TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 2: Masalah Tonsil Bengkak yang Berlarutan

SOALAN:

Anak saya mengalami masalah tonsil selalu bengkak. Boleh share bagaimana nak elak perkara ini dari berlarutan. Perlukah saya bawa anak ini untuk menjalani pembedahan?

JAWAPAN: 


Masalah bengkak pada bahagian tonsil adalah jangkitan yang selalu berlaku pada kanak-kanak. Ia boleh disebabkan oleh virus atau bakteria.

Selalunya jangkitan pada bahagian ini akan menyebabkan demam dan sakit tekak. Selalunya symptom akan sembuh dalam masa 3 hari tetapi ada yang mengambil masa hingga seminggu untuk sembuh.

untuk elakkan dapat jangkitan tonsil adalah sukar kerana ia berlaku disebabkan virus atau bakteria dalam udara. sama juga dengan kita, adalah sukar untuk kita mengelak dari mendapat demam, batuk selsema kerana kita tidak boleh tahu bila, bagaimana atau di mana virus tersebut berada.

Dalam keadaan biasa, bila virus atau bakteria masuk ke dalam badan melalui system pernafasan - hidung/mulut, ia akan ditapis di bahagian tonsil. Dalam tonsil, system pertahanan badan akan bekerja dan menyebabkan demam. Jangkitan tersebut akan menyebabkan radang pada bahagian tekak.

Pembedahan membuang tonsil dilakukan oleh pakar bahagian ENT (Hidung, Telinga dan Tekak). Bukan semua kes tonsil perlukan pembedahan. Ada indikasi-indikasi tertentu untuk pembedahan dilakukan:

- Tonsil bengkak hingga menyebabkan bahagian pernafasan tertutup, tidak boleh menelan, berdengkur atau masalah jantung
- Bisul / nanah pada bahagian tonsil yang tidak sembuh dengan antibiotic
- Jangkitan tonsil yang menyebabkan anak tersebut mendapat sawan panas
- Tonsil yang bengkak yang perlu diambil sampel (biopsy)
- Lebih 3 kali jangkitan pada tonsil dalam masa 1 tahun walaupun sudah mengambil antibiotic
- Nafas busuk yang berpanjangan disebabkan tonsil yang tidak sembuh
- Jangkitan tonsil yang berulang yang tidak boleh lagi dirawat dengan antibiotic
- Tonsil hanya bengkak pada satu bahagian saja yang disyak adalah bahaya

Semoga semuanya dipermudahkan



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in