TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 37: Punca Kurang Garam Dalam Badan

SOALAN:

Assalamualaikum dan salam subuh dr. Emm saya nak tanya, apa punca kurang garam dalam badan? Saya ada cari dan baca dalam google tapi buat saya bingung pulak.
Harap diperjelaskan

JAWAPAN

Waalaikumsalam. Terima kasih kerana bertanya.

Saya akan cuba berikan jawapan supaya adik yang bertanya ni faham. Kalau cari kat google memang dia akan beri jawapan macam belajar physiology. Saya yang belajar physiology dulu pun masih terkial kial.

Bila bercakap tentang garam dalam badan, saya boleh beritahu ada dua jenis garam
✔️ Potassium (K+)
✔️ Sodium (Na)



Kedua dua jenis garam ini adalah ion generator untuk tubuh kita berfungsi. Tubuh kita berfungsi melalui tindak balas elektrik. Contoh kalau nak gerakkan jari, otak kena sampaikan mesej kepada otot jari untuk bergerak. Mesej ini disampaikan melalui neuron. Neuron ini bekerja melalui tindak balas ion ion tadi. Pergerakan ion keluar masuk sel memberi caj elektrik. Sebab itu keseimbangan ion atau garam ini penting untuk fungsi tubuh.

Kurang Potassium
==============

✔️ HYPOKALAEMIA
✔️ Bila jumlah potassium dalam darah kurang dari 3.5mmol/L
✔️ Masalah ini kadang kadang tidak memberi sebarang simptom
✔️ Simptom yang mungkin berlaku termasuk lemah dan letih, otot cramp dan sakit ( untuk kes yang teruk), berdebar debar ataupun psychological symptoms seperti kemurungan atau hallucination
✔️ Punca yang boleh menyebabkan masalah kurang potassium dalam darah
       1- cirit birit
       2- muntah
       3- penggunaan alcohol yang berlebihan
       4- berpeluh berlebihan
       5- penggunaan laksatif yang berlebihan yang menyebabkan cirit birit
       6- kurang folic asid
       7- penggunaan ubat diuretics
       8- masalah buah pinggang kronik
       9- diabetes
       10- cushing's syndrome
✔️ Rawatan bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah tersebut
      - kurangkan masalah kehilangan potassium
      - gantikan balik potassium yang hilang
      - pastikan punca untuk mengurangkan risiko akan datang

Kurang Sodium
============

๐Ÿ‘‰ HYPONATRAEMIA
๐Ÿ‘‰ berlaku bila jumlah sodium dalam darah kurang dari 135mmol/L
๐Ÿ‘‰ simptom simptom hyponatraemia adalah loya, muntah, sakit kepala, kekeliruan, letih, sawan, otot cramp atau boleh menyebabkan koma
๐Ÿ‘‰ punca punca yang menyebabkan kurang sodium
      1- cirit birit
      2- muntah
      3- terbakar - 3rd degree burn
      4- radang pada pancreas
      5- penggunaan ubat diuretic
      6- kegagalan jantung
      7- emotional stress
      8- hypothyroidism ( kurang hormon thyroid)
      9- masalah buah pinggang
      10- Penyakit Addison (masalah yang melibatkan hormon ADH dikeluarkan)
๐Ÿ‘‰ rawatan bergantung kepada punca yang menyebabkan kurang sodium dalam darah

Saya percaya apa yang adik baca dari encik Google memang susah untuk difahami kerana ia melibatkan proses physiology dalam tubuh manusia. Punca masalah kurang garam dalam badan diberikan dalam bentuk klasifikasi tertentu. Saya cuba untuk memberikan jawapan sebaik mungkin.

Semoga ia membantu.




Bahaya Gadjet Kepada Kanak Kanak

Salam sejahtera semua. Semoga masih sihat dan dalam lindungan Allah.

Saya baru lepas menghadiri parenting seminar di hospital jadi masih fresh lagi ilmu yang saya nak kongsi ni. Parenting seminar di hospital yang saya attend diberikan oleh pakar psikiatri jadi semua maklumat ini mempunyai bukti dari kajian yang dilakukan.

