TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Review BUKU: 4 Rahsia Penyusuan Ibu Berkerjaya

Tajuk: 4 Rahsia Penyusuan Ibu Berkerjaya
Penulis: Zuain Ghani (cikgu Susu) 
Terbitan: Humaira Publication 
Mukasurat: 146 muka surat
Harga: rm25 (semenanjung) rm27 (sabah/sarawak)




Saya terpanggil untuk menulis ulasan tentang buku penyusuan yang saya baru selesai membaca. Buku 4  Rahsia Penyusuan Ibu Berkejaya. Saya sudah menyertai seminar penyusuan dengan cikgu susu - pn zuain dan ini adalah buah tangan Pn Zuain untuk ibu-ibu yang bercita cita ingin menyusukan anak tersayang sepenuhnya.

Buku ini baru dicetak Ogos 2015 dan bertujuan untuk memberikan ilmu penyusuan kepada bakal ibu dan ibu -ibu yang tidak berjaya menyusukan anak sebelum ini tetapi masih bersemangat untuk menyusukan anak.

Saya seronok membaca buku ini mungkin salah satu sebab adalah kerana semangat untuk menyusukan anak sangat membara dalam diri dan juga semangat untuk mengajak ibu-ibu di luar sana menyusukan anak.

Cara pengolahan cikgu susu dalam buku ini sangat menarik. Cikgu susu banyak menceritakan pengalaman bersama anak-anaknya. Banyak ilmu yang bagi saya bila membaca akan berkata kepada diri sendiri "ooo macam ni, no wonder masa menyusu Balqis ada saja yang tak kena". Cikgu Susu memberi panduan mudah untuk ibu-ibu di luar sana memulakan penyusuan bermula dari sejak ibu mula mengandung lagi. Pernah saya katakan kepada semua dalam tulisan saya sebelum ini, menyusu anak tidak mudah, ibu perlu niat sewaktu mula mengandung dan berusaha menambah ilmu tentang penyusuan. Saya pernah rasa menyusu itu akan datang sendiri sewaktu mengandung dan melahirkan anak kali pertama. Ternyata ia salah dan menyebabkan penyusuan anak sulung saya gagal. Pengalaman yang cikgu Susu cerita bersama anak sulungnya dalam buku tulisannya hampir sama dengan apa yang saya lalui.

Dalam buku 4 Rahsia penyusuan Ibu Berkerjaya ini, cikgu susu membahagikan bab kepada 4 topik besar.

mudahnya memulakan menyusu
mudahnya mengepam
mudahnya mengurus susu perahan
mudahnya maintain susu

Buku Cikgu Susu ini menjawab kebanyakan soalan lazim masalah- masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu menyusu. Ada bab bonus juga untuk ibu-ibu baca.

Saya suka bab mudahnya mengepam dan mudahnya maintain susu. Ini kerana dua bab ini memberi banyak ilmu baru yang saya perlukan. Memang cikgu susu ada mengajar sewaktu dalam seminarnya tetapi dengan membaca buku ia dapat mengingatkan saya semula tentang apa yang cikgu terangkan. Maklumlah kadang-kadang ada saja yang terlupa dan terlepas pandang.

Sebagai pembaca, sebagai ibu, sebagai doktor, saya bagi 5 ⭐️ untuk buku cikgu susu ini. Saya memang cadangkan buku ini untuk tambahan ilmu menyusu untuk ibu-ibu di luar sana. Saya pun nak cadangkan ibu-ibu yang ada masa mengikuti seminar cikgu susu - seminar mudahnya menyusu. Anda akan berasa bersemangat dan berkobar kobar untuk memberikan titisan titisan emas untuk si kecil.

Satu hari nanti saya berdoa saya dapat buka klinik susu ibu untuk membantu ibu-ibu menunaikan hak anak-anak tercinta.😍





Dapatkan Bantuan Bila Anak Lambat Bercakap

Saya ingin berkongsi tempat tempat rawatan yang Hadif pernah pergi untuk mendapatkan rawatan dari awal hingga sekarang. Saya rasa bertanggungjawab untuk memberi info ini terutama untuk ibubapa yang sedang gigih berusaha untuk anak yang mempunyai masalah seperti Hadif.

