TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 31: Lemah Kawalan Kencing

SOALAN:

Assalam Dr. Saya wanita umur 30. Saya ada kencing tak lawas yang teruk sejak saya remaja dalam for 2. Masa tu tak teruk lagi tapi sejak form 5 tak silap saya dah start pakai pad setiap solat. Bila kencing tak puas. baru pakai pad dah rasa kuar sikit. saya pendam sampai sekarang sebab kos rawatan pakar swasta agak tinggi dan pakar uro kebanyakkannya laki. saya pernah check up pakar hosp serdang tapi lepas beberapa terapi saya tak gi. saya takut nak kahwin. sekarang lagi teruk setipa masa rasa basah. 

Harap dr bagi penjelasan because kalau nak jumpa pakar wanita uro kemudian kos surgeri untuk betulkan pundi kencing macam saya baca di internet. saya tak larat dah tak tahan. saya usahakan kos tu. saya tak tau nak jumpa pakar o & G atau pakar uro yang kebanayakkan lelaki sebab tu saya tangguh. 

JAWAPAN:

Waalaikumsalam cik,

Maaf kerana baru dapat memberi jawapan untuk pertanyaan cik. Sebelum ini web saya dalam proses penyelenggaraan.

Berdasarkan simptom yang cik ceritakan, kemungkinan besar cik mengalami urinary incontinence iaitu lemah pada kawalan kencing.




Urinary incontinence banyak jenis

1- URGE INCONTINENCE - disebabkan oleh otot pundi kencing yang aktif (overactive bladder)

2- STRESS INCONTINENCE - disebabkan pundi kencing tidak tutup sepenuhnya

3- OVERFLOW INCONTINENCE - disebabkan oleh kelemahan kontraksi pada pundi kencing atau saluran urethra tersumbat

4- FUNCTIONAL INCONTINENCE - disebabkan oleh faktor luaran seperti ubat atau masalah kesihatan yang tidak dapat sampai ke tandas


Kebanyakan wanita mengalami masalah Urge Incontinence atau Stress Incontinence. Ada juga yang mengalami kedua-dua masalah serentak. 

Urge Incontinence berlaku apabla terdapat kontraksi otot pundi kencing yang tidak dihentikan. Ini menyebabkan air kencing keluar dengan kurangnya amaran untuk ke tandas.

Stress Incontinence pula berlaku disebabkan oleh kurang sokongan pada bahagian saluran kencing yang disebabkan masalah pada kawasan pelvik. Air kencing keluar apabila terdapat tekanan tinggi pada bahagian abdomen contohnya batuk, bersin atau ketika mengangkat benda berat.

Masalah mengenai saluran kencing ini memang dirawat oleh pakar urology. Bila melibatkan pesakit wanita, pesakit tersebut akan dirujuk kepada pakar gynaecology yang subspeciality dalam urology - urogynaecologist.

Rawatan untuk masalah ini bukan terus kepada pembedahan. Yang paling utama, doktor perlu tahu terlebih dahulu punca dan masalah cik jenis yang mana satu.

Antara rawatan yang dilakukan

1- senaman kagel untuk menguatkan otot lantai pelvis

2- bladder training

3- ubat seperti oxybutinin

4- pembedahan untuk masalah stress atau overflow incontinence

Saya cadangkan cik ke klinik kesihatan terlebih dahulu untuk dapatkan nasihat dari pegawai perubatan sebelum dirujuk ke klinik pakar.

Sementara itu cik boleh buat senaman Kagel di rumah.

Semoga masalah yang cik hadapi dapat diselesaikan dan yang penting jangan malu untuk dapatkan rawatan dan pertolongan.

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in