Ketagihan gadjet memang menjadi masalah utama kepada generasi cilik sekarang cuma masalah ini masih belum di iktiraf sebagai masalah mental dalam DSM IV.  Ibu bapa perlu ambil peduli masalah tentang ketagihan gadjet ini sebelum perkara yang tak diingini berlaku.



Sebagai ibu yang mempunyai anak, saya tak dapat lari dari melalui perkara yang sama. Sebab itu saya seboleh mungkin mencari ilmu untuk menangani masalah ini. Pernah dulu saya memberikan gadjet kepada Hadif untuk dia duduk diam, rupanya itu telah mengundang padah bila Hadif semakin hari semakin ketagih untuk menggunakan gadjet. Saya terpaku bila baru berusia hanya dua tahun sudah pandai menggunakan ipad dan smart phone tapi itulah kelebihan anak generasi Y atau generasi strawberri kita.

Ciri - ciri Ketagihan / Addiction Gadjet atau Screen termasuklah TV
๐Ÿšฉ tidak dapat berhenti dengan konsisten
      Contoh bila larang berhenti sekejap lepas tu main balik ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
๐Ÿšฉ sukar menahan diri
๐Ÿšฉ gian
๐Ÿšฉ sukar menerima masalah tingkahlaku & interpersonal yang timbul
๐Ÿšฉ respon emosi yang tidak normal
     Bila tak dapat gadjet, jadi tantrum, mengamuk

Menurut pakar psikiatrik yang memberi ceramah Dr Eni, dari Hospital Taiping,  prevalens ketagihan skrin di kalangan kanak kanak adalah antara 2-20%. Banyak kes yang berlaku di negara Korea Selatan, China dan Taiwan.

Berlakunya masalah ketagihan ini adalah disebabkan kepantasan bahan kimia yang bernama dopamine yang dibebaskan dalam otak bila membuat perkara yang menyeronokkan. Berapa banyak dan berapa kerap dopamine dibebaskan akan menyebabkan ketagihan berlaku.



Siapa yang berisiko?

๐Ÿ˜ฎ kanak kanak lebih mudah mengalami ketagihan kepada teknologi bergantung kepada umur bermula dan sejauh mana tahap pendedahan
๐Ÿ˜ฎ genetik
๐Ÿ˜ฎ ibu bapa sebagai model - kalau parents pun ketagih gadjet, of course anak pun berisiko yang sama


Kenapa kena risau?

Kalau tanya saya, banyak sebab saya risau bila anak ketagih gadjet. Tambah bila anak saya yang sulung tu ada speech delay. Mungkin gadjet juga menjadi sebab kenapa berlakunya masalah pertuturan tersebut.

๐Ÿ™… perkembangan otak kanak kanak yang berumur 0 hingga 2 tahun berlaku sangat pesat. Ketagihan gadjet boleh menyebabkan
       - masalah tumpuan
       - kelewatan perkembangan pemikiran
       - gangguan pembelajaran
       - anak boleh menjadi impulsive

๐Ÿ™… bila ketagih gadjet, banyak masa akan dihabiskan di rumah menyebabkan kurang aktiviti fizikal dan menyebabkan perkembangan fizikal dan mental kanak kanak tergangggu

๐Ÿ™… peningkatan masalah obesiti di kalangan kanak kanak

๐Ÿ™… gangguan tidor. Ini memang pernah berlaku pada Hadif, bila saya terlepas pandang sewaktu saya tengah pantang, bersalin kan anak kedua saya, Hadif leka bermain ipad sehingga pukul 1 pagi. Menurut dr pakar, hampir 60% parents tak supervise anak guna teknologi ni.

๐Ÿ™… ketagihan gadjet boleh mengundang masalah kesihatan mental
       - pemencilan diri
       - kurang kemahiran social
       - rendahkan diri
       - kurang sabar
       - kurang tumpuan
       - kemurungan
       - kebimbangan
       - ? Autisma

๐Ÿ™… keganasan dari media sosial mempengaruhi tingkahlaku kanak kanak.

๐Ÿ™… maklumat dari WHO (2011) pancaran radiasi dari telefon dikategorikan sebagai kategori 2B di mana ada risiko untuk mendapat kanser


Jadi bagaimana untuk membantu menangani masalah ketagihan gadjet @ skrin termasuk lah TV?

Ini adalah cadangan dari Dr Eni.

