TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 7: Menggigil Bila Lewat Makan

SOALAN:

Salam doktor, nk ty knp kalau sy lmbt mkn rasa menggigil? kalau dh mkn pn kdg rase menggigil jgk, tq

JAWAPAN:

Waalaikumsalam



Soalan sebegini memerlukan maklumat lebih lanjut untuk saya beri jawapan. Tidak semua soalan boleh saya beri penjelasan tanpa maklumat lain.

Berdasarkan soalan yang diberi kemungkinan anda berada dalam keadaan hypoglycaemia jika lambat mengambil makanan. Hypoglycaemia bermakna kurang gula dalam darah.

Paras gula yang rendah dalam darah kurang dari 2.5mmol/L boleh memberi simptom seperti menggigil.
Terdapat 2 jenis hypoglycaemia:
1- Fasting hypoglycaemia iaitu apabila anda tidak makan dalam tempoh yang lama
2- Reactive hypoglyacaemia iaitu berlaku 2-4jam selepas makan

Contoh yang menyebabkan fasting hypoglycaemia adalah ubat, alcohol, exercise, masalah kesihatan lain, kurang zat makanan, pembedahan pada perut

Contoh yang menyebabkan reactive hypoglycaemia adalah paras insulin yang tinggi, pengambilan makanan yang tinggi carbohydrate, prediabetes ataupun pembedahan pada bahagian penghadaman.

Pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat akan menyebabkan paras insulin menjadi tinggi dan masih boleh dikesan selepas beberapa jam walaupun sepatutnya paras insulin berada pada paras normal. Insulin yang tinggi pada ketika itu akan menyebabkan paras gula dalam darah akan menurun dan boleh memberi simptom-simptom seperti dibawah.


Symptoms-simptom kurang gula dalam darah

- Kabur mata
- Pening
- Menggigil
- Letih
- Nadi / denyutan jantung yang laju
- Berpeluh lebih dari biasa
- Sakit kepala
- Loya
- Kelaparan
- Kerisauan
- Mudah marah

Simptom-simptom ini terjadi kerana sel-sel otak dan otot tidak mempunyai tenaga untuk bekerja akibat kekurangan gula.

Untuk lebih kepastian saya sarankan anda mendapatkan konsultasi lanjut di klinik yang terdekat supaya pemeriksaan darah dapat dilakukan.

Harap jawapan saya membantu anda.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in