Salam doktor
Saya nak tanya, saya mengandung 7 minggu, sakit badan sangat-sangat. Saya makan ubat remafen. Dah makan baru risau boleh atau tidak makan ubat ini?
JAWAPAN:
Waalaikumsalam puan.
Tahniah puan mengandung. Diharap sentiasa dalam lindungan Allah.
Remafen adalah ubat yang mengandungi diclofenac sodium sebagai bahan aktifnya yang merupakan non steroidal anti inflammatory drug. Ubat ini boleh digunakan untuk mengurangkan sakit, mengurangkan radang dan boleh mengurangkan demam.
Dos yang digunakan untuk merawat pesakit dewasa 25-50 mg 2-3 kali untuk sehari. Dos maksimum untuk sehari adalah 150 mg.
Kesan sampingan: Loya, muntah, sakit perut, dan ketidakselesaan pada kawasan epigastrik (ulu hati), allergik
Remafen tidak boleh diambil jika pesakit ada masalah hypersensitivity kepada bahan aktifnya, kanak-kanak bawah 6 tahun, ibu menyusu, ibu mengandung pada trimester ke 3, pesakit yang mempunyai masalah darah – hemodyscrasia
Penggunaan ubat ini semasa mengandung dan menyusu dibolehkan sekiranya manfaat penggunaannya kepada ibu melebihi risiko kepada anak dalam kandungan.
Bagi saya, jika penggunaan ubat tersebut hanya sekali sahaja, Insya allah tiada kesan kepada kandungan pn. Jika masih risau, saya cadangkan pn berbincang dengan doktor di klinik semasa pemeriksaan kandungan pn.
Ubat ubatan yang selamat diambil ketika hamil
1- Pedih ulu hati, ketidakcernaan, angin
Antacid (magnesium trisilicate, Maalox (aluminium hydroxide + magnesium hydroxide), Tums (calcium carbonate)
Untuk sakit perut yg disebabkan angin boleh mengambil Simethicone
2- Demam, batuk, selsema
Guaifenesin bersama dextrimethorphan, ubat titis batuk dan Vicks
Sesetengah ubat demam selsema mengandungi alcohol, jadi anda perlu kurangkan kekerapan
pengambilan ubat tersebut.
Elakkan produk-produk yang mengandungi dekongestan pseudoephrdrine dan phenylepherine yang mana boleh member kesan kepada pengaliran darah ke plasenta
3- pelega kesakitan, sakit kepala atau demam
Acetaminophen / paracetamol
4-Pelega alergi, masalah kegatalan
Chlorpheniramine antihistamine sahaja
5- sembelit, buasir, cirit birit
Produk seperti Metamucil dan Citrucel boleh diambil untuk merawat masalah sembelit.
Pelembut najis seperti Ducolax, Lactulose juga selamat.
Masalah buasir – Sup Anusol
Anti cirit birit – Oral rehydration Salt, Imodium
6- Jangkitan yis / fungal
Krim Miconazole, CLotrimazole, Tioconazole, Nystatin, Butoconazole, Butenafine
7- Masalah susah tidur
Diphenhydramine, DOxylamine Succinate
*Sumber dari Majalah Mami & Baby Feb 2012
Saya berharap setiap ibu yang hamil, jika mempunyai masalah semasa hamil, dapatkan rawatan di klinik, berbincang dengan doktor yang merawat. Ini bagi memastikan masalah pn dapat dirawat dan kandungan pn terus sihat hingga dilahirkan.

0 comments:
Post a Comment