Penulis: Zuain Ghani (cikgu Susu)
Terbitan: Humaira Publication
Mukasurat: 146 muka surat
Harga: rm25 (semenanjung) rm27 (sabah/sarawak)
Saya terpanggil untuk menulis ulasan tentang buku penyusuan yang saya baru selesai membaca. Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Berkejaya. Saya sudah menyertai seminar penyusuan dengan cikgu susu - pn zuain dan ini adalah buah tangan Pn Zuain untuk ibu-ibu yang bercita cita ingin menyusukan anak tersayang sepenuhnya.
Buku ini baru dicetak Ogos 2015 dan bertujuan untuk memberikan ilmu penyusuan kepada bakal ibu dan ibu -ibu yang tidak berjaya menyusukan anak sebelum ini tetapi masih bersemangat untuk menyusukan anak.
Saya seronok membaca buku ini mungkin salah satu sebab adalah kerana semangat untuk menyusukan anak sangat membara dalam diri dan juga semangat untuk mengajak ibu-ibu di luar sana menyusukan anak.
Cara pengolahan cikgu susu dalam buku ini sangat menarik. Cikgu susu banyak menceritakan pengalaman bersama anak-anaknya. Banyak ilmu yang bagi saya bila membaca akan berkata kepada diri sendiri "ooo macam ni, no wonder masa menyusu Balqis ada saja yang tak kena". Cikgu Susu memberi panduan mudah untuk ibu-ibu di luar sana memulakan penyusuan bermula dari sejak ibu mula mengandung lagi. Pernah saya katakan kepada semua dalam tulisan saya sebelum ini, menyusu anak tidak mudah, ibu perlu niat sewaktu mula mengandung dan berusaha menambah ilmu tentang penyusuan. Saya pernah rasa menyusu itu akan datang sendiri sewaktu mengandung dan melahirkan anak kali pertama. Ternyata ia salah dan menyebabkan penyusuan anak sulung saya gagal. Pengalaman yang cikgu Susu cerita bersama anak sulungnya dalam buku tulisannya hampir sama dengan apa yang saya lalui.
Dalam buku 4 Rahsia penyusuan Ibu Berkerjaya ini, cikgu susu membahagikan bab kepada 4 topik besar.
mudahnya memulakan menyusu
mudahnya mengepam
mudahnya mengurus susu perahan
mudahnya maintain susu
Buku Cikgu Susu ini menjawab kebanyakan soalan lazim masalah- masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu menyusu. Ada bab bonus juga untuk ibu-ibu baca.
Saya suka bab mudahnya mengepam dan mudahnya maintain susu. Ini kerana dua bab ini memberi banyak ilmu baru yang saya perlukan. Memang cikgu susu ada mengajar sewaktu dalam seminarnya tetapi dengan membaca buku ia dapat mengingatkan saya semula tentang apa yang cikgu terangkan. Maklumlah kadang-kadang ada saja yang terlupa dan terlepas pandang.
Sebagai pembaca, sebagai ibu, sebagai doktor, saya bagi 5 ⭐️ untuk buku cikgu susu ini. Saya memang cadangkan buku ini untuk tambahan ilmu menyusu untuk ibu-ibu di luar sana. Saya pun nak cadangkan ibu-ibu yang ada masa mengikuti seminar cikgu susu - seminar mudahnya menyusu. Anda akan berasa bersemangat dan berkobar kobar untuk memberikan titisan titisan emas untuk si kecil.
Satu hari nanti saya berdoa saya dapat buka klinik susu ibu untuk membantu ibu-ibu menunaikan hak anak-anak tercinta.😍

0 comments:
Post a Comment