TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Vitamin BUKAN Ubat

Seringkali saya diaju soalan "doktor, ok tak kalau saya makan minuman X?", "doktor, produk ni ok tak?"  dari pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang membuat rawatan susulan di klinik penyakit kronik. Saya tak nafikan terdapat pelbagai produk alternatif yang dijual di pasaran dan ditambah pula dengan testimonial berjaya dari pengguna membuat ramai yang ingin mencuba.


Ada juga pesakit saya yang sengaja tidak mahu mengambil ubat dari klinik kerana ingin melihat kesan produk alternatif yang dibelinya. Kemudian akan datang ke klinik dengan tekanan darah tinggi bersama simptom sakit dada dan pening kepala ataupun gula dalam darah yang tinggi hingga tidak boleh dibaca oleh mesin glucometer. Itu adalah senario yang seringkali saya temui di klinik. Alasan mudah saja, "pak cik takut makan ubat banyak sangat, rosak buah pinggang". Saya menarik nafas panjang sebelum mula berceramah.. Haha 😃


Beberapa perkara yang anda perlu tahu dan bezakan penggunaan ubat dan produk makanan tambahan



UBAT



  • Ubat dibuat menggunakan bahan kimia yang diketahui cara yang bagaimana ia membantu merawat penyakit.
  • Sebelum mana-mana ubat dibenarkan diberi kepada manusia, ia akan melalui proses kajian yang sangat ketat untuk memastikan keselamatan ubat tersebut.
  • Setiap  ubat yang dibuat akan dikaji tentang keberkesanannya dalam merawat penyakit.
  • Tiada ubat yang sempurna kerana ia adalah buatan manusia dan penerimaan setiap pesakit berbeza-beza. Jika terdapat kesan sampingan, doktor akan merawat dan memberhentikan ubat tersebut.
  • Pemberian setiap ubat kepada sentiasa dipantau oleh doktor atau staff kesihatan dan jika terdapat sebarang masalah, pesakit boleh berbincang dengan doktor bertugas.
  • Ubat- ubat untuk penyakit kronik hanya diberikan oleh doktor yang mempunyai ilmu perubatan ataupun pegawai farmasi


SUPPLEMEN/ VITAMIN



  • Kebanyakan makanan tambahan yang dibuat daripada bahan semulajadi seperti madu, kurma, akar akar kayu
  • Tidak dinafikan setiap kandungan atau bahan yang digunakan untuk membuat produk tersebut diketahui tetapi bahan aktif yang terdapat dalam setiap bahan semulajadi itu tidak diketahui. Malah cara bagaimana ia dikatakan mampu merawat penyakit juga tidak diketahui.
  • Kebanyakan produk makanan tambahan ini tidak dikaji dan hanya berdasarkan testimonial testimonial pengguna sahaja.
  • Kesan sampingan produk-produk ini juga tidak diketahui
  • Penggunaan makanan tambahan ini tidak dipantau oleh sesiapa. Ia adalah atas risiko sendiri.
  • Boleh dibeli di kaunter dan dijual oleh sesiapa sahaja


Jawapan saya untuk soalan pesakit saya mengenai pengambilan makanan tambahan adalah mudah. Itu adalah hak pesakit. Siapa saya untuk menghalang dia dari berusaha untuk merawat masalah kesihatannya. Cuma saya nasihatkan pesakit saya untuk mengambil ubat dari klinik seperti biasa. Jika terdapat kesan sampingan dari pengambilan produk tambahan tersebut misalnya bacaan gula dalam darah makin teruk atau fungsi hati terganggu, saya akan nasihatkan pesakit untuk berhenti mengambilnya.


Mengenai penyataan ubat yang boleh merosakkan buah pinggang, bagi saya tidak ada ubat yang dicipta dengan tujuan untuk membunuh manusia. Setiap pesakit yang mengambil ubat akan dipantau setiap kali menerima rawatan susulan di klinik. Jika terdapat masalah contohnya fungsi buah pinggang terganggu, mungkin puncanya bukan dari ubat tetapi penyakit itu sendiri yang tidak dikawal ataupun disebabkan pengambilan produk alternatif yang tidak sesuai dengan diri pesakit.



Memang bukan mudah untuk berbicara tentang pengambilan makan tambahan ini. Mempunyai ibubapa yang menghidapi penyakit kronik, saya tidak dapat lari dari masalah yang sama. Mak dan ayah saya juga percaya pengambilan produk alternatif mampu merawat penyakit mereka. Cuma yang mampu saya pastikan adalah mereka tidak boleh berhenti mengambil ubat dari klinik. Ini adalah kerana MAKANAN TAMBAHAN BUKAN UBAT.



Setiap keputusan anda untuk mengambil produk makanan tambahan adalah atas diri sendiri. Sebagai pegawai perubatan saya akan sentiasa memberi nasihat yang terbaik dalam ilmu yang saya ada untuk membantu. Selebihnya adalah dari anda sendiri.

Pilih lah supplemen atau vitamin yang selamat dan sesuai dengan anda dan bukannya disebabkan produk yang popular ataupun iklan produk yang terlalu menjanjikan pelbagai kebaikan dari penggunaannya.


Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi kesihatan dan Insya Allah saya boleh cadangkan pengambilan vitamin harian yang terbaik untuk anda. Insya Allah vitamin ini selamat dan halal.





 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in