TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 9: Hilang Berat Badan Mendadak

Soalan:

Salam dr shima. Nak tnya tentang bapa mertua. Dia sudden weight loss,kdg2 sakit kat dada. Dah penah pi hosp baling n buat few blood test (tak sure test apa tp yg common ja kot),bp n ecg all turned out to be normal. Dia loss appetite,kdg2 rasa sakit kat dada. Dia sendiri p kat gp n dr kata angin. Masalahnya,dia taknak pegi check up. Kami duk risau kot tb ka. Tp husband kata dia mmg slalu batuk sbb dia smoker walaupun isap rokok daun ja. Kami betui2 nak tolong dia tapi tak tau mcmana.

JAWAPAN:

Waalaikumsalam.

Sebagai pegawai perubatan, saya rasa untuk membantu pak cik ini, dia perlu dibawa ke klinik kesihatan terdekat untuk mendapatkan penyiasatan lanjut.

Maklumat lanjut tentang berapa banyak berat badan yang hilang, dalam tempoh berapa lama, batuk berapa lama, berkahak, bagaimana dengan selera makan, demam jika ada, atau pun masalah-masalah lain yang perlu ditanya untuk membantu penyiasatan seterusnya,

Pada pendapat saya, jika beliau telah melalui penyiasatan melalui darah, tekanan darah dan ECG dan keputusan adalah normal, penyiasatan lanjut yang diperlukan mungkin adalah X ray.

Xray akan memberi gambaran tentang keadaan paru-paru atau struktur di bahagian dada.


Untuk membuat diagnosis seseorang mendapat TB (tuberculosis) atau batuk kering, 2 dari 3 kriteria yang perlu dipenuhi
-symptom-symptom TB
- maklumat positif dari x ray dada
- pemeriksaan kahak

Jika Xray tidak memberikan sebarang petunjuk, mungkin beliau perlu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut untuk mencari sebab-sebab lain seperti kanser.

Saya harap puan yang bertanya dapat membantu pak cik ini mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan yang terdekat. Saya berdoa semoga dipermudahkan semuanya.




 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in