TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 6: Eczema; Radang Kulit

SOALAN:

Assalam doc. Saya ingin bertanya. Sebelum ni anak saya mengalami chronic eczema, sewaktu berumur 3-6 tahun. Dan alhamdulillah sekarang telah baik sepenuhnya. Adakah penyakit ini akan berulang kembali? Apakah faktor2 yang boleh menyebabkan penyakit ini berulang?

JAWAPAN: 

Waalaikumsalam. Saya akan cuba memberi jawapan yang terbaik dari ilmu yang saya ada. 


Sebelum itu, sedikit info tentang eczema dan atopic dermatitis. 

ECZEMA adalah perkataan yang seringkali digunakan oleh masyarakat untuk menggambarkan masalah radang pada kulit. Dalam bahasa perubatan eczema adalah dermatitis. Bila kulit mempunyai masalah eczema/ dermatitis ia akan menjadi merah, gatal, kering, kelihatan bersisik dan ada kala mempunyai bintik bintik berair.

Perkataan eczema juga seringkali digunakan untuk menggambarkan masalah kulit sensitif yang sering berlaku pada bayi dan kanak kanak iaitu atopik dermatitis.

ATOPIK DERMATITIS adalah radang pada kulit yang mempunyai kaitan dengan sistem imunisasi badan. Masalah ini kronik dan boleh berulang. Atopik dermatitis boleh berlaku dalam pelbagai peringkat umur tetapi selalu dilihat pada bayi yang berumur 2 - 6 bulan. 90% pesakit mempunyai masalah ini sebelum berumur 5 tahun. 75% kes akan berkurang bila mencapai umur 14 tahun. 25% kes mendapat semula masalah ini semasa dewasa. Ada juga kanak kanak yang menghadapi masalah ini dan sembuh tetapi kemudiannya mempunyai asthma atau allergik rhinitis. Asthma, allergik rhinitis , dan atopik dermatitis adalah dari kumpu.an masalah yang sama.

Antara faktor faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berulang adalah:
⭐️ Sabun, pencuci baju
⭐️ Cuaca
⭐️ Habuk
⭐️ Debunga
⭐️ Bulu
⭐️ Peluh
⭐️ Stress

Faktor- faktor yang boleh menyebabkan masalah kulit ini berbeza antara individu.

Semoga ibu yang bertanya puas hati.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in