TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Bagaimana Merangsang Perkembangan Otak Si Manja

Alhamdullilah, saya berjaya menghadiri seminar yang sangat hebat dari Pn Liyana Raya, seorang Occupational Therapist (JuruPulih Cara Kerja) yang sangat berpengalaman dalam merawat kanak-kanak berkeperluan khas. Seminar tersebut berlangsung di Masjid Seberang Jaya.



Ilmu yang Pn Liyana berikan membuatkan saya kesal kerana saya tak punya ilmu ini sebelum bergelar ibu. Kalau saya ada, mungkin Hadif tak akan mempunyai masalah kelewatan pertuturan. Namun saya tetap bersyukur kerana saya ada Hadif, saya belajar untuk menjadi ibu yang lebih matang dan sabar. Terima kasih Allah. Sungguh skrip dari Allah sangat manis.

Saya ingin berkongsi 10 tips penting untuk semua yang bergelar ibubapa atau bakal bergelar ibubapa. Saya harap kita sama-sama belajar. Kalau ada yang rasa bersalah kat anak-anak, masih belum terlambat untuk betulkan.

Perkembangan anak-anak (0-6 tahun) melibatkan banyak aspek - motor kasar, motor halus, kognitif, tingkah laku, percakapan dan komunikasi, pengurusan diri, emosi dan bermain. Dalam buku rekod kesihatan kanak-kanak memang dah diberikan carta perkembangan kanak-kanak yang normal, waktu bila setiap perkembangan kanak-kanak berlaku. TAPI perkembangan ini tidak akan sempurna tanpa integrasi deria dan ransangan.

1- Deria melibatkan

Tactile - sentuhan
Vestibular - keseimbangan badan
Proprioceptive - otot dan sendi
Visual - penglihatan
Auditory - pendengaran
Olfactory - bau
Gustatory - rasa

Jadi kena buat aktiviti yang melibatkan semua deria ini.
Contohnya untuk stimulate deria sentuhan kena bagi anak rasa apa itu rasa panas, sejuk, suam.

Untuk deria kinestatik ( vestibular dan proprioceptive) kena banyak buat pergerakan seperti melompat, lari, berjalan, merangkak

Minta pak cik Google tolong untuk carikan aktiviti untuk stimulate deria yang menarik untuk dilakukan bersama anak-anak

2- Setiap deria bertindak balas dengan ransangan melalui interpretasi tertentu dan interpretasi ni lah yang membentuk tingkah laku kanak-kanak dan berkait rapat dengan proses pembelajaran, pertuturan dan penulisan kanak-kanak. contoh macam Hadif yang ada speech delay. Ini berlaku kerana ransangan visual dan auditory diberi terlalu banyak melebihi ransangan sentuhan, kinestatik, rasa dan bau. Ini memang saya mengaku kerana disebabkan Hadif ditinggalkan bersama bibik, banyak masa dihabiskan menonton TV. Itu sebab dalam buku rekod kesihatan ada dinasihatkan kalau boleh anak umur <2 tahun kena elakkan menonton TV. Sedih bila ingatkan masa ni.


3- Kebanyakkan ibubapa sekarang agak protective terhadap anak-anak. Takut anak jatuh, tak nak bagi main kotor, tak suka anak sepahkan rumah. Saya pun overprotective untuk Hadif dan Balqis. Pn Liyana kata biar anak-anak main kotor, biar anak panjat, kita sepatutnya mengawal keadaan supaya mereka berada dalam zon selamat. Ini la yang dikatakan real stimulation. Dulu mak-mak kita, biar kita main padang, masuk hutan, bagi kita explore semua benda sebab itu dulu masalah perkembangan kanak-kanak tidak seteruk sekarang. Bila anak-anak dapat explore, dalam masa yang sama mereka akan menggunakan dan merangsang deria mereka.

