TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Antibiotik BUKAN Ubat Magik

Apa yang saya bakal kongsikan adalah pengalaman saya sebagai Pegawai Perubatan. Saya mahu semua yang membaca mengambil sedikit ilmu yang penting dari kisah ini.

Pagi ini saya dikunjungi oleh seorang pesakit wanita yang datang mengadu demam, batuk dan selsema yang baru bermula kelmarin. Setelah membuat pemeriksaan, suhu badannya tidak tinggi dan paru-parunya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahaya.  Beliau mengalami jangkitan virus pada ruang  atas system pernafasannya dan saya memberikan ubat untuk mengurangkan symptom-simptom yang beliau alami. Setelah beliau keluar ke farmasi, tiba-tiba telefon bilik saya berdering.

Pegawai Farmasi memberitahu pesakit tersebut tidak mahu berganjak selagi beliau tidak mendapat antibiotik walaupun sudah diterangkan dengan jelas sebab antibiotik tidak perlu dalam kes beliau. Saya meminta pesakit datang semula ke bilik saya untuk saya memberi sedikit penerangan. Pesakit datang semula dan saya memberi sebab yang kukuh berpandukan ilmu perubatan yang saya pelajari. Pesakit memberitahu VIRUS itu memerlukan antibiotic jika tidak symptom-simptom itu akan menganggunya untuk mengambil peperiksaan pada keesokkan hari.

Pesakit sangat berkehendakan antibiotik. Beliau memberikan alasan, setiap kali ke klinik, antibiotik adalah satu ubat yang akan diberikan oleh doktor. Malah beliau pernah ke hospital dan doctor juga memberikan antibiotik untuk merawat masalah yang beliau hadapi.

Saya mahu semua tahu tentang antibiotik sebelum bertindak arif dengan memintanya sebagai satu keperluan bila datang ke klinik. Banyak kesan jangka masa panjang yang pesakit perlu tahu tentang antibiotik. Antibiotik bukan ubat magik yang perlu diberi oleh doktor untuk menghilangkan demam batuk selsema.




ANTIBIOTIK dan VIRUS


Antibiotik adalah perkataan dalam bahasa Latin yang membawa maksud berlawanan hidupan. Antibiotik dicipta untuk memberikan kesan toksik kepada organisma yang yang menjangkiti tubuh tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada tubuh itu sendiri. Ia dijumpai kali pertama oleh saintis perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 dan Penicillin merupakan antibiotik pertama yang dijumpai. Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Antibiotik dicipta untuk melawan jangkitan BAKTERIA dan ia tidak memberi sebarang kesan jika masalah itu disebabkan oleh jangkitan VIRUS. 80% kes demam batuk selsema adalah disebabkan oleh virus. Symptom-symptom yang disebabkan oleh virus biasanya akan hilang dengan sendiri tanpa penggunaan antibiotic dan selalunya mengambil masa 7 hingga 14 hari.

Virus adalah organisma yang hidup dan membiak di dalam badan manusia. Bila virus menyerang tubuh manusia, system pertahanan badan kita akan memberi maklum balas dengan mengeluarkan antibody bagi melawannya. Antibiotik tidak akan memberi apa-apa kesan jika diambil. Apa yang perlu dilakukan adalah mengambil ubat untuk mengurangkan symptom, berehat dan mengambil air secukupnya.

Bagaimana doktor membuat justifikasi pesakit mengalami jangkitan virus bergantung kepada informasi yang diberi oleh pesakit, pemeriksaan fizikal pesakit dan juga pemeriksaan darah jika dibuat. Saya pasti setiap doktor yang merawat pesakit menggunakan ilmu perubatan yang dipelajarinya sebaik mungkin.


10 PERKARA TENTANG ANTIBIOTIK YANG ANDA PERLU TAHU


1- Antibiotik memerlukan preskripsi dari doctor kerana ubat ini perlu diberi mengikut keperluan pesakit.


2- Antibiotik perlu diambil untuk tempoh yang disarankan sehingga habis walaupun pesakit sudah sembuh. Ini adalah kerana bakteria mempunyai keupayaan menjadi "kebal" (resistant) jika tidak dihapuskan sepenuhnya dengan antibiotic yang diberi. walaupun pesakit semakin sembuh, ia tidak bermakna jangkitan bakteria sudah terhapus. Pesakit perlu mengambil dos antibiotic dalam tempoh yang diberi untuk menghapuskan sepenuhnya bakteria tersebut. Jika resistant berlaku, ia akan menyebabkan antibiotic yang sama tidak akan dapat berfungsi lagi dan memerlukan antibiotic yang lebih kuat untuk merawat kes yang ringan.


