TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 28: Terambil Pil Perancang Semasa Mengandung

SOALAN:

Assalamualaikum doktor.
Apa kesan jika makan postinor 2 pada kehamilan 3 minggu?


JAWAPAN:

Waalaikumsalam puan.

Terdapat beberapa jenis lagi pil pencegah kehamilan kecemasan:


  1. Ulipristal acetate yang hanya dijual di US dan Europe yang dijual dengan nama 'ella' atau 'ellaOne'. Pil ini dikatakan lebih efektif dan dapat diterima oleh wanita.
  2. Kombinasi pil pencegah kehamilan yang mengandungi kedua dua hormon progestin dan estrogen. Pil ini dapat mengurangkan risiko kehamilan sebanyak 75% dan kebanyakan wanita mengalami kesan sampingan seperti loya dan muntah.
  3. Pil pencegah hamil kecemasan yang mengandungi sedikit dos mifepristone. Pil ini sangat efektif dan kurang kesan sampingan. Terdapat hanya di china, Vietnam dan Russia.

Jika puan telah mengambil pil postinor 2 tanpa menyedari diri puan hamil, insya Allah ia tidak memberi sebarang kesan kepada kandungan puan.




Berdasarkan kajian yang dikeluarkan pada tahun 2009, dari 332 wanita hamil yang menggunakan pil kecemasan levonorgestrel tidak meningkatkan risiko kecacatan pada bayi. Dari kajian lain pula, wanita-wanita yang mengambil pil perancang kombinasi tanpa menyedari mereka mengandung juga tidak meningkatkan risiko kecacatan pada bayi.

Oleh sebab itu, FDA US ( Food Drug Administration United State) telah menarik balik amaran tentang kesan pil perancang kepada bayi dalam kandungan beberapa tahun lepas. FDA juga menyarankan agar setiap wanita yang mengambil pil perancang supaya memastikan diri mereka tidak hamil sebelum mengambil pil tersebut.

Diharap jawapan saya dapat mengurangkan kebimbangan puan terhadap kandungan puan. Semoga puan dan kandungan puan sihat, Insya Allah.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in