4- Tips bermain Tactile Sensory Play - rancang aktiviti lebih awal, rancang tempat bermain, rancang peralatan yang akan digunakan dan sediakan peralatan mencuci. Nak main apa? Sekali lagi kena minta bantuan Pak cik Google. Contoh main pasir.



5- Untuk bermain dengan anak-anak, kena cari sedikit masa bersama mereka. Masa tu memang kita kena jadi entertainer bukan director. Kita kena berada sama level dengan mereka. Kena mudahkan aktiviti yang hendak dilakukan. Mulakan dengan aktiviti yang anak suka bukan yang kita nak. Boleh guna kaedah reward and punishment.

6- Untuk menulis, ia bukan setakat pen dan kertas sahaja. Ia bermula dari pergerakan (Deria kinestatik). Kena banyak main playdoh. Perkara asas bermain dengan playdoh adalah rolling, buat bulatan, menekan dan mencubit playdoh. Menulis juga memerlukan kekuatan jari dan tangan, koordinasi mata dan tangan, integrasi dua tangan, kemahiran manipulatif, kemahiran tangan dan kertas, pra menulis iaitu cara anak memegang pensil dan baru lah anak boleh menulis. Menurut pn Liyana, dari cara anak memegang pensil sahaja, berdasarkan umur, boleh diketahui anak tersebut mempunyai masalah ataupun tidak.


7- untuk menguasai setiap kemahiran di atas, ada aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak. Ini kena cari dari Google. Contoh untuk kemahiran tangan dan kertas, aktiviti yang boleh dilakukan adalah melipat kertas, mengoyak kertas, menampal kertas dan menggunting kertas. Kalau buat aktiviti, fokus pada satu sahaja. Maksudnya kalau koyak kertas, koyak sahaja tak payah suruh anak tampal. Koyak sampai puas hati. haha

8- Saya selalu beli mainan tanpa tahu skill yang perlu untuk anak2. Pakai beli ja. Rupanya setiap mainan perlu kemahiran yang hendak dicapai. contoh macam main fishing game, ia adalah untuk kemahiran mata dan tangan. Bermain lego pula untuk kemahiran manipulatif. Sekarang dalam internet banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibubapa bersama anak untuk merangsang kemahiran yang diperlukan. Google and play together. tak payah spend duit beli flash card atau barang-barang mainan mahal. Flash card bagi after umur 2 tahun. sebelum umur 2 tahun, bagi anak-anak real stimulation, macam main warna, main pasir. Yang penting, cari masa bersama anak-anak.

9- Banyak melakukan aktiviti pergerakan dan rangsangan sebegini akan menyebabkan anak penat. Ini dipanggil sebagai Central Nervous System tiredness. Penat ini adalah baik untuk anak-anak belajar untuk memberi perhatian dan fokus.

10- Pn Liyana juga sarankan banyak kan aktiviti brain gym untuk anak-anak. Ini akan membantu information processing dengan pantas di kedua-dua otak kiri dan kanan. contoh brain gym aktiviti adalah Lazy 8. ada banyak lagi brain gym aktiviti dalam Youtube.



Semua tips yang diberikan oleh Pn Liyana boleh dilakukan untuk anak-anak normal ataupun berkeperluan khas. Bengkel sehari tak kan mampu diterjemah dalam tulisan. Apa yang saya tulis adalah rumusan apa yang saya belajar dari bengkel tersebut. Kalau ada masa, saya memang recommend seminar Pn Liyana ni. Saya bagi 10 bintang untuk ilmu baru yang saya belajar dari dia. Walaupun saya doktor, tak semua benda kita tahu. Saya hanya mampu memberi diagnosis dan rawatan untuk masalah kelewatan perkembangan dirujuk kepada jurupulih cara kerja.

Sememangnya ilmu dari bidang ini sangat menakjubkan. Saya rasa bertuah kerana berpeluang untuk menghadiri majlis ilmu dari Pn Liyana. Terima Kasih atas ilmu ini.

Boleh follow banyak lagi tips dari Pn Liyana dari page Anak Ibu Ayah by Liyana Raya


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in