TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 32: Rawatan Hyperthyroid

SOALAN:

Selamat sore dr. Saya terkena hyperhyroid. hormon thyroidnya tinggi menurut dr yang menangani tidak bisa dioperasi kenapa ya. Dan saya harus minum ubat sampai berapa lama ya dok. Terima kasih atas jawapannya

JAWAPAN:

Selamat sejahtera,

Sebelum saya terus menjawab kepada rawatan hyperthyroid, saya akan berikan sedikit maklumat tentang masalah berkenaan ketidak seimbangan hormon ini.



Hyperthyroid berlaku apabila hormone thyroid nya lebih tinggi dari biasa disebabkan sel-sel pada kelejar thyroid yang lebih aktif. Ada beberapa sebab berlakunya masalah ini.

1- Grave's disease - masalah autoimmune di mana sel sel badan pesakit menyerang kelenjar thyroid pesakit sendiri

2- toxic thyroid adenoma

3- toxic multinodular goitre

4- pengambilan ubat hormon thyroid berlebihan 

5- pengambilan ubat untuk masalah jantung - amiodarone

Symptom-simptom yang dihadapi adalah seperti turun berat badan, berdebar-debar, tangan menggigil (tremor), rasa resah, susah untuk tidor, senang marah, haid tidak teratur dan kulit menjadi nipis.

Diagnosis dibuat melalui pemeriksaan darah untuk melihat kandungan hormone thyroid. Ada kala doktor akan membuat ultrasound leher bagi mereka yang mempunyai bengkak pada leher.

Rawatan hyperthyroid bermula dengan ubat ubatan jika paras hormone terlalu tinggi. Ini adalah kerana sekiranya terus dibuat pembedahan boleh mengancam nyawa pesakit kerana boleh berlaku thyroid storm.

Thyroid storm adalah keadaan yang sangat bahaya di mana ia menyebabkan jantung menjadi laju dan tidak menentu, suhu badan menjadi tinggi, pesakit boleh muntah dan cirit birit dan mengalami keadaan mental yang tidak menentu. Ini adalah kes kecemasan yang perlu rawatan segera. Walaupun dengan rawatan, kematian boleh berlaku dalam 20 hingga 50% kes.

Ubat untuk masalah thyroid yg sering digunakan adalah carbimazole atau propythiouracil. Bila pesakit diberi ubat, pesakit akan dipantau setiap 2-3 bulan. Pemantauan hormone thyroid dilakukan melalui ujian darah dan keadaan pesakit. Bergantung kepada setiap kes, ada yang respon kepada ubat dan hormone thyroid stabil selepas dua tahun rawatan, ubat boleh diberhentikan.

Sekiranya hormone thyroid masih tidak dapat dikawal, rawatan seterusnya adalah melalui rawatan radioaktif iodine atau pembedahan thyroid.



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in