Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Lama jugak saya tak kemas kini blog. Sibuk dengan beberapa perkara kebelakangan ini. Kali ni saya nak kongsi pengalaman yang saya lalui pada April 2014. Adik saya juga baru saja selamat menjalani Pembedahan LASIK dengan Prof Muhaya di Pusat Mata miliknya sendiri di Kajang.
Untuk yang baru kenal saya, saya ni sebenarnya pakai cermin mata sejak umur 15 tahun. Setiap tahun terpaksa melalui pemeriksaan dan power kanta cermin mata semakin tinggi setiap kali lawatan dan perlu untuk menukar kanta baru terutama sewaktu belajar perubatan. Optometrist kata kemungkinan adalah sebab faktor belajar yang memerlukan pembacaan buku yang banyak. Power kanta cermin mata saya mencecah 600 untuk kedua-dua mata.
Masa belajar dulu sibuk tukar cermin mata sebab power meningkat setiap tahun, tapi bila dah kerja dan dah kawin tukar kena tukar cermin mata sebab lain pula. Ada anak lagi la. Bayangkan anda terpaksa habiskan dekat seribu ringgit untuk cermin mata yang baru. Bukan bingkai tu yang mahal tapi untuk buat kanta yang power tinggi supaya nampak nipis itu yang menyebabkan harga tu melambung tinggi. Pernah sekali dalam satu bulan Hadif anak saya yang sulung patahkan cermin mata saya dua kali. Masa tu rasa duit gaji habis untuk buat cermin baru saja. Saya dan suami terpaksa buat dua cermin mata sebagai langkah berjaga-jaga kalau ada kecemasan.
Sejak tengok dan baca tentang pembedahan LASIK yang dibuat oleh Prof Muhaya, hati memang meronta-ronta untuk jadi bebas cermin mata tapi masa tu belum ada lagi alasan yang kukuk untuk diberi kepada en Suami. Akhirnya Mac 2014, Balqis dengan tidak sengaja telah merealisasikan impian saya. Sebab dia lah saya bertekad nak buat LASIK dengan Prof Muhaya kerana cermin mata saya dipatahkan oleh Balqis. Biarlah saya habiskan RM7000 dalam sekelip mata dengan harapan pelaburan itu berbaloi. Dengan izin suami, saya dapatkan temujanji di Prince Court Medical Centre.
Kenapa Prof Muhaya? Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai pusat mata lain yang dapat melakukan pembedahan LASIK ini yang mungkin jauh lebih murah. Bagi saya, saya ada cuma sepasang mata anugerah dari Allah dan saya mahu yang terbaik untuk anugerah ini. Saya berharap bila saya dapat melihat dengan jelas dengan mata yang baru ini, saya dapat menjadi hamba yang lebih bersyukur dan dekat denganNya.
PEMERIKSAAN SEBELUM LASIK
Seminggu sebelum prosedur LASIK, saya ke KL untuk pemeriksaan mata. Banyak sungguh pemeriksaan yang diperlukan sebelum boleh disahkan layak untuk menjalani prosedur LASIK. Ini kerana LASIK hanya untuk mata yang sihat. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan tekanan dalam mata, pemeriksaan kelembapan mata, pemeriksaan tentang tahap keseriusan power kanta cermin mata dan pemeriksaan dalam mata. Pemeriksaan awal itu di buat oleh optometrist. Akhir sekali baru berpeluang berjumpa dengan Prof Muhaya. Rasa teruja sangat dapat berjumpa dengan ikon ni. Pemeriksaan saya bermula pada pukul 9 dan hanya berakhir pada pukul 2 petang. Mungkin disebabkan ramai juga pesakit yang melalui pemeriksaan tersebut pada hari itu.
Sebelum balik, jururawat di Pusat LASIK di PCMC membekalkan beberapa jenis ubat mata yang perlu untuk digunakan beberapa hari sebelum prosedur LASIK. Antara nya adalah antibiotic. Ia adalah langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko jangkitan mata selepas pembedahan.
