membawanya ke klinik untuk pemeriksaan darah. Alhamdulillah cuma demam virus.

Semasa demam hari tu, Balqis turut mendapat batuk dan selsema. Batuk Balqis kedengaran seperti penuh dengan kahak.


BILA ANAK BATUK 



Batuk sebenarnya adalah cara tubuh membersih dan melindungi lubang udara daripada mucus dan lain-lain rembesan. Batuk juga adalah satu petanda suatu penyakit.


Batuk yang basah TANPA tercungap-cungap atau pernafasan laju mungkin berpunca dari jangkitan virus di hidung, sinus, tekak atau salur udara besar paru-paru. Selalunya akan ada bersama symptom-symptom lain seperti bersin, selsema, mata berair ataupun demam yang sederhana. Dan itulah yang dialami Balqis.

Ibu perlu risau bila :

  • anak batuk tercungap-cungap
  • pernafasan laju
  • letih, tidak aktif seperti biasa
  • tidak lalu makan
  • bertambah teruk pada waktu malam atau selepas bersenam
  • batuk yang berlarutan lebih dari 10 hari

UBAT - UBATAN UNTUK ANAK KECIL YANG BATUK DAN SELSEMA

Sejujurnya saya tidak suka memberi ubat batuk kepada anak saya meskipun kadang-kadang terpaksa kerana desakan suami. Kepada pesakit anak-anak kecil yang datang ke klinik sekalipun saya akan sentiasa menasihati ibubapa agar menggunakan ubat tersebut bila perlu. Bila batuk anak tersebut bertambah teruk dan menyebabkan anak itu tidak boleh tidur.

Ibubapa perlu tahu batuk sebenarnya baik untuk kanak-kanak. Ia membantu menyahkan kahak daripada saluran pernafasan.

1- UBAT PEMBANTUT KAHAK - jika batuk anak anda membuatkannya terjaga di waktu malam, ubat ini boleh membantu merencatkan tindakan reflex di dalam tekak dan saluran trakea dan boleh menolongnya tidur.

2- EKSPEKTORAN - ini adalah ubat untuk mencairkan kahak. Kajian-kajian telah menunjukkan ubat ini sebenarnya tidak banyak membantu.

3- UBAT TITIS BATUK - ia berkesan untuk meningkatkan penghasilan air liur yang dapat melegakan tekak anak dan mencairkan kahak.

Di klinik saya, ada notis dari jabatan yang dikeluarkan untuk tidak memberikan ubat batuk dan selsema kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. saya harap ibubapa faham kenapa bila datang klinik, ada doktor yang hanya memberikan ubat paracetamol sahaja untuk anak yang demam, batuk dan selsema. Perlu diingat setiap ubat ada kesan sampingannya dan pihak KKM tidak mahu sebarang kesan sampingan berlaku kepada anak-anak kecil ini sedangkan penyakit tersebut boleh sembuh dengan sendirinya.



Ibubapa perlu berwaspada dengan symptom-symptom bahaya yang sudah saya jelaskan di atas untuk segera ke  hospital sekiranya ada.


REMEDI-REMEDI DI RUMAH


Galakkan anak minum air - menolong mengekalkan kelembapan tekak dan mengurangkan risiko dehidrasi

Berikan makanan sedikit sejuk - pemanis mulut yang sejuk seperti jus buah dan ais batu boleh mengebaskan tekak anak yang sakit

Berikan sup ayam - kajian menunjukkan sup ayam mengandungi bahan anti radang yang boleh meredakan symptom selsema dan hidung berair

Kumur dengan air garam - air garam ini boleh dibuat sendiri di rumah yang boleh mengurangkan radang pada tekak.

Tinggikan kedudukan kepalanya - supaya boleh menghalang mucus daripada tersumbat di saluran hidung. Jika anak lebih daripada 2 tahun, biarkan dia tidur mengiring atau meniarap


Harap entri ini membantu ibu bapa di rumah bagi menjaga anak yang demam, batuk, selsema. Jika masih susah hati, boleh bawa anak ke klinik kesihatan berhampiran untuk berjumpa doktor.


Jom kongsi maklumat ini untuk kebaikan bersama!





Mitos Tentang Breastfeeding

Kejayaan seseorang ibu untuk menyusukan anaknya bergantung kepada kekuatan mental ibu sendiri dan oleh sebab itu ilmu tentang penyusuan susu ibu sangat penting untuk diketahui. Kadang kala campur tangan orang sekeliling termasuk ahli keluarga boleh menyumbang kepada kegagalan menyusukan bayi dengan susu ibu.