2- Kesan resistant antibiotic ini boleh menyebabkan kitaran yang tidak putus hingga memberi kesan buruk kepada pesakit. Jika setiap pesakit memerlukan ubat antibiotic yang kuat disebabkan terdapatnya resistant, kosnya sangat mahal akan menyebabkan perbelanjaan di hospital meningkat. Bayangkan jika tiada lagi antibiotic yang kuat untuk jangkitan yang bakteria yang ringan, hanya dengan luka yang sedikit boleh menyebabkan kematian! Kita akan kembali ke zaman Perang Dunia Kedua semula.


3- Cara mengambil antibiotik yang betul adalah:

  •     ambil ubat 1/2 jam sebelum mengambil makanan atau 1 jam selepas makan
  •     mengambil mengikut kekerapan yang diarahkan 

    ini kerana tindakan antibiotic terhad kepada tempoh tertentu sahaja.


4- Antibiotik boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah individu. Alahan kepada antibiotik boleh menyebabkan kulit mendapat ruam yang gatal di seluruh badan hingga kepada keadaan yang paling teruk kulit menjadi seperti melecur, mata dan mulut menjadi bengkak ataupun sesak nafas.


5- Antara kesan sampingan lain yang mungkin pesakit boleh alami adalah gangguan pada system penghadaman seperti loya, muntah, cirit birit, pening dan ada antibiotic yang boleh menganggu system buah pinggang, menyebabkan pekak, kerosakan hati. Ini boleh terjadi sekiranya antibiotic yang digunakan tidak mendapat konsultasi dari doctor dan penggunaannya melebihi dos yang disarankan. Perlu diingat, kesan sampingan ini adalah tidak sama antara individu. Sesetengah orang sahaja yang mungkin mendapat kesan sampingan ini.


6- Untuk pengetahuan semua, antibiotik tidak membunuh virus, ia hanya berkesan untuk jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Antibiotik bertindak ke atas organisma hidup dengan menghentikan pembahagian dan pertumbuhan sel bakteria. Virus adalah bukan benda hidup. Ia tidak boleh hidup sendiri. Ia cuma satu partikel yang mempunyai bahan genetic dan diselaputi kot protein. Virus menggunakan manusia dan haiwan sebagai perumah dan membiak di dalamnya. Jangkitan virus menyebabkan manusia mengeluarkan antibody untuk  melawannya. Ubat hanya perlu untuk mengurangkan symptom sahaja.


7- Antibiotik tidak boleh diberikan kepada individu lain walaupun pesakit tersebut mengalami masalah kesihatan yang lebih kurang sama. Ia boleh memperlahankan rawatan dan membenarkan bakteria membiak di dalam badan.


8- Penggunaan antibiotik selalu diberikan antibiotik barisan pertama terlebih dahulu. Antibiotik yang kuat disimpan sebagai senjata akhir melawan bakteria yang paling kuat. Seperti yang telah diterangkan bakteria mudah menjadi kebal, sekiranya diberi senjata terakhir melawan bakteria biasa, bila diperlukan melawan bakteria kuat, senjata terakhir itu tidak lagi berkesan.



9- Jangan simpan baki antibiotik lama untuk merawat symptom yang sama sekiranya berlaku di kemudian hari. pesakit boleh buang antibiotik yang lebih.


10- Amalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan untuk mengelakkan penyebaran jangkitan bakteria dan virus.


Sebagai pegawai perubatan, saya rasa antibiotik bukan ubat magik yang sentiasa perlu diberi kepada pesakit setiap kali datang mendapatkan rawatan. Setiap penyakit memerlukan pemeriksaan dan justifikasi dari doctor yang merawat sama ada perlu atau tidak antibiotic diberikan. Antibiotik bukan ubat yang boleh diminta oleh pesakit.

Kadang kala masalah dari masyarakat yang tidak tahu langsung kesan jangka masa panjang pemberian dan penggunaan antibiotic secara meluas memberi tekanan kepada staff kesihatan. Ada saja aduan yang diberikan jika tidak ikut kehendak pesakit. Ada kala membuatkan saya pening untuk membuat keputusan dalam memberikan rawatan terbaik buat pesakit saya.


Ini satu perkongsian yang saya harap dapat dikongsi bersama semua yang membaca.

1 comments:

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in