TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Senggugut Masalah Wanita Setiap Bulan

Sudah hampir dua minggu kita berhari raya, klinik tempat saya bekerja semakin sesak dengan pesakit-pesakit yang datang mendapatkan rawatan. Pelbagai masalah yang menyebabkan mereka datang untuk mendapatkan ubat bagi melegakan masalah yang dihadapi.

Dalam banyak-banyak kes yang saya jumpa saya teringat seorang adik perempuan yang berusia belasan tahun yang datang berjumpa saya mengadu sakit ketika datang bulan. Ketika itu dia baru sahaja mendapat period - hari kedua. Bukan setakat sakit, dia turut merasa loya dan mual. Ini adalah symptom-symptom biasa syndrome prahaid (PMS)

Sebagai pengamal perubatan, ubat yang akan diberi untuk menggurangkan sakit adalah paracetamol ataupun untuk tahap sakit yang lebih kuat adalah dari kumpulan NSAIDs (Non Steroidal Anti Inflammatory). Paracetamol yang lebih dikenali sebagai Panadol ataupun KK manakala NSAIDs selalunya saya akan berikan Mefenamic Acid ataupun lebih dikenali dengan nama Ponstant di kalangan masyarakat umum. Tidak dinafikan penggunaan ubat-ubat ini tanpa kawalan boleh mengundang kesan sampingan. Tambahan pula ubat-ubat ini dijual di farmasi tanpa perlu mendapatkan preskripsi dari doktor. Selalunya remaja-remaja perempuan akan membelinya untuk menghilangkan sakit kerana malas untuk menunggu lama di klinik.


Sahabat saya baru-baru ini ada bercerita tentang kisah seorang wanita yang mendapat masalah buah pinggang yang memerlukan dialysis akibat penggunaan "painkiller" yang kerap akibat masalah senggugut. Aduhh... Saya tumpang simpati, di usia yang sangat muda, wanita itu perlu untuk melalui masalah kesihatan yang agak sulit sebegini. Huhuhu.. Sebab itu saya rasa bertanggungjawab itu memberi pengetahuan tentang senggugut kepada masyarakat umum.


PEREMPUAN DAN SENGGUGUT

Sengugut boleh menganggu aktiviti harian


Senggugut atau dalam bahasa lain adalah sakit ketika datang bulan yang boleh mengganggu aktiviti harian. Susah nak describe rasa sakit senggugut ni. Hanya mengalaminya akan tahu seksanya menghadapi sakit tersebut. Sebagai wanita, saya juga tidak boleh lari dari masalah senggugut cuma senggugut itu tidak teruk hingga mengganggu kehidupan saya dan berakhir apabila berumah tangga.


Senggugut berlaku kerana pengecutan rahim untuk mengeluarkan  tisu-tisu dinding rahim yang sebelum ini menebal sebagai persediaan sekiranya berlaku kehamilan. Apabila pengecutan berlaku ia akan  mengurangkan oksigen ke sesetengah bahagian tisu dalam rahim dan ini boleh memberikan rasa sakit kepada seorang perempuan. Rasa sakit senggugut ini juga disebabkan oleh pengecutan otot dinding rahim yang kuat kerana pangkal rahim wanita muda adalah kecil bagi mengeluarkan darah haid.




Kadang-kadang selain dari sakit, perempuan itu boleh juga mendapat rasa mual, muntah, sakit kepala, cirit-birit, sembelit ataupun keletihan.


PAIN KILLER DAN SENGGUGUT


Memang benar pengamal perubatan akan memberi pesakit pain killer untuk melegakan senggugut. Namun saya akan sentiasa memberitahu kesan sampingan dengan penggunaan ubat tersebut. Pesakit harus menggunakan mana ubat-ubat dengan kawalan. Menggunakan pada masa yang betul dan ikut arahan pegawai farmasi. Penggunaan tanpa henti boleh memudaratkan hingga boleh membawa maut.


Kesan sampingan yang biasa saya temui akibat pengambilan ubat tahan sakit adalah radang pada dinding perut yang lebih sinonim dipanggil gastrik oleh masyarakat. ubat tahan sakit dari kumpulan NSAIDs ini akan menyebabkan peningkatan asid dalam perut dan mengurangkan pelindungan pada dinding perut sendiri. tahap yang paling teruk ubat tahan sakit tersebut boleh melukakan perut dan menyebabkan pembentukan ulser ataupun pendarahan.


Kesan pengambilan ubat tahan sakit secara tidak terkawal dan tanpa henti boleh mengganggu fungsi buah pinggang hingga boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang dan memerlukan pesakit menjalani dialysis.


Seharusnya wanita yang menghadapi senggugut yang teruk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut kerana senggugut mungkin juga symptom kepada masalah lain seperti cyst pada ovary ataupun endometriosis.



APA YANG BOLEH DIBUAT UNTUK MENGHILANGKAN SENGGUGUT SELAIN DARI UBAT TAHAN SAKIT


Beberapa cara alternative boleh dilakukan oleh wanita yang mengalami senggugut untuk mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit. Antaranya :

  • kurangkan pengambilan gula, garam dan kafein
  • meningkatkan makanan fibre
  • rehat dan tidur yang cukup
  • amalkan minum air suam
  • masukkan air suam ke dalam botol dan tuam di atas bahagian perut yang sakit (Hot water bottle)
Hot bottle compression



Saya harap tips tips yang saya berikan akan membantu wanita -wanita yang mengalami masalah senggugut. Semoga masalah ini tidak terus mengganggu anda




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in