TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 5: Pedih Ulu Hati


SOALAN:

Salam. Saya hamil 2 bulan dan selalu sakit pedih ulu hati. Macam mana saya nak atasi dan bolehkah saya mengambil Gaviscon? 

JAWAPAN: 


Pedih ulu hati semasa mengandung mungkin terjadi pada kehamilan pertama jika wanita itu tidak pernah mengalaminya. Wanita akan berasa pedih pada dada dan tekak serta terasa masam pada bahagian mulut. 

Ini boleh berlaku disebabkan 
1- perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan ligament pada bahagian bawah esofagus menjadi lembut dan boleh menyebabkan makanan dan asid dalam perut naik semula ke atas ( refluks)

2- pedih ulu hati juga boleh berlaku pada akhir kehamilan bila uterus yang membesar memberi tekanan pada bahagian perut dan boleh menolak semula isi perut ke atas. 

Cara alternatif tanpa ubat

- Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan pedih ulu hati seperti oren, lemon, coklat, cuka dll
- elakkan pengambilan kopi 
-  jauhi alkohol
-  elakkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang besar. Makan dengan sedikit tetapi kerap
-  makan 3 jam sebelum tidur 
-  minum banyak air semasa hamil 
-  elakkan makan berselang air 
-  sandarkan kepala dan bahu pada bantal 
- boleh tinggikan kepala supaya asid tidak naik ke atas
- pakai baju yang selesa dan longgar 
- duduk dengan tegak di kerusi yg selesa

Ubat pedih Ulu hati

GAVISCON selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung. Ia mengandungi sodium alginate, bicarbonate dan antacid. GAVISCON tiada di klinik kesihatan. Puan boleh dapatkannya di farmasi. 

Jika boleh, saya nasihatkan puan untuk dapatkan rawatan di klinik sebelum membeli sebarang ubat di farmasi.  Dr akan membuat pemeriksaan keterukan masalah pedih ulu hati puan dan memberi rawatan untuk puan.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in