TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 8: Radang Salur Makanan @ Gastritis

Soalan:

Asalamualaikum,doctor... Saya Suhaimi saya merasa sakit di bahagian jantung seperti dicucuk2..pemeriksaan darah, tekanan jantung semua normal..sejarah family memang ada cancer dan sakit jantung... Apa pendapat doctor.. Mohon pencerahan..

Jawapan:

waalaikumsalam. minta maaf ambil sedikit masa sebelum dapat memberi jawapan kerana kesuntukan masa.

Pada pendapat saya, jika pemeriksaan darah dan tekanan darah telah dilakukan dan adalah normal, pemeriksaan ECG (electrocardiogram) juga perlu dilakukan. ECG akan memberi maklumat penting tentang keadaan jantung. Jika ia telah dibuat dan juga adalah normal, kemungkinan besar, sakit yang encik alami bukan datang dari masalah jantung.

Kawasan dada kita ada banyak organ lain seperti paru-paru, otot pada dada, salur pemakanan (esophagus), tulang rusuk dan juga salur darah. memang tidak dinafikan jika sakit di bahagian dada, dengan automatic kita akan risau tentang jantung, organ paling penting dalam badan kita.

Keadaan paling biasa yang selalu ditemui yang datang dengan sakit di bahagian dada dan atas perut adalah masalah radang pada salur pemakanan yang lebih sinonim masyarakat umum kenal sebagai gastritis.



selain sakit, symptom-symptom lain yang mungkin dialami adalah:

- loya
- muntah
- sendawa
- kurang selera makan
- cepat kenyang
- kembung
- turun berat badan

selalunya sakit pada bahagian ini akan berkurangan jika mengambil ubat seperti Magnesium trisilicate atau Histac (Ranitidine)

Jika masih berlarutan, ujian yang lebih mendalam seperti endoscope perlu dipertimbangkan. Endoscope adalah di mana tiub yang mempunyai kamera dimasukkan ke dalam mulut terus ke bahagian esophagus dan ke perut untuk melihat keadaan bahagian penghadaman.

Harap penjelasan ini membantu anda =)


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in