TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

VITAMIN, ADAKAH IA SATU KEPERLUAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua

Hari ni saya nak share kenapa vitamin adalah satu keperluan. Sejujurnya sebelum mencari jawapan kepada soalan ini, saya adalah seorang yang tidak berapa gemar dengan vitamin. Bagi saya, cukup lah dengan apa yang dimakan sekarang, cukuplah buat masa ini saya masih diberikan kesihatan yang baik. Berbeza dengan encik suami yang selalu mencuba supplemen-supplemen yang ada di pasaran, bukan hanya untuk turunkan berat badannya tapi juga untuk kesihatannya sebagai lelaki yang mencari rezeki untuk keluarga.


Sebagai seorang yang ada asas bidang perubatan, saya memang penakut untuk mencuba makanan-makanan tambahan. Takut rosak hati la, takut buah pinggang rosak la dan macam-macam lagi alasan yang membuatkan saya untuk tidak mencuba. Hinggalah pada ketika saya mengalami masalah kekurangan susu badan sewaktu menyusu Balqis. Masa tu tiba-tiba sahaja jumlah susu yang dipam menurun, saya risau Balqis tidak dapat susu yang secukupnya.


SAAT BERMULA MENGAMBIL SUPPLEMEN


Masa tu saya cuba mencari jawapan kenapa tiba-tiba susu badan saya yang dipam menyusut. Kekurangan air? Rasanya dah minum banyak air.
Tak kerap menyusu? Balqis sentiasa ada dengan saya. Tambahan pula saya mengambil cuti tanpa gaji untuk memberi sepenuh tumpuan kepada Hadif dan Balqis.
Stress? Takkan tengah cuti stress lagi tapi mungkin juga. Tak cukup rehat.

Masa tu memang en suami la tempat meluahkan perasaan. Sedih teramat sangat bila susu tiba-tiba merudum. Lagi stress, lagi susu merudum.

Saya cuba ingat balik semua yang saya makan. Ada tak yang tak kena yang menyebabkan susu berkurang namun tak mampu nak ingat semua. Puas meminta tolong dengan en Google cari petua untuk tambah susu tapi tak berhasil hinggalah teringat seorang rakan yang menjual supplemen. Dari situlah saya bermula mengambil makanan tambahan.

kadang-kadang kita tak sedar pemakanan seharian kita yang belum cukup untuk membekalkan kita nutrisi-nutrisi penting yang diperlukan untuk proses-proses dalam badan.



VITAMIN DI ZAMAN MODEN


Tidak dinafikan sekarang terdapat lambakan makanan tambahan di pasaran. Kenapa sekarang makanan tambahan ini satu keperluan? Kenapa zaman nenek moyang dahulu mereka tak ambil vitamin?

Zaman dahulu keadaannya berbeza. Nenek moyang kita ada yang bertani dan menternak binatang. Mereka mendapat sumber makanan yang segar dari  sumber binatang yang diternak dan sumber tumbuhan yang ditanam ataupun dari sumber hutan. sumber-sumber tersebut adalah segar dan penuh berkhasiat. Sebab itu mereka tak perlukan vitamin.

Berbeza dengan zaman sekarang. kebanyakan makanan yang kita masak atau pun beli sumbernya datang dari pasaraya. Makanan-makanan ini kebanyakannya telah siap diproses. Sayur-sayuran ada yang disembur racun ataupun bahan kimia lain. Kalau sumber ternakan pula, ada yang diberikan hormone, diberikan makanan tidak berkhasiat, malah mungkin dipelihara dalam keaadan yang tidak elok.

Rasanya kita ni cukup tak vitamin yang dimakan melalui makanan harian kita yer? Saya pun baru ja belajar tentang ni. Sebelum ni rasa macam dah cukup. Makan nasi, lauk, sayur dan buah. Ikut pyramid makanan. Tapi hakikatnya sikit saja nutrient yang diterima oleh badan kita.

Cuba kita ambil contoh yang paling mudah tentang vitamin C. Sumber vitamin C adalah dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Semasa pengendalian buah-buahan dan sayur-sayuran ini, sama ada melalui proses penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan, tidak mustahil 70-90% vitamin ini boleh hilang dan menjadi tidak aktif. Katakanlah semasa buah oren dipetik jumlah vitamin C adalah 70-100mg tetapi semasa sampai kepada kita jumlah vitamin C yang tinggal mungkin hanya 20mg sahaja. Ia tidak cukup pun untuk neutralkan bahan pengawet dan bahan kimia yang terdapat pada kulit buah limau yang kita sudah makan tadi!


KEPENTINGAN VITAMIN



vitamin atau supplemen bukan pengganti kepada makanan tapi melengkapkan nutrisi yang tidak dapat dibekalkan kepada badan.

disebabkan kita hidup di zaman moden dan kebanyakan sumber makanan kita datang dalam bentuk yang sudah diproses, jumlah zat makanan yang kita dapat mungkin sedikit dari jumlah yang kita perlukan.

bukan setakat itu sahaja vitamin atau supplemen ini adalah penting kerana:


  • tubuh kita perlukan sesetengah vitamin yang tinggi dos nya dari makanan yang kita ambil. jadi dengan pengambilan vitamin adalah penting terutama bagi golongan warga emas yang selalu mempunyai masalah penghadaman dan selera makan berkurang

  •  kesan dari pengambilan ubat-ubatan dari klinik menyebabkan gangguan penyerapan sesetengah vitamin. pengambilan ubat seperti ubat tahan sakit, antibiotic, lasaktif, alcohol boleh menyebabkan masalah ini.



  • siapa dari kita yang boleh pastikan sememangnya setiap hari kita berjaya untuk makan makanan yang seimbang. saya sendiri mengaku mempunyai masalah dengan pemakanan yang betul dan baik. oleh sebab itu pengambilan vitamin adalah baik untuk memastikan tubuh sentiasa cukup dengan bekalan vitamin untuk proses dalam badan.



  • gaya hidup setiap hari juga menyebabkan pengambilan nutrisi tidak cukup untuk badan. kesuntukan masa menyebabkan sesetengah dari kita yang bekerja mengambil jalan mudah dengan makan di restoran segera atau pun membeli makanan di kedai sahaja. Amalan merokok dan pengambilan alcohol sememangnya sudah sedia maklum akan menganggu proses penyerapan vitamin dari makanan

VITAMIN YANG SELAMAT DAN HALAL

Suka untuk saya pesan, walau apapun makanan tambahan yang anda pilih untuk beli, pastikan keselamatan produk tersebut. Pastikan ia mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.  

Sebagai orang Islam, pilihlah produk yang halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). 

Jika anda mempunyai masalah kesihatan lain seperti kencing manis atau darah tinggi, pastikan pengambilan ubat dari klinik sentiasa berterusan dan jangan sekali kali menggantikan vitamin atau makanan tambahan  sebagai pengganti ubat. 

Vitamin adalah satu usaha kita untuk membantu masalah kesihatan bukan untuk merawat secara keseluruhan. Vitamin boleh juga dianggap sebagai prevention sebelum masalah kesihatan bermula. 


Saya bersedia membantu anda memberi cadangan vitamin vitamin yang penting untuk kesihatan harian anda. Boleh hubungi saya. Insya Allah vitamin vitamin pilihan saya adalah selamat dan halal dan kandungannya diperbuat dari bahan semulajadi dan dikaji dengan teliti untuk memberi kualiti dan berkesan. 





 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in