Semoga ini dapat membantu kalian. Yang penting berusaha yang terbaik demi masa depan anak syurga kita!


Klinik kesihatan atau hospital kerajaan

Klinik kerajaan bertanggungjawab untuk merujuk kes kepada klinik pakar kanak-kanak
ada klinik kerajaan seperti di Putrajaya mempunyai kemudahan pusat rehabilitasi untuk anak mengikuti sesi terapi cara kerja

Hospital kerajaan mempunyai kemudahan klinik pakar kanak-kanak, terapi pertuturan dan terapi cara kerja cuma anda perlu sedikit bersabar dengan tarikh temujanji yang diberikan kerana pesakit yang ramai. Servis memang terbaik. Jika boleh diusahakan, cuba dapatkan terapi di luar.


Speech Help Petaling Jaya

Perlu dapatkan temujanji untuk membuat penilaian awal
Caj yang dikenakan berbeza sewaktu assesment

www.speechelp.com

Alamat:
20, Jalan Bukit, section 11/2, 46200, Petaling Jaya
Tel: 03 7954 2288


Mohd Azmarul A. Aziz

Pakar Terapi Pertuturan
Innovative Hearing Centre
Tel: 03 40412663


Chatter Kidz Therapy

Pusat intervensi awal untuk anak2 istimewa

Alamat:
1-18, Jalan Kenari 12B, Bandar Puchong Jaya
Tel: 013 3403777




NASOM ( The National Autism Society of Malaysia) One Stop Centre

Di sini Hadif buat penilaian dengan child psychologist untuk memastikan diagnosis masalah yang dihadapinya

Alamat:
25A-5 Setia Avenue, 
Jalan Setia Prima S U13/S,
Section 13, Shah Alam
Tel : 03 3359 3987



Pacific Speech Therapy, Pulau Pinang

Memberikan rawatan terapi pertuturan, terapi cara kerja dan intervensi awal

Alamat:
15 Jalan besi, Penang
Tel: 04 6587098 (Ms Oh)



Kidzgrow Penang

www.kidzgrow.com.my ( boleh baca info kat sini. Banyak program yang disediakan oleh kidzgrow)
Mula2 anak akan dinilai oleh psikologi kanak2

Alamat:
39C Saw Chong Thuah Building
Weld Quay, Penang
Tel: 04 2633229


Mutiara occupational therapy centre

Mula2 buka di jalan raja uda, butterworth. Hadif pergi dua tiga kali sahaja sebab sy tak dapat bagi komitmen dan temujanji hujung minggu selalu penuh.
Sekarang dah pindah di Perai

Alamat: 
18 Lintang Kurau 5, Taman Chai Leng, Perai
Tel: 012 4200468



D Excel Kids

Diusahakan oleh Ms Ew seorang psikologist kanak kanak di sungai petani. Memang susah untuk dapatkan pusat sebegini di utara. Hadif berada di sini selama setahun.

Alamat: 
No 60, lorong sinar intan 2/1, taman sinar intan, sg petani
Tel: 012 565 2728



SI World

Ini adalah cawangan SI world yang beribu pejabat di KL
Di sini Hadif mengikuti terapi sensori yang menjadi punca kelewatan pertuturannya. Mula beroperasi sejak september 2014 dan Hadif adalah antara yang terawal mengikuti terapi di situ hingga sekarang. Selain dari terapi sensori, digabungkan juga terapi cara kerja dan terapi pertuturan dalam masa yang sama. Caj yang dikenakan juga adalah yang terendah antara semua.

Alamat:
15A Lorong BLM 1/5, Bandar Laguna Merbok, Sg Petani
Tel: 016 - 225 9828 (Mr Wong)
016 206 9828 (Jenna)




Pn. Ruby Atika

Pakar Terapi Pertuturan
Sebelum ni pn ruby bertugas di hospital sultan abdul Halim. Sekarang dia membuat rawatan untuk anak2 di seberang jaya.

