TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 4: Hidung Anak Selalu Berdarah

SOALAN :

Dr, anak saya selalu berdarah hidung. Apa yang saya boleh buat di rumah sekiranya perkara ini berlaku?

JAWAPAN:


Pendarahan pada hidung dalam istilah perubatan dipanggil epistaxis.

Pendarahan dari hidung mungkin dari bahagian hadapan hidung (selalu) atau belakang hidung (jarang)

Pendarahan pada hidung boleh disebabkan oleh banyak perkara sama ada disebabkan oleh masalah pada hidung itu sendiri atau masalah system badan

Masalah pada hidung yang boleh mengundang pendarahan contohnya trauma seperti kemalangan. Benda asing seperti jari semasa membersihkan hidung juga boleh menyebabkan pendarahan ataupun jangkitan pada saluran pernafasan.

Masalah system badan sangat luas antara yang boleh menyebabkan hidung berdarah adalah masalah dengan darah, pengambilan ubat cair darah, darah tinggi, masalah hati, masalah jantung ataupun disebabkan kekurangan vitamin c/k.

Pendarahan hidung berlaku disebabkan salur darah yang penuh di bahagian mukosa hidung pecah. Kawasan depan hidung ini mempunyai kawasan yang bernama Little’s area yang kaya dengan salur darah yang boleh pecah dengan sendiri ataupun disebabkan oleh trauma.

Apa yang perlu dibuat jika ia berlaku

1- Yang penting JANGAN PANIK.

2- Tujuan paling utama untuk berhentikan pendarahan.
Picit hidung di bahagian bawah hidung atau bahagian hidung yang lembut untuk menutup lubang hidung. Guna tangan anda dahulu jika tidak sempat mencari tisu atau sapu tangan.
Picit hidung sekurang-kurangnya 5 minit. Bernafas menggunakan hidung

3- Tundukkan kepala ke bawah supaya dapat menghalang darah mengalir ke dalam mulut.

4- Sediakan mangkuk kecil untuk darah jatuh ke bawah. Supaya tidak terkena baju dan untuk melihat berapa banyak darah yang hilang

5- Letak pek ais di dahi untuk mengecutkan salur darah yang pecah tadi.

Jika semua yang dibuat tadi gagal dan pendarahan masih belum berhenti selepas 15 minit atau darah yang keluar terlalu banyak dan tidak tahu apa yang perlu dibuat, sila dapatkan rawatan segera di hospital



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in