HARI PROSEDUR
11/4/14 saya di Prince Court sekali lagi. Prosedur LASIK menggunakan bius setempat dgn makna lain hanya mata saja yg dibius dan saya masih sedar untuk mengikut arahan Prof. Prosedur bermula pada pukul 910 dan Prof berjanji dengan saya pukul 920 saya akan dapat melihat jam di dinding tanpa cermin mata. Prof memulakan prosedur tersebut dengan mengajak saya sama-sama membaca Bismillah dan Surah Al Fatihah. Prof sentiasa positif dan memberi semangat kepada saya sepanjang prosedur berlangsung. Sejujurnya meskipun prosedur itu tidak sakit tapi rasa gerun itu sentiasa ada. Apatah lagi tiba-tiba ada bau hangit dari pancaran laser. Saya tidak sabar untuk menghabiskan prosedur tersebut 10minit terlalu lama di atas meja pembedahan. Tidak sabar menatap wajah suami yang menemani saya semasa pembedahan.
Ketika prosedur LASIK berlangsung pesakit tidak merasa sakit tapi sakit itu akan dirasai 10-20 minit selepas kesan ubat bius habis. Mata akan terasa pedih, pedih macam masa potong bawang. Rasa tidak mampu untuk membuka mata ketika itu. Sebab itu kepada yang ingin menjalani rawatan LASIK perlu datang berteman. Ubat titik yang diberikan perlu dititik setiap masa untuk mengurangkan kepedihan mata tadi. Baru kurang sedikit kepedihan itu. Saya terpaksa tidur sebentar di pejabat suami sambil menunggu suami habis kerja sebelum pulang ke Kedah petang Jumaat itu. Rasa rindu terhadap anak-anak. Tidak sabar untuk menatap wajah anak-anak tanpa perlu bantuan cermin mata.
PENJAGAAN MATA SELEPAS PROSEDUR
Alhamdulillah sekarang saya tidak perlu lagi menghabiskan duit untuk membeli cermin mata. Dapat menatap wajah-wajah yang tersayang dengan jelas. Dapat menatap wajah Balqis yang menyusu badan. Nikmat yang saya hilang 15 tahun lepas. Sekarang Allah bagi peluang kedua untuk digunakan sebaiknya. Yang kat luar sana, yang masih memakai cermin mata, kalau ada duit lebih, saya rasa ini pelaburan yang berbaloi. Anda perlu bayar RM7000 insya Allah untuk seumur hidup. Tak payah risau cermin mata patah, tak payah risau letak cermin mana kat mana selepas bangun dari tidor.
TIPS PENJAGAAN MATA
Menonton TV:
• Dengan jarak lebih daripada 2 meter
• Jangan menonton TV secara berbaring
Semasa membaca:
• Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
• Jangan membaca sambil berbaring
Semasa menggunakan komputer:
• Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
• Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
• Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
• Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, betik dan tomato.

- Dalam masa 24jam mata tidak boleh disentuh, digosok
- perlu letak ubat titik mata yang diberi setiap 10minit
- perlu habiskan ubat titik mata berantibiotik dan ubat mata untuk kurangkan radang selama seminggu
- Tidak boleh buat aktiviti air selama 2 minggu
- kurangkan aktiviti sukan
- Tidak boleh menyelam selama 6 minggu
- Tidak boleh menggosok atau menyentuh mata selama 4 minggu selepas prosedur
- Kalau terasa gatal, hanya perlu menitikkan ubat ke dalam mata
- Bagi pesakit wanita tidak dibenarkan menggunakan make up mata selama 2 minggu pertama.
Alhamdulillah sekarang saya tidak perlu lagi menghabiskan duit untuk membeli cermin mata. Dapat menatap wajah-wajah yang tersayang dengan jelas. Dapat menatap wajah Balqis yang menyusu badan. Nikmat yang saya hilang 15 tahun lepas. Sekarang Allah bagi peluang kedua untuk digunakan sebaiknya. Yang kat luar sana, yang masih memakai cermin mata, kalau ada duit lebih, saya rasa ini pelaburan yang berbaloi. Anda perlu bayar RM7000 insya Allah untuk seumur hidup. Tak payah risau cermin mata patah, tak payah risau letak cermin mana kat mana selepas bangun dari tidor.
TIPS PENJAGAAN MATA
Menonton TV:
• Dengan jarak lebih daripada 2 meter
• Jangan menonton TV secara berbaring
Semasa membaca:
• Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
• Jangan membaca sambil berbaring
Semasa menggunakan komputer:
• Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
• Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
• Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
• Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, betik dan tomato.
Saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya melalui pembedahan LASIK. Moga-moga bermanfaat untuk semua.

0 comments:
Post a Comment