TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Penang Bird Park

Sejak dua menjak ni, saya suka cari tempat tempat menarik untuk spend quality time dengan anak2. Boleh release stress bila tengok anak anak gembira.

Anak dara saya memang suka binatang. Sangat excited bila bawa pergi zoo. Berbeza dengan Hadif, bila masuk zoo, terus tido dlm stroller.

Kali ni, saya pilih untuk bersama anak dara ke Penang Bird Park yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dekat dengan Bandar Sunway. Ini lah kali pertama saya jejak kan kaki ke sini. Dah tahu lama tapi tak pernah berkesempatan untuk ke sini. Cuti panjang bulan 12, boleh la saya bersama puteri saya melepaskan tenaga di sini. Hadif tidak ikut sekali kerana berada di kampung.



Sikit tentang sejarah bird park ni. Yang pertama dan yang terbesar di Malaysia. Dibuka pada tahun 1988. Sebab tu saya cakap even saya di duduk di Butterworth dulu, tak pernah berkesempatan untuk pi. Bila dah ada anak, dah berumur dekat 34 tahun, baru boleh pi. 😍

Bird park ini mempunyai 300 jenis burung dari seluruh dunia dan 150 jenis burung dari Malaysia. Selain dari burung, ada juga ular dan kancil yang dibela di taman ini. Macam mini zoo.

Landscape taman burung ni pun cantik. Banyak bunga yang di tanam macam bunga Raya, bunga orkid, pokok buluh dan pelbagai lagi.

Kat tengah- tengah taman ada tasik yang ada jambatan untuk dilalui oleh pengunjung. Kat tasik boleh tengok flamingo dan burung undan yang sgt besar. Memang menarik sangat!

Sambil sambil berjalan akan ada staff penang bird park offer ambil gambar yang kemudian boleh dibeli sebelum balik.

Dekat bird park, ada animal show. Alhamdulillah, saya dan Balqis berkesempatan melihat keletah comel burung dan binatang yang sgt cerdik.

Animal show tu akan dibuat setiap hari pukul 1130 pg dan 330 ptg. Memang enjoy sangat spend a day di bird park tu. Balqis sampai tak mau balik. Kami buat tour dua kali pusing bird park tu. Even masa pi tu tengah pregnant, kugagahkan juga ikut kehendak ank tersayang pusing bird park yg berkeluasan 5hektar tu.

Penang Bird Park dibuka setiap hari - termasuk weekend dan public holiday. Jadi boleh la spend masa di situ bila hari cuti.

Buka pukul 9 pg hingga 7 petang

Entrance fee
Untuk yg ada mykad dewasa rm23 dan kanak2 dgn mykid rm13


Jom layan video gambar gambar kami di sana. 😍



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in