TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 29: Berpeluh Berlebihan

SOALAN:

Saya ada masalah badan keluar peluh dengan banyak. Terutama kalau bersukan sampai basah kuyup. Tengok org lain tak la berpeluh macam saya. Saya tak gemuk dan BMI ok. Rasa macam tak selesa.

JAWAPAN:

Berdasarkan dari masalah yang diutarakan kemungkinan besar encik menghadapi masalah hyperhidrosis.



Hyperhydrosis adalah keadaan di mana seseorang itu berpeluh secara berlebihan dan tidak dijangka, boleh berlaku dalam keadaan sejuk ataupun keadaan rehat.

Berpeluh adalah proses natural untuk menyejukan badan terutama ketika suhu persekitran panas, bila melakukan senaman ataupun bila berada dalam keadaan takut, risau dan marah.

Seseorang yang menghadapi hyperhidrosis mempunyai kelenjar peluh yang lebih aktif dan berlaku secara automatik tanpa sebarang trigger factors. Punca sebenar keadaan ini tidak diketahuii dengan tepat tetapi berpeluh adalah dikawal oleh sistem saraf simpatetik.

Hyperhidrosis kebanyakannya terjadi pada tapak tangan, ketiak dan kaki. Penyakit ini bukan sahaja menganggu fizikal tetapi juga boleh menyebabkan tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti susah untuk menulis.

Terdapat dua jenis hyperhidrosis

Hyperhydrosis primer - selalunya melibatkan kawasan yang kaya dengan kelenjar peluh tangan, ketiak dan kaki. Punca tidak diketahui dan ada kemungkinan ada sejarah keluarga

Hyperhidrosis sekunder - mempunyai masalah perubatan lain yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Selalunya berpeluh seluruh badan atau satu kawasan sahaja.

Masalah2 perubatan yang boleh menyebabkan hyperhidrosis sekunder adalah seperti

  • hyperthyroid ( hormon thyroid berlebihan)
  • parkinsonism
  • tuberkulosis (batuk kering)
  • masalah kerisauan berlebihan
  • kanser
  • strok
  • menopause


Kedua- dua jenis hyperhidrosis perlu dipastikan melalui pemeriksaan lanjut di klinik/ hospital.

Rawatan hyperhidrosis adalah bergantung kepada punca yang dikenalpasti. Untuk hyperhidrosis sekunder, rawatan adalah disasarkan kepada punca yang dikenalpasti.

Antara rawatan yang diberikan adalah krim yang mengandungi asid borik, postassium permanganate, formaldehyde dan aluminium choride. Ubat antikolinergik juga boleh digunakan untuk merawat hyperhidrosis namun mempunyai kesai sampingan kepada pengguna antaranya kabur pandangan, susah kencing, sembelit atau mulut dan mata menjadi kering. Suntikan botox juga boleh digunakan untuk hyperhidrosis di bahagian tangan dan ketiak.

Jika rawatan perubatan gagal, kaedah pembedahan boleh digunakan. Kaedah di mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopik. Cara lain adalah dengan pembedahan membuang kelenjar peluh menggunakan laser.

Rawatan untuk hyperhidrosis sangat mencabar kerana keberkesanannya tidak seratus peratus.

Diharap penjelasan ini membantu anda yang bertanya. Saya nasihatkan anda bertemu dengan doktor di klinik berhampiran untuk memastikan keadaan anda.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in