Tel: 013 3109703


Ada lagi satu pusat intervensi awal yang beroperasi di Alor Setar dan Perlis. Hadif tak pernah pergi sebab bagi saya di Sungai Petani sudah cukup dan jadual hadif sangat ketat tahun ini.

Sesiapa yang tinggal di Alor Setar atau Kangar mungkin boleh dapatkan info lanjut. Terapy centre ni bagi saya satu pusat sehenti untuk anak istimewa. Ada terapi cara kerja, terapi pertuturan dan program intervensi awal di pusat tersebut dan yang paling best sebab diusahakan oleh orang Islam.



Winkidz therapy centre

Facebook: WinKidz Children's Therapy Centre
Alamat: no 9, tingkat 1, kompleks perniagaan jelatek, jalan langgar, Alor Setar
Tel:014 8578208





Semoga segala informasi ini berguna untuk ibubapa yang masih mencari tempat rawatan untuk anak- anak syurga ini.

Apa Perlu Buat Bila Anak Lambat Bertutur?

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan semua pembaca blog tentang bagaimana saya mengendalikan anak sulung saya yang pada mulanya mempunyai masalah kelewatan bertutur. Saya turut menerima emel bertanyakan tentang hal ini secara personal.

Anak sulung saya lahir pada 23 Mac 2010 semasa saya baru tamat latihan pegawai perubatan siswazah di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Masa menngandung saya tidak mengalami sebarang masalah dan semasa bersalin, alhamdulillah dia dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.


Saya mula perasan tentang masalah pertuturannya bila umurnya menginjak setahun 6 bulan. Antara tanda tanda awal masalah anak sulung saya adalah
❌Dia tidak mengeluarkan sebarang perkataan ketika itu.
❌Bila dipanggil susah untuk dia memberi tindakbalas
❌Sangat aktif, tak boleh duduk diam
❌Attention span dia sangat sekejap
❌ sangat rigid dengan sesuatu rutin

Saya masih memberi peluang untuk melihat perubahan pada anak hingga umurnya mencecah 2 tahun sebelum saya membuat keputusan untuk mendapatkan pendapat pakar kanak kanak di hospital.

❤️KLINIK KESIHATAN❤️


Sebenarnya jika ibu ayah ada perasan masalah anak, ibu ayah boleh berbincang dengan jururawat dan doktor di klinik kesihatan semasa tarikh lawatan ke klinik yang diberikan. Dalam buku rekod kesihatan anak, ada senarai semak perkembangan anak yang ibu ayah boleh lakukan di rumah. Kena rajin duduk bersama anak anak dan perhatikan anak anak.

⛔️Jangan ambil ringan masalah perkembangan anak anak kerana semakin lama ibu ayah membuat tindakan, semakin lambat anak menerima rawatan.

Jika doktor di klinik kesihatan turut mendapati terdapat masalah pada perkembangan anak, beliau akan membuat surat rujukan kepada paka di hospital. Surat ini adalah sangat penting sebelum ibu ayah dapatkan rawatan di hospital.

Saya pernah tulis sebelum ini tentang tatacara untuk berjumpa doktor pakar di hospital. Boleh baca di sini. Klinik pakar tidak menerima pesakit tanpa sebarang surat rujukan dari klinik kesihatan atau klinik swasta.

Saya nak kongsi apa yang ibu ayah kena tahu dan bagaimana kita boleh bantu dalam mendapatkan rawatan untuk anak yang mengalami masalah pertuturan.

❤️KLINIK PAKAR❤️


Semasa bertemu doktor di klinik pakar, banyak perkara yang ditanya. Sambil mengambil cerita dari doktor akan turut memerhati anak. Di klinik psikiatri kanak kanak, ibu ayah akan diberikan soal selidik yang perlu dijawab dalam membantu mendapatkan diagnosis anak.

Selain daripada itu, jika anak sudah bersekolah, laporan dari guru juga diperlukan untuk membantu doktor.

untuk pengetahuan ibu ayah, diagnosis anak tidak akan diberikan terus dalam satu temujanji. Ibu ayah perlu datang untuk 2-3 kali temujanji sebelum doktor pakar memberikan keputusan diagnosis. Saya sendiri perlu hadir 3 kali temujanji sebelum doktor pakar memberikan diagnosis High Functioning Autism Spektrum Disorder kepada anak saya.

