TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 33: Masalah Keputihan dan Susah Hamil

SOALAN:

as salam doc. Saya nk,sya slalu keluar kputihan yg brwarna putih jernih. Adakah itu berbahaya doc. Sbb hampir dua thun saya khwin tp blum punya chyamata. Adakah itu puncany doc. 

JAWAPAN:

Waalaikumsalam. Selamat Hari Raya pn. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera dalam menyambut Syawal.


Masalah keputihan adalah masalah yang selalu diperkatakan di kalangan wanita. Lendir yang keluar dari faraj tidak semestinya adalah disebabkan oleh penyakit. Adakala keputihan ini adalah normal. Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar di dalam vaginal dan cervix untuk membersih dan menolong menghalang jangkitan di sekitar kawasan ini.

Ada beberapa situasi yg dikaitkan dengan keputihan yang keluar dan normal. Contohnya sewaktu ovulation, menyusukan anak ataupun sewaktu naik syahwat dan bersetubuh. Lendir faraj ini juga dikawalselia oleh hormon oestrogen dan progesteron. Hormon hormon ini menambah bilangan kelenjar yg menghasilkan lendir tersebut. Wanita hamil akan mendapati keputihan akan lebih banyak dari biasa. Begitu juga jika wanita mengalami tekanan, bekerja lebih kuat dan menggunakan tenaga fizikal yg berlebihan.

Lendir yang normal adalah lendir jernih yang cair, tidak berbau dan tidak ada kegatalan. 

Lendir dari faraj ini mungkin juga satu simptom kepada masalah jangkitan. Selalunya lendir ini akan berubah warna, bau dan memberi simptom lain seperti gatal2 ataupun sakit di bahagian ari2. Jangkitan syphilis, gonorrea, candida, trichomonas adalah jangkitan yg dikaitkan dengan masalah keputihan di kalangan wanita. Masalah ini perlu dirawat dengan antibiotik atau pessary.

Jika ditanya sama ada masalah keputihan menyumbang kepada masalah kehamilan, ia boleh berlaku secara tidak langsung sekiranya terdapat jangkitan. Penyakit2 kelamin seperti syphilis dan gonorrhea boleh menyebabkan radang pada kawasan pelvik yang boleh merosakan organ peranakan seperti uterus, ovary, tiub fallopio. Masalah keputihan yg tidak normal yg memberikan warna kuning kehijauan dan bau yg tidak menyenangkan merupakan salah satu simptom yg dikaitkan dengan jangkitan bakteria di atas.

Sekiranya pn masih ragu ragu saya cadangkan pn dapatkan nasihat dr doktor di klinik terdekat. Pemeriksaan lanjut boleh dilakukan termasuk pap smear dan pemeriksaan darah.

Sekiranya sudah dipastikan masalah keputihan tersebut tidak disebabkan oleh jangkitan, pengambilan supplement seperti Evening Primprose oil, Vitamin E bersama b compleks dan folik asid, alfalfa dan garlic boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan pn.

Beberapa tips lain untuk kurangkan masalah keputihan

🚩jaga kebersihan bahagian tersebut
🚩pakai pantyliner
🚩elakan wangian dan pencuci antiseptik - kerana ia akan mematikan normal flora di bahagian tersebut dan mengundang jangkitan bakteria
🚩pakai seluar dalam 100% cotton


Semoga jawapan saya membantu pn.



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in