Breastfeeding anak anda

Mitos yg utama yang selalu didengar KEBANYAKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP especially untuk yang baru bergelar ibu. Ini tidak benar sama sekali. Sesungguhnya majoriti ibu mengeluarkan lebih dari cukup susu untuk anaknya. Kadang-kadang berat badan anak tidak bertambah bukan disebabkan susu ibu kurang tapi anak tak dapat susu yg dimiliki oleh ibu tersebut. Isu perlekapan yg betul adalah penting untuk bayi mendapat susu yang cukup.


TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN.

Ini satu lagi alasan untuk ibu bertukar fikiran untuk memberi susu formula. Sekali lagi mungkin masalah pelekapan payudara dalam memberi susu kepada anak. Kedudukan bayi menyusu juga menyumbang kepada tidak dapat susu awal iaitu kolostrum. Sememangnya pada hari-hari awal kelahiran payudara tidak mengeluarkan susu yang banyak. Yang keluar adalah kolostrum iaitu susu awal yang pekat dengan antibody. Namun sentiasa percaya susu ibu cukup untuk anak itu. Think positif mommies. Sama macam apa yang saya lalui untuk menyusukan anak saya, ibu selalu mengatakan susu saya tak cukup sebab itu anak masih menangis, saya hanya diam dan tekad dengan keputusan saya. Saya percaya susu saya cukup untuk anak saya sebab itu anak saya masih menyusu sampai ke hari ini. Minda yang positif akan buat hasilnya juga positif.


BAYI YANG MENYUSU BADAN PERLU AIR MASAK

Ini satu lagi benda penting yang mommies kena tahu, anak yang menyusu badan TIDAK PERLU air masak. Kandungan susu ibu sudah lengkap, sempurna untuk bayi. Malah memberikan air masak akan mengundang masalah kepada bayi. Orang dulu2 masih ada yang memberi nasihat supaya diberikan air masak tapi kita perlu sedikit keberanian yang berhemah unttk menolak nasihat ini. Kandungan air masak boleh mendatangkan bahaya kepada anak kecil tersebut.


IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI NAK SUSUKAN BAYI

Tak perlulah nak cuci puting. Membasuh puting  sebelum menyusukan bayi membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak pelindungan dari puting. Sebab menyusu badan itu MUDAH!



MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI

Banyaknya susu ibu itu sebenarnya bergantung kepada banyak factor termasuk paras tekanan ibu. Bayi yang menyusu dengan baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yang dipam oleh ibu. Jadi jumlah susu yang diperolehi selepas mengepam bukan jumlah sebenar susu yang mommies ada. Tak perlu tambah stress kalau susu yang diperoleh pada sesi mengepam sikit. Yang penting bersyukur, itu rezeki anak buat masa tu.



So mommies , buat persediaan dengan ilmu penyusuan. Cari sebanyak mana ilmu tentang susu ibu. Kerana ini akan memastikan anda berjaya untuk memberikan yang terbaik kepada si kecil. Don’t give any excuse. Sesungguhnya Allah menganugerahkan susu ibu kepada kita dan itu adalah hak si kecil. Cuma kita perlu belajar supaya kita berjaya dalam usaha tersebut.



Saya doakan yang terbaik untuk mommies. If there’s anything that I can help do contact me. It's my pleasure to help you from my knowledge 
and experience. 





Senggugut Masalah Wanita Setiap Bulan

Sudah hampir dua minggu kita berhari raya, klinik tempat saya bekerja semakin sesak dengan pesakit-pesakit yang datang mendapatkan rawatan. Pelbagai masalah yang menyebabkan mereka datang untuk mendapatkan ubat bagi melegakan masalah yang dihadapi.

Dalam banyak-banyak kes yang saya jumpa saya teringat seorang adik perempuan yang berusia belasan tahun yang datang berjumpa saya mengadu sakit ketika datang bulan. Ketika itu dia baru sahaja mendapat period - hari kedua. Bukan setakat sakit, dia turut merasa loya dan mual. Ini adalah symptom-symptom biasa syndrome prahaid (PMS)

Sebagai pengamal perubatan, ubat yang akan diberi untuk menggurangkan sakit adalah paracetamol ataupun untuk tahap sakit yang lebih kuat adalah dari kumpulan NSAIDs (Non Steroidal Anti Inflammatory). Paracetamol yang lebih dikenali sebagai Panadol ataupun KK manakala NSAIDs selalunya saya akan berikan Mefenamic Acid ataupun lebih dikenali dengan nama Ponstant di kalangan masyarakat umum. Tidak dinafikan penggunaan ubat-ubat ini tanpa kawalan boleh mengundang kesan sampingan. Tambahan pula ubat-ubat ini dijual di farmasi tanpa perlu mendapatkan preskripsi dari doktor. Selalunya remaja-remaja perempuan akan membelinya untuk menghilangkan sakit kerana malas untuk menunggu lama di klinik.


