Beberapa malam lepas, selepas Isyak, tiba-tiba Balqis datang kepada saya, "ibu, hidung". Saya melihat hidungnya, Allahuakbar, darah merah meleleh dari lubang hidung sebelah kanan. Terus saya picit hidung tersebut dan menundukkan kepalanya. Saya memanggil si abang dan bertanya sama ada Balqis ada jatuh atau si abang ada memukul si adik . Alhamdulillah selepas beberapa minit, darah dari hidung Balqis berhenti sendiri. Saya cuba memeriksa hidung Balqis, memang susah untuk merawat anak sendiri. Balqis tidak jatuh atau bergaduh dengan abangnya. Mungkin cuaca panas pada waktu malam kebelakangan ini membuatkan salur darah kecil di dalam hidungnya mengembang dan pecah dengan sendiri.
Hidung berdarah (epistaxis) memang salah satu aduan biasa yang membuatkan pesakit datang mendapatkan rawatan di klinik. Beberapa perkara yang akan di tanya oleh doktor terutama jika terdapat masalah-masalah lain yang turut dialami oleh pesakit seperti senang lebam, senang berdarah di bahagian badan yang lain, masalah hidung berdarah berulang-ulang, masalah sinusitis, ada kemalangan sebelum hidung tersebut berdarah ataupun terdapat pengambilan ubat-ubat. Ini adalah untuk mengetahui punca hidung berdarah tersebut datang dari masalah hidung itu sendiri atau masalah sistemik seperti leukaemia, masalah hati, kekurangan vitamin ataupun tumor.
Kebanyakan kes hidung berdarah berlaku di bahagian depan hidung. Bahagian ini kaya dengan salur darah dan bahagian ini dinamakan 'Little's area'. Pendarahan dari belakang hidung juga boleh berlaku dan selalunya pendarahan yang melibatkan bahagian belakang hidung lebih lama dan susah untuk dikawal. Pendarahan pada belakang hidung selalunya melibatkan kedua-dua belah lubang hidung dan darah boleh mengalir ke dalam mulut.
Antara punca-punca yang boleh menyebabkan hidung berdarah
- trauma - kena tumbuk
- benda asing - korek hidung
- sinusitis, rhinitis
- pengambilan ubat spray hidung
- masalah darah - leukaemia, anaemia
- masalah pada hati
Kemudian cuba untuk hentikan pendarahan tersebut.
- picit bahagian bawah hidung yang lembut untuk menutup lubang hidung
- kekalkan tekanan pada hidung paling minimum selama 5 minit
- tunduk kepala ke bawah untuk mengelakkan darah memasuki bahagian mulut (jangan dongak ke atas kerana ini boleh menyebabkan darah mengalir ke dalam mulut)
- bernafas melalui mulut
- boleh letak ais di kepala atau di dalam mulut untuk membantu mempercepatkan kesan pengecutan salur darah
Jika pendarahan masih belum berhenti, perlu dapatkan rawatan segera di hospital.
Saya berharap info ringkas ini membantu
anda sekiranya menghadapi situasi ini.
anda sekiranya menghadapi situasi ini.

0 comments:
Post a Comment