TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 30: Keberkesanan ECG Untuk Kenalpasti Serangan Jantung

SOALAN:

Assalamuaikum. Sejak tahun lepas saya mempunyai banyak tanda sakit jantung (sumber dari Google). Tapi setelah melakukan ujian ECG di hospital kerajaan, doktor kata jantung saya sihat. Soalan saya adakah ujian ECG boleh dipercayai. Apa nasihat doktor?

Terima kasih

JAWAPAN:

Waalaikumsalam kepada encik yang bertanya.

Masalah jantung adalah antara masalah yang sangat ditakuti oleh masyarakat. Tidak dapat dinafikan jika seseorang mengalami sakit dada, sakit jantung adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran.

Simptom simptom tipikal yang mungkin berpunca dari jantung adalah:


  • sakit dada yang menekan, ketat atau mencengkam
  • rasa sakit tersebut boleh merebak hingga ke tangan sebelah kiri, atau ke rahang, belajang atau bahagian atas perut
  • berpeluh
  • susah bernafas
  • rasa penat

Ada juga pesakit yang tidak mengalami apa2 simptom ketika serangan jantung (silent heart attack) terutama pesakit yang mempunyai kencing manis.

Seseorang yang berisiko menghadapi masalah jantung adalah


  • lelaki
  • berumur 45 tahun ke atas
  • merokok
  • mempunyai sejarah keluarga serangan jantung
  • obesiti
  • mempunyai darah tinggi
  • mempunyai kencing manis
  • mempunyai kolesterol tinggi

Antara cara untuk mengesan masalah jantung termasuklah daripada simptom yang dialami dan risiko pesakit.

Electrokardiogram (ECG) adalah cara yang paling non invasive untuk mengesan masalah pada jantung. ECG merekod aktiviti elektrikal dalam jantung. Antara 25-50% pesakit yang mengalami masalah jantung mempunyai ECG yang normal.


Sekiranya pesakit masih mempunyai simptom dengan ECG yang normal, dan berada dalam golongan berisiko, langkah seterusnya adalah untuk membuat penyiasatan lanjut di hospital.


Antara penyiasatan yang akan dilakukan adalah:

1- Echocardiogram (ECHO)
Ini adalah kaedah non invasive yang lebih mahal daripada ECG. Ia menggunakan ultrasound untuk melihat keadaan jantung. Ia boleh mengenalpasti kerosakan pada otot jantung

2- Stress Test / exercise stress test
Ini adalah cara untuk memantau rhytm jantung, tekanan darah dan keadaan klinikal pesakit. Ia boleh memberitahu bagaimana jantung bekerja dan bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah.
ECG digunakan untuk monitor rhythm jantung.

3- Angiogram
Ini adalah ujian invasive. Ia digunakan untuk pesakit yang menunjukkan bukti yang terdapat kesempitan pada salur darah koronari daripada stress test. Ia dapat memberitahu bahagian salur darah yang terlibat dengan lebih jelas.

Saya harap penjelasan saya dapat membantu encik. Sekiranya masih ragu2, saya cadangkan encik berbincang dengan doktor di klinik.



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in