TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

ADOII.. SAKITNYA LUTUT MAK CIK, DOKTOR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni saya nak kongsi tentang satu artikel yang baru saya baca. Ia tentang masalah sakit sendi yang selalu dihadapi oleh warga emas. Salah satu sebab juga kenapa golongan ini menjadi pengunjung setia di klinik tempat saya bertugas. Saya nak ambil peluang untuk berkongsi tentang masalah ini dengan semua supaya semua orang ada sedikit pengetahuan tentang masalah ini.



FAKTA TENTANG SAKIT SENDI ATAU OSTEOARTHRITIS



  • Aduan biasa dari golongan warga emas " mak cik sakit lutut, rasa macam nak jatuh, susah nak turun tangga"



  •  Sakit sendi berlaku apabila banyak pergerakan dan hilang bila berehat



  • OA adalah masalah biasa yang sering dilihat di klinik kesihatan



  •  OA berlaku kepada 50% orang dewasa yang berumur 65 tahun ke atas dan banyak kes adalah dari golongan wanita yang berumur 55 tahun ke atas berbanding lelaki.



  •  OA selalu melibatkan sendi-sendi penting seperti lutut, pinggul, cervical (leher) dan tulang belakang (lumbosacral). 



  • OA didiagnos berdasarkan simptom dan x ray. Tiada ujian yang specifik yang diperlukan untuk membuat diagnosis.


FAKTOR - FAKTOR RISIKO UNTUK MENDAPAT OSTEOARHTRITIS



1- peningkatan umur - semakin kita meningkat usia, semakin kita berisiko untuk mendapat OA. Ini disebabkan penurunan tulang rawan, bahan pembuatan tulang rawan iaitu proteoglycan, masalah salur darah di tulang rawan.

2- obesity - sekali lagi masalah obesiti yang boleh memyebabkan penyakit OA. Ia meningkatkan tekanan mekanikal ke atas sendi yang mengampu berat badan. Ia sangat berhubung dengan OA di lutut. Adakala berat badan akan memberi kesan lebih buruk sekiranya seseorang telah ada OA.

3- jantina - selepas umur 45 tahun, OA banyak terjadi di kalangan wanita. Ada kajian menunjukkan golongan wanita akan menunjukkan sakit yang lebih pada otot dan sendi berbanding lelaki.

4- sebab-sebab lain adalah trauma atau sejarah pembedahan pada tulang rawan, ligamen yang boleh membawa kepada OA.


APA YANG TERJADI KEPADA SENDI OA?






RAWATAN OSTEOARTHRITIS

pesakit yang datang ke klinik disebabkan oleh sakit untuk bergerak. Selain dari simptom, doktor akan bertanya sejauh mana simptoms - simptoms tersebut mengganggu kehidupan seharian, bagaimana dengan aktiviti yang tidak boleh dilakukan disebabkan oleh masalah sendi tersebut.

Bergantung kepada tahap sakit, saya akan memberi ubat untuk melegakan sakit sendi tersebut.

1- paracetamol
     Mak cik- mak cik  dan pak cik - pak cik lebih mengenali ubat ini dengan pangilan Ubat KK. Ini untuk OA yang ringan. Dos paracetamol yang sesuai adalah 650-1000mg sehingga 4 kali sehari. paracetamol kurang kesan sampingan berbanding NSAIDs. Dalam dos yang tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati

2- NSAIDs
     NSAIDs adalah kumpulan ubat yang lebih kuat berbanding paracetamol. Ia digunakan untuk tahap sakit yang sederhana atau lebih teruk untuk OA. Semua pesakit yang mengambil NSAIDs seperti ponstant, voltaren, sepatutnya diingatkan tentang kesan sampingan seperti radang atau pendarahan pada perut, gangguan pada fungsi buah pinggang dan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

Di atas adalah ubat-ubatan yang ada di klinik dan selalu diberi oleh pegawai perubatan. Ubat- ubatan lain yang ada dan boleh menolong adalah tramadol (opiod) atau cox2 inhibitor seperti cerebrex. Untuk pesakit OA yang agak teruk, suntikan steroid pada sendi boleh diberikan oleh pakar bahagian ortopedik.

Sekiranya tahap OA adalah teruk dan rawatan dengan ubat tidak lagi dapat mengurangkan sakit dan simptom - simptom sakit, kejang menganggu fungsi harian, pesakit akan dirujuk ke hospital untuk pembedahan sendi.


RAWATAN ALTERNATIF UNTUK OSTEOARHTRITIS


1- Cuba tuam dengan haba dan ais pada sendi yang sakit

2- Kurangkan berat badan - berat badan yang sesuai antara BMI 18.5 hingga 25

3- Senaman dalam bentuk kuatkan otot bahagian yang terlibat dan aerobik. nanti saya akan kongsikan bagaimana senaman ringan ini boleh dilakukan di rumah



4- pengambilan glucosamine juga disarankan oleh doctor pakar bagi mengurangkan sakit pada sendi. Kesan pengambilan glucosamine boleh dilihat selepas 3 bulan.


Hubungi saya untuk dapatkan Glucosamine yang selamat, halal dan berkualiti tinggi
Konsultasi kesihatan terbaik buat anda seisi keluarga






 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in