Rule of thumb yang parents kena tahu:

๐Ÿ‘‰ kanak kanak berumur kurang dari 2 tahun, tidak patut didedahkan kepada teknologi

๐Ÿ‘‰ kanak kanak berumur 3-5 tahun, hadkan penggunaan kepada 1 jam sehari

๐Ÿ‘‰ kanak kanak 6 hingga 18 tahun penggunaan nya 2 jam sehari


✔️  Buat perjanjian bertulis dengan anak anak  - cell phone contract



✔️ Adakan ZON BEBAS TEKNOLOGI di rumah
      Kawasan/ masa larangan
      - masa makan
      - bilik tidor
      - aktiviti TANPA gadjet

✔️ Parent pls pilih aktiviti yang teliti untuk anak anda - aktiviti yang bermanfaat

✔️ Lakukan aktiviti alternatif bersama anak anak
      Paling malas saya akan buat aktiviti kraf dan mewarna dengan anak anak. Kalau rajin saya akan bawa mereka ke taman untuk bermain

✔️ CERMIN diri sendiri - yang ni of course untuk diri kita sebagai parents. Anak anak ikut kita. Kalau kita pun sama ketagih, anak lagi la akan ketagih sebab kita yang menjadi contoh kepada mereka.

✔️ Pantau media yang anak anda tonton atau layari. pastikan mereka tak berkenalan dengan orang yang tak sepatutnya di laman media sosial.

✔️ amalkan konsep pintu terbuka maksudnya bila anak anak nak melayari internet, pintu bilik hendaklah dibuka

✔️ gunakan option parental control

✔️ tonton bersama sama dengan anak

Cara saya untuk menangani masalah gadjet dengan anak anak BH

1- saya akan guna gadjet sebagai reward untuk anak-anak saya terutama dengan anak yang sulung yang semakin membesar.
    saya akan terlebih dahulu meminta dia membuat homework atau apa sahaja aktiviti terlebih dahulu sebelum memberikan gadjet tersebut.

2- ada timer. penggunaan gadjet yang saya berikan kepada anak anak adalah terhad. saya akan pasangkan timer pada gadjet dan memberitahu anak tentang had masa yang dibenarkan. selalunya 5-15mins sahaja. selalunya penggunaan timer ini jalan untuk yang abang tapi tak jalan untuk adik Balqis.

3- ada kala juga saya hanya bagi gadjet yang baterinya tinggal sikit ataupun separuh sahaja supaya bila bateri habis dengan sendirinya anak-anak akan berhenti bermain. awal-awal dulu memang tak jalan jugak cara ni sebab si abang akan cepat cepat cari charger hingga terpaksa saya sorokkan charger. so kena cari cara lain. hahaha

4- ada jugak saya buat trick bila bagi gadjet dengan tutup wifi jadi anak anak yang seronok sangat nak tengok youtube akan rasa tak best dan dengan sendirinya cakap "ibu rosak" dan berikan semula gadjet tu kepada saya.

5- saya sendiri pun cuba untuk limitkan penggunaan gadjet depan anak-anak. kadang kadang bila terlalu urgent sangat baru guna. sebolehnya lepas waktu klinik, masa saya adalah untuk mereka.

Ini slide yang saya ambil dari seminar sebagai panduan untuk ibubapa tentang masalah gadjet dan TV.



walau apapun cara yang anda guna untuk menangani masalah gadjet yang penting anda kena tahu, teknologi itu tak salah. malah teknologi itu satu yang penting untuk kehidupan sekarang tapi yang salah bila teknologi di salah guna. Anak anak masih terlalu kecil untuk memahami salah guna teknologi ini jadi kita lah yang kena pantau mereka.

Semoga ilmu yang saya kongsi ini bermanfaat untuk semua 


Info Tentang Gastriks

Gastrik adalah satu masalah yang sering kali punca pesakit datang ke klinik. Gastrik adalah bahasa masyarakat untuk menyatakan sakit pada ulu hati. Gastrik sebenarnya dari bahasa latin dan membawa maksud perut. Sakit atau pedih pada ulu hati berkemungkinan adalah simptom kepada masalah gastritis (radang pada perut).



Pernah pesakit tanya, dr, sakit gastrik tu macam mana? 
Pernah tak anda dapat ulcer di dalam mulut? Rasa sakit tak? Macam itu lah yang berlaku pada dinding perut atau usus. Jika ada ulser, pasti sakit itu bertambah. 