Saya harap ibu ayah yang membaca ini diberikan kesabaran dalam menunggu keputusan dari doktor pakar. Bukan mudah untuk membuat keputusan yang akan memberi impak besar kepada masa depan anak. Ada ibu bapa yang saya jumpa di klinik datang tergesa gesa untuk dapatkan diagnosis anak dan terus menghulurkan borang untuk dapatkan Kad OKU untuk anak.

❤️KLINIK AUDIOLOGI❤️


Untuk anak yang mengalami kelewatan pertuturan, pemeriksaan pendengaran perlu dilakukan untuk memastikan anak pendengaran anak adalah baik. Pendengaran yang tidak baik boleh menganggu perkembangan bahasa kanak kanak.

Jangan bimbang tentang ujian yang dilakukan kepada anak. Saya selalu berfikir jauh macam mana audiologist menilai pendengaran anak kecil dan alhamdulillah ujian pendengaran yang dilakukan kepada anak yang sekecil 2 tahun sangat mudah dan menyeronokkan.

❤️TERAPI PERTUTURAN❤️


Selain daripada temujanji dengan pakar dan klinik audiologi, anak akan turut kepada terapis pertuturan dan terapis cara kerja. Ini akan membantu mempercepatkan rawatan awal anak.

Sebelum mempunyai anak yang mengalami masalah, sejujurnya saya sendiri tidak pernah tahu tentang wujudnya bidang ini. Kadang kadang ini lah hikmah yang saya belajar apabila diuji dengan keadaan anak. Kita akan mula belajar tentang perkara baru.

Terapis pertuturan boleh menilai tahap perkembangan bahasa anak dan tahap umur dengan keadaan sekarang. Contoh semasa membawa anak saya kali pertama dengan terapis pertuturan, anak saya yang ketika itu berumur 2 tahun, perkembangan bahasanya berada pada umur 9 bulan. 😭😭😭😭

kalau ibu ayah berkemampuan, saya juga cadangkan dapatkan terapi pertuturan dengan terapis pertuturan selain di hospital. Banyak terapis pertuturan yang membuat servis ini di luar sana. Ini kerana temujanji di hospital mungkin mengambil masa yang lama kerana tidak banyak terapis dan pesakit yang memerlukan terapi ini agak ramai. Jika dapat, buat lah sekerap yang mungkin untuk membantu rawatan anak.

❤️TERAPI CARA KERJA❤️


Terapi cara kerja juga adalah perkara yang baru untuk saya. Terapis cara kerja boleh membantu anak anak yang hyperaktif untuk duduk dan membuat table task. Terapis cara kerja juga adalah orang yang pakar untuk ibu ayah dapatkan ilmu bagaimana untuk membantu merangsang sensori anak di rumah. Mereka juga boleh membantu mengurangkan masalah fokus di kalangan anak syurga ini.

Masalah tidakfokus, masalah kurang kontak mata di kalangan anak anak autism menyebabkan masalah pada perkembangan bahasa mereka.

Banyakkan bertanya dengan mereka untuk dapatkan ilmu percuma dan bernilai.

Anak saya yang pada mulanya tidak dapat duduk lama untuk membuat table task dan setelah beberapa kali sesi terapi boleh membuat kerja dengan lebih baik dan lama.

❤️ PUSAT INTERVENSI AWAL KANAK KANAK❤️


Selain dari sesi temujanji di hospital, saya juga ada menghantar anak ke pusat intervensi awal. Sebelum ini tak banyak pusat intervensi awal tapi sejak ibu ayah yang makin sedar tentang kewujudan masalah autism, semakin banyak pusat intervensi awal dibuka. Selalunya jumlah anak yang diambil adalah dalam skala yang kecil supaya cikgu yang bertugas dapat memberi sepenuh perhatian untuk anak.

