TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 26: Post Dengue Fatigue Syndrome

SOALAN:

Salam Doktor
Saya discaj dari hospital pada 22/2/15 sebab denggi tetapi sehingga kini kepala masih sakit (spinning) dan badan terasa lesu lagi. Apa yang saya perlu lakukan Doktor?

JAWAPAN:

Waalaikumsalam puan.

Alhamdulillah puan sudah berada dalam fasa recovery sebab itu doktor di hospital membenarkan puan keluar dan berehat di rumah.




Apa yang puan alami sekarang ini adalah keadaan yang dinamakan "post dengue fatigue syndrome" (sindrom keletihan selepas jangkitan dengue). Keadaan ini mungkin berlarutan 1-2 minggu selepas jangkitan virus denggi. Tidak ada ubat magik yg boleh menyembuhkan keadaan ini.

Apa yang boleh dibuat:

  • Minum air banyak
  • Senaman ringan - deep breathing exercise
  • Makanan kaya dengan buah buahan, sayur sayuran 
  • Pengambilan multivitamin
  • Makan 5-7 small regular meals 
  • Berbincang dengan Doktor di klinik sekiranya keadaan pn membimbangkan puan
  • Sabar dan berdoa kerana fasa penyembuhan ini akan hilang sendirinya. 


Semoga sedikit ilmu ini membantu puan dalam fasa penyembuhan ini.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in