Pesakit yang mengalami masalah gastritis biasanya mengalami pedih pada ulu hati (bahagian atas pusat dan tengah = epigastrik pain). Simptom lain yang mungkin dihadapi adalah muntah, sendawa, loya. 

Masalah ini berpunca dari 
✔️ ketidakseimbangan asid dan alkali dalam perut
✔️ Tabiat makan yang tidak seimbang 
✔️ Merokok
✔️ Pengambilan ubat tahan sakit
✔️ Stress

Anda dinasihatkan mendapatkan konsultasi dr jika terdapat tanda tanda seperti yang akan saya nyatakan. Ini kerana simptoms simptoms ini adalah red flag yang memerlukan penyiasatan lanjut di hospital yang dikenali sebagai oesophageal gastro duosenal scope (OGDS)

1⃣ berumur 40 tahun ke atas

2⃣ susut berat badan mendadak 

3⃣ pucat ( anaemia) 

4⃣ muntah berterusan

5⃣ muntah darah 

6⃣ najis berwarna hitam (macam rambut) 

7⃣ sejarah keluarga kanser

Tolong segera ke klinik berhampiran untuk rujukan ke klinik pakar. 
Jika tiada red flag, doktor akan rawat dengan ubat ubatan. 

Amalan untuk elakkan gastritis atau kurangkan simptoms

๐Ÿ™… elakkan makanan pedas, masam dan berminyak 

๐Ÿ™… elakkan minuman berkafein - teh, kopi dan nescafe 

๐Ÿ™… makan tepat waktunya 

๐Ÿ™… ambil ubat ubat atas nasihat/konsultasi doktor

๐Ÿ™… berhenti merokok

๐Ÿ™… gunakan ubat tahan sakit secara berhemah


Masalah gastritis yang tidak dirawat boleh menyebabkan
- pembentukan ulser perut
- pendarahan dari ulser
- kanser


Supplemen yang boleh membantu mengurangkan masalah gastritis

๐Ÿ‘‰ cal Mag D

๐Ÿ‘‰ protein

๐Ÿ‘‰ Garlic 

cara pengambilan vitamin vitamin ini 

ikut setiap langkah yang disarankan. JANGAN ambil 3 supplemen ini secara serental di awal pengambilannya.

Cal Mag D 
- mula dengan vitamin ini dahulu
- 3 biji ditumbuk halus
- minum dengan air kosong
- ambil 2-3 kali sehari
- selepas 3-5 hari, bila sakit dah hilang, ambil vitamin ini dan protein

* cal Mag D bersifat alkali. Ia akan meneutralkana asid dalam perut. Jadi sakit gastritis akan hilang
* dalam perubatan moden, doktor akan memberi antacid contoh seperti Sy. MMT atau Gaviscon untuk kurangkan sakit

Protein 
- boleh campur pada minuman sarapan pagi
- mesti minuman sejuk kerana minuman panas akan hilangkan zat protein
- ambil 2-3 hari bersama cal Mag D
- jika sudah sembuh, baru mula ambil garlic
- JANGAN ambil protein ketika tengah sakit, nanti sakit bertambah kuat

Garlic 
- antibiotik semulajadi untuk membunuh kuman
- mula selepas rasa selesa dengan protein dan cal Mag D

Semua yang saya cadangkan adalah satu usaha untuk penyembuhan. Semoga dengan sedikit usaha ini bersama dengan perubahan cara hidup boleh membantu merawat masalah gastritis ini. 

Hubungi saya untuk konsultasi kesihatan dan cadangan vitamin untuk kesihatan seisi keluarga. 
Vitamin Best of Nature, Best of Science 
100% organic
Halal
Lulus KKM
Money back Guarantee



Soalan 36: Pneumonia - Jangkitan Paru Paru

SOALAN:

Assalamualaikum wbt. Mohon Dr. Shima ulas berkenaan batuk berkahak yang di alami oleh bayi-bayi sehingga menyebabkan jangkitan pada paru-paru ? Anak saya warded di Hosp Serdang selama 11 hari dan discas pada jumaat yg lalu. Alhamdulillah, manakala anak saudara, anak teman pejabat juga warded disebabkan penyakit dan simptom yang sama. Apakah yg dimaksudkan bronkopneumonia? Apakah punca utama dan apakah kesan yg paling bahaya disebabkan penyakit ini? Sekiranya ada kelapangan mohon huraikan Dr. Terima kasih.


