TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 24: Alahan Antibiotik

SOALAN:

Assalamualaikum, saya Yusoff dari Kelantan, saya nak tanya?

Baby saya umur 6 bulan, lepas makan ubat antibiotik yang Dr bagi, badan bayi naik bintik bintik merah, macam mana saya nak buat.


JAWAPAN

Alahan kepada antibiotik bergantung kepada jenis dan jumlah pengambilan antibiotik tersebut. Kebanyakan dalam kes alahan antibiotik, simptom bermula dalam masa 24 jam dan mengambil masa beberapa jam selepas mengambil rawatan.


Simptom2 alahan yang mungkin dialami:

  • ruam
  • kemerahan, bengkak dan gatal
  • susah bernafas
  • batuk
  • loya dan muntah
  • susah untuk menelan

Alahan yang sangat teruk boleh menyebabkan keadaan "anaphylactic shock" yang memerlukan rawatan segera dan boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak diberi perhatian dan rawatan yang sepatutnya.

Alahan kepada kanak2 juga boleh mengalami simptom yang dinyatakan di atas. Ada juga yang mengalami cirit birit dan sakit perut. Antibiotik amoxycillin dan ampicillin adalah antibiotik yang biasa diberikan kepada kanak-kanak yang sering kali boleh menyebabkan alahan.

Rawatan asas untuk masalah alahan kepada antibiotik adalah BERHENTI MENGGUNAKAN UBAT TERSEBUT dan dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital. Masalah ruam dirawat menggunakan antihistamin atau menggunakan steroid dan krim pelembab untuk mengurangkan kegatalan dan kemerahan dan radang pada kulit.

Ibubapa perlu melihat anak dengan teliti masalah alahan antibiotik. Ibubapa perlu tahu dan sentiasa ingat nama ubat yang membuat reaksi alahan kepada anak untuk mengelakan masalah ini berulang. Masalah alahan ini tidak boleh diambil mudah.

Oleh sebab itu antibiotik hanya diberikan dalam keadaan tertentu sahaja dan bukan ubat magik yang wajib diberi sekiranya anak mengalami jangkitan demam batuk selsema.





 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in