TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 3: Masalah Bengkak Kelenjar Limfa

SOALAN:

Anak saya ada bengkak di bawah tengkuk kanan. Masa demam dr cakap itu biasa. Tapi masa tak demam, kelenjar itu masih bengkak. Saiz duit 5 sen. Apa perlu buat? Dah check darah, normal.

JAWAPAN:


kelenjar di bawah tengkuk kanan adalah kelenjar limfa atau "lymph node". Lymph node adalah kelenjar penting untuk sistem imunisasi badan.

Kelenjar limfa ini selalu membengkak semasa kanak kanak berumur 4 hingga 8 tahun.

Bila jangkitan virus atau bakteria berlaku, tindakbalas badan menyebabkan kelenjar tersebut membengkak. Jangkitan virus atau bakteria juga boleh menyerang kelenjar itu sendiri dan menyebabkan kelenjar itu bengkak. Selalunya masalah ini boleh baik sendiri atau self limiting.

Lokasi kelenjar ini bukan hanya terdapat pada bahagian leher sahaja tetapi terdapat juga di bahagian ketiak dan pangkal paha. Ibu bapa boleh memeriksa bahagian bahagian ini sendiri jika ada.

Punca lain yang boleh menyebabkan kelenjar limfa bengkak adalah
- tuberculosis
- lymphoma ( kanser kelenjar limfa)
- leukaemia ( kanser)
Ini memerlukan pemeriksaan lanjut.

Tanda- tanda anak perlukan pemeriksaan lanjut bila:
1- terdapat banyak bengkak kelenjar ini pada badan
2- bengkak itu keras
3- tidak surut lepas pengambilan antibiotik
4- makin membesar
5- terdapat simptom simptom lain bersama bengkak tersebut seperti demam berpanjangan, kurang selera makan, turun berat badan

Sekiranya ibubapa berasa bimbang dapatkan pandangan dr dari klinik kesihatan berhampiran



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in