JAWAPAN:

Waalaikumsalam. Semoga encik dan keluarga berada dalam keadaan yang lebih baik sekarang.

Saya ingin menjawab persoalan tentang pneumonia atau jangkitan pada paru- paru.

Terdapat dua jenis pneumonia - bronchopneumonia dan lobar pneumonia. Yang membezakan keduanya adalah lokasi jangkitan berlaku.



⭐️ BRONCHOPNEUMONIA adalah jangkitan yang berselerak pada paru paru. Scattered infection yang boleh melibatkan lebih dari satu lobe sama ada pada sebelah paru paru atau melibatkan keduanya sekali.

⭐️ LOBAR PNEUMONIA adalah jangkitan yang melibatkan satu lobe paru paru.

Bila berlakunya jangkitan kuman pada salur pernafasan, saluran pernafasan yang kecil (alveoli) menjadi bengkak dan mengeluarkan banyak cecair (mucous). Ia akan menyebabkan saluran pernafasan terhalang dan mengurangkan pengambilan oxygen untuk diberikan kepada tubuh.

Punca berlakunya pneumonia adalah jangkitan virus, bakteria, fungal atau parasit pada paru paru. Punca utama pneumonia di kalangan kanak kanak adalah virus. Ada juga kanak kanak yang mendapat viral pneumonia pada mulanya dan kemudian mendapat jangkitan bakteria.

Yang paling biasa menyebabkan pneumonia adalah
✔️ Streptococcus pneumoniae
✔️ Haemophilus influenza type b
✔️ Respiratory syncitial virus

Simptoms2 viral pneumonia dan bacterial pneumonia hampir sama.
Untuk anak yang berumur < 5 tahun, kanak kanak boleh mengalami demam ataupun tidak, batuk, susah bernafas, bernafas laju ataupun tulang rusuk masuk ke dalam semasa bernafas (indrawing chest wall). Nafas berbunyi (wheezing) adalah disebabkan viral pneumonia.

Kanak kanak yang berisiko mendapat pneumonia adalah
๐Ÿšฉ kanak kanak yang tidak cukup zat makanan
๐Ÿšฉyang mempunyai sistem immunisasi lemah seperti ada HIV virus
๐Ÿšฉlahir tidak cukup bulan
๐Ÿšฉtidak mendapat eksklusif breastfeeding pada 6 bulan pertama
๐Ÿšฉyang mempunyai ibubapa yang merokok

Antara Komplikasi pneumonia
๐Ÿ‘‰ paru paru bernanah
๐Ÿ‘‰ paru paru berair
๐Ÿ‘‰ jangkitan merebak ke seluruh tubuh
๐Ÿ‘‰ paru paru bocor (pneumothorax)

kanak kanak yang mendapat pneumonia boleh dirawat di rumah dengan mengambil antibiotik. Kes yang perlukan pemantauan dan rawatan di hospital apabila
- anak berumur kurang dari setahun
- tidak boleh mengambil ubat makan
- yang dehydrated (kurang air, lemah)
- yang mempunyai masalah pernafasan

Pneumonia boleh dihindari melalui vaccination. Vaccination yang KKM wajibkan adalah vaccination menentang Haemophilus influenza type b, campak (measles), pertussis (batuk kokol).

Vaccination untuk streptococcus pneumonia - pneumococcal tidak diwajibkan dan boleh diambil di klinik swasta.

Selain daripada itu, memberi anak susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama sangat digalakkan dan membantu mengurangkan tempoh masa sakit jika kanak kanak itu mendapat pneumonia.

Saya harap penjelasan ini dapat menjawab soalan dari encik yang bertanya.


Soalan 35: Payudara Keluarkan Susu

SOALAN:

Assalamualaikum doctor..  Nak tanye kenape payudara sy mengeluarkan susu. Sy tidak mengandung. Ank sy pon dh x menyusu. Dh lm susu xde. Kenape ye?


JAWAPAN:

waalaikumsalam. semoga diberi kesihatan yang terbaik dari Allah.