Sahabat saya baru-baru ini ada bercerita tentang kisah seorang wanita yang mendapat masalah buah pinggang yang memerlukan dialysis akibat penggunaan "painkiller" yang kerap akibat masalah senggugut. Aduhh... Saya tumpang simpati, di usia yang sangat muda, wanita itu perlu untuk melalui masalah kesihatan yang agak sulit sebegini. Huhuhu.. Sebab itu saya rasa bertanggungjawab itu memberi pengetahuan tentang senggugut kepada masyarakat umum.


PEREMPUAN DAN SENGGUGUT

Sengugut boleh menganggu aktiviti harian


Senggugut atau dalam bahasa lain adalah sakit ketika datang bulan yang boleh mengganggu aktiviti harian. Susah nak describe rasa sakit senggugut ni. Hanya mengalaminya akan tahu seksanya menghadapi sakit tersebut. Sebagai wanita, saya juga tidak boleh lari dari masalah senggugut cuma senggugut itu tidak teruk hingga mengganggu kehidupan saya dan berakhir apabila berumah tangga.


Senggugut berlaku kerana pengecutan rahim untuk mengeluarkan  tisu-tisu dinding rahim yang sebelum ini menebal sebagai persediaan sekiranya berlaku kehamilan. Apabila pengecutan berlaku ia akan  mengurangkan oksigen ke sesetengah bahagian tisu dalam rahim dan ini boleh memberikan rasa sakit kepada seorang perempuan. Rasa sakit senggugut ini juga disebabkan oleh pengecutan otot dinding rahim yang kuat kerana pangkal rahim wanita muda adalah kecil bagi mengeluarkan darah haid.




Kadang-kadang selain dari sakit, perempuan itu boleh juga mendapat rasa mual, muntah, sakit kepala, cirit-birit, sembelit ataupun keletihan.


PAIN KILLER DAN SENGGUGUT


Memang benar pengamal perubatan akan memberi pesakit pain killer untuk melegakan senggugut. Namun saya akan sentiasa memberitahu kesan sampingan dengan penggunaan ubat tersebut. Pesakit harus menggunakan mana ubat-ubat dengan kawalan. Menggunakan pada masa yang betul dan ikut arahan pegawai farmasi. Penggunaan tanpa henti boleh memudaratkan hingga boleh membawa maut.


Kesan sampingan yang biasa saya temui akibat pengambilan ubat tahan sakit adalah radang pada dinding perut yang lebih sinonim dipanggil gastrik oleh masyarakat. ubat tahan sakit dari kumpulan NSAIDs ini akan menyebabkan peningkatan asid dalam perut dan mengurangkan pelindungan pada dinding perut sendiri. tahap yang paling teruk ubat tahan sakit tersebut boleh melukakan perut dan menyebabkan pembentukan ulser ataupun pendarahan.


Kesan pengambilan ubat tahan sakit secara tidak terkawal dan tanpa henti boleh mengganggu fungsi buah pinggang hingga boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang dan memerlukan pesakit menjalani dialysis.


Seharusnya wanita yang menghadapi senggugut yang teruk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut kerana senggugut mungkin juga symptom kepada masalah lain seperti cyst pada ovary ataupun endometriosis.



APA YANG BOLEH DIBUAT UNTUK MENGHILANGKAN SENGGUGUT SELAIN DARI UBAT TAHAN SAKIT


Beberapa cara alternative boleh dilakukan oleh wanita yang mengalami senggugut untuk mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit. Antaranya :

  • kurangkan pengambilan gula, garam dan kafein
  • meningkatkan makanan fibre
  • rehat dan tidur yang cukup
  • amalkan minum air suam
  • masukkan air suam ke dalam botol dan tuam di atas bahagian perut yang sakit (Hot water bottle)
Hot bottle compression



Saya harap tips tips yang saya berikan akan membantu wanita -wanita yang mengalami masalah senggugut. Semoga masalah ini tidak terus mengganggu anda




 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in