TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 25: Apa Kena Buat Bila Kena Demam Denggi

SOALAN:

Salam doc. Saya nak tanya pasal penyakit denggi. Adik saya dimasukkan ke wad kerana demam denggi selama 4 hari dan telah keluar hospital. Dan saya nak tahu apa yang perlu adik saya lakukan selepas keluar hospital.

JAWAPAN:

Demam denggi adalah masalah yang sedang ditangani oleh kementerian kesihatan sekarang. Demam denggi disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Terdapat dua jenis demam denggi iaitu demam denggi klasikal dan demam denggi berdarah. Demam dengi boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat.


Kebelakangan ini peningkatan kes demam denggi amat membimbangkan dan ia perlu diambil perhatian oleh masyarakat.

Perkara2 yang perlu dibuat bila disyaki denggi atau mengalami demam denggi:

  • dapatkan rawatan awal jika demam berpanjangan
  • berehat secukupnya
  • banyakkan minum air
  • makan ubat demam seperti arahan doktor
  • guna ubat nyamuk atau kelambu untuk elak gigitan nyamuk
  • pemeriksaan darah adalah penting untuk melihat perkembangan penyakit tersebut, ikut arahan doktor bila pemeriksaan darah berikutnya perlu dilakukan

bukan semua kes demam denggi perlu dirawat di dalam wad. Kemasukan ke wad adalah bergantung kepada kriteria2 tertentu.

Tanda-tanda bahaya denggi: 
- kerap muntah
- sakit perut
- pening atau rasa gelisah
- pucat atau rasa sejuk bila kulit disentuh
- sesak nafas
- pendarahan

Jangan ambil ubat tahan sakit seperti aspirin, mefenamic acid, steroid.

Demam denggi tidak perlu dirawat dengan antibiotik

Selepas keluar, sila ikut arahan doktor. Ada sesetengah kes memerlukan pemeriksaan darah susulan di klinik kesihatan terdekat. Jangan lupa bawa surat keluar wad bersama anda.

Ada juga sesetengah pesakit masih mengalami keadaan post viral syndrome. Masih letih dan selera makan masih belum pulih. Ia mungkin belarutan hingga dua minggu. Banyakkan berehat dan minum air.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in