TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Selamat Tahun Baru 2016

Bismillahirahmanirrahim.

Selamat datang 2016!



Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Saya Dr Shima Mat Saad, pegawai perubatan yang masih bekerja dan mencari pengalaman hidup dengan kerajaan Malaysia khasnya kementerian Kesihatan. Saya bukan doktor pakar tetapi saya suka untuk berkongsi sedikit pengalaman yang ada untuk tatapan masyarakat, bukan untuk mencari publisiti tapi untuk mencari bekalan di akhirat yang kekal abadi.

Saya turut mempunyai Facebook Page saya sendiri, iaitu "Anda Tanya Dr. Shima Jawab" di www.facebook.com/drshimamatsaad untuk menjawab soalan dari orang awam dan jawapan saya berdasarkan ilmu dan sedikit pengalaman yang ada setelah 8 tahun berkhidmat sebagai pegawai perubatan. Kadang kala konsultasi di klinik yang terlalu sibuk menyebabkan ada perkara-perkara yang tidak mampu diterangkan. Mungkin melalui blog dan page saya, saya ingin cuba membantu setakat ilmu yang saya ada.

Saya harap laman ini dapat saya kendalikan dan semangat ini berterusan. Semoga saya lebih istiqamah. Teruskan membaca artikel-artikel tulisan saya yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda. 😀

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in