Pusat intervensi awal ini bukan taska atau tadika untuk anak. Ia merupakan tempat untuk membantu perkembangan anak secara invidual. Ibu ayah perlu meletakkan target apa yang mahu dicapai oleh anak. Setiap anak yang dihantar mempunyai target yang berbeza untuk dicapai. Jadi terapi dan intervensi setiap anak juga berbeza. Pusat intervensi awal ini juga menyediakan servis terapi pertuturan dan terapi cara kerja. Jadi kalau hantar anak ke pusat intervensi awal ini, anak boleh mendapat terapi pertuturan dan terapi cara kerja secara tidak langsung.

Saya ada hantar anak saya di 2 pusat intervensi awal dan alhamdulillah ia memberikan respon yang positif kepada anak.

✔️ Chatter Kidz Therapy di Pusat Bandar Puchong (Teacher Yanti)

✔️ D’ Excel Kids di Taman Intan, Sungai Petani (Ms Ew)

Untuk hantar anak ke pusat intervensi awal ini, belanja yang besar perlu diperuntukan. Yuran yang dikenakan agak tinggi berbanding untuk hantar tadika biasa. Ini disebabkan perkhidmatan dan pendekatan yang diberikan adalah berbeza dan lebih perhatian kepada anak.

Pada pandangan saya, ini atas pertimbangan ibu ayah sendiri. Jika mampu, saya memang sangat syorkan pusat intervensi awal ini. Kalau ia hingga mengganggu kewangan keluarga, buat yang mana yang termampu dalam berusaha membantu anak.

.

Ini lah antara perkara yang ibu ayah perlu tahu bila anak ada masalah kelewatan pertuturan. Memang perlu tahu sebab prosesnya makan masa begitu juga dengan rawatan untuk masalah ini. Setakat ini tak ada lagi ubat yang dicipta untuk masalah lambat bercakap. Kalau ada memang dah jadi kaya raya la orang tu.

Masalah ini perlu dirawat dengan terapi pertuturan dan terapi cara kerja secara berterusan. Lagi awal ibu ayah mulakan rawatan, hasilnya akan lebih cepat dan lebih baik. Hasil rawatan mungkin hanya boleh dilihat selepas beberapa sesi terapi dan bukan sekelip mata. Ketahuilah ibu ayah, terapi ini perlu berterusan. Perlu ada sabar dalam usaha dan hasilnya mungkin tidak banyak. Raikan setiap perkembangan positif anak walaupun hanya perubahan yang kecil.

Masalah kita sebagai ibu ayah, kita berada terlalu lama dalam state ‘denial’. Bagi masa terlalu lama untuk biar anak bercakap sendiri dan ada yang terlalu mengikut cakap orang tua tua. Saya tidak boleh nafikan kerana saya melaluinya sendiri.

Sebagai generasi Y, ibu ayah perlu tambah ilmu terutama ilmu berkaitan dengan keibubapaan dan kesihatan anak. Mendidik dan membesarkan anak di zaman gadjet sangat mencabar.




Take Home Message

Beberapa perkara yang saya perlu nasihatkan kepada ibubapa kerana saya sedih bila bertemu dengan anak2 yang mempunyai masalah seperti Hadif tetapi mendapatkan rawatan yang agak lewat. Ada juga ibu bapa yang datang ke klinik dengan anak bermasalah tetapi sekadar mahu mengisi borang pendaftaran orang kurang upaya. Bagi saya ia tidak adil untuk anak tersebut tanpa diberikan apa2 intervensi:

👉Ibubapa perlu mendapatkan pandangan dari pegawai perubatan sewaktu mendapatkan rawatan susulan anak di klinik kesihatan 

👉Dapatkan rawatan anak seawal mungkin sama ada dari hospital kerajaan atau pusat intervensi swasta

👉Usaha sehabis baik untuk masa depan anak anda

👉Jangan malu untuk bertanya dengan ibubapa lain yang juga mempunyai anak bermasalah. Kita mungkin boleh berkongsi rasa dan usaha untuk anak kita.

👉Mempunyai anak yang berbeza dari anak normal adalah anugerah dari Allah. Dia akan mendidik kesabaran kita dan insya Allah pahala berlipat ganda untuk anda. Insya Allah Dia ladang pahala kita.

Semoga perkongsian ini membantu ibubapa diluar sana untuk memberikan yang terbaik untuk buah hati anda.



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in