Keadaan payudara yang mengeluarkan susu bukan kerana menyusukan anak dipanggil "galactorrhea" dalam bahasa perubatan. Boleh berlaku kepada kedua-dua payudara. Susu yang keluar mungkin sikit, mungkin banyak dan samaada keluar scara spontaneous atau bila dipicit.

Sebelum saya teruskan memberi jawapan, saya ingin terangkan sedikit tentang hormon yang mengawalselia susu yang dikeluarkan dari payudara. Hormon yang penting adalah prolaktin. Hormon lain seperti oestrogen, progesteron, insulin, thyroid. glucocorticoid adalah hormon yang menyediakan payudara untuk memulakan penyusuan.

Prolaktin adalah hormon yang dikawal oleh kelenjar pituitari di otak. Hormon prolaktin ini boleh tinggi dalam beberapa keadaan contohnya bila mengandung, breast stimulation, stress, tidur, dehydration yang boleh menyebabkan payudara mengeluarkan susu.

Galactorrhea memang common di kalangan wanita tetapi boleh juga berlaku kepada lelaki. Kepada wanita ia mungkin physiological tetapi kepada lelaki ia adalah pathological dengan kata lain jika galactorrhea berlaku di kalangan lelaki, perlu diberi perhatian oleh doktor yang merawat.

Punca utama berlaku galactorrhea adalah hormon prolaktin yang tinggi dalam tubuh - hyperprolaktinaemia

Punca hormon prolaktin tinggi :


  • prolatinoma (ketumbuhan yang menyebabkan hormon prolaktin dihasilkan)
  • ubat seperti antipsychotic, antidepressant
  • trauma 
  • penyakit endocrine seperti Addison's ds, Cushing's ds 
  • penyakit buah pinggang kronik
  • Idiopathic (punca yang tidak dapat diberikan setelah punca2 lain telah diperiksa)

40% cases adalah idiopathic

Masalah pada payudara sendiri juga boleh menyebabkan susu keluar.
- duct ectasia boleh menyebabkan milky discharge berlaku sama ada kedua dua payudara atau dari multiple duct
- ketumbuhan pada payudara menyebabkan dicharge berwarna merah.

Bila masalah ini berlaku, pn perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik. Pemeriksaan perlu dilakukan to exclude serious pathology termasuklah pemeriksaan darah dan radiology seperti ultrasound.

Semoga jawapan ini membantu puan.


Bagaimana Menjaga Kesihatan Jantung?

Bila seseorang sakit dada saja, the only thing yang selalu datang dalam kepala adalah sakit jantung, heart attack. Even saya sebagai doktor pun, bila pesakit datang dengan complaint sakit dada, perkara yang saya tidak mahu miss adalah serangan jantung. Jadi most doktor akan buat pemeriksaan ECG (electrocardiogram).

Tapi pesakit juga perlu tahu ada  organ lain yang ada di dada yang boleh menyebakan rasa tidak selesa pada kawasan tersebut.

Siapa yang berisiko tinggi untuk dapat masalah jantung

  • Lelaki 
  • Berumur 50 tahun ke atas
  • Yang mempunyai masalah darah tinggi, kencing manis, atau kolesterol tinggi 
  • Obese
  • Merokok
  • Mempunyai sejarah keluarga serangan jantung
Bagaimana simptom simptom typical serangan jantung (yang sering diberitahu oleh patient) 
- sakit dada, rasa ketat
- berpeluh
- susah bernafas
- rasa sampai ke rahang gigi atau belakang atau ke lengan kiri 

Ada juga pesakit yang mendapat serangan jantung yang silent contohnya pesakit kencing manis. Boleh tiba-tiba saja dapat massive heart attack. Terus collapse. 

Saya terbaca satu artikel dari utusan, 3/8/16. Pakar jantung dari IJN mengesyorkan supaya mereka yang berumur 35tahun ke atas membuat pemeriksaan kesihatan jantung. Yang sekarang ni dok buat banyak medical check up above 40 untuk penjawat awam. Pemeriksaan jantung ini termasuk ECG dan exercise stress test. 

Menurut berita, sebanyak 25 peratus atau 8 juta rakyat Malaysia terdedah kepada risiko penyakit jantung dengan peningkatan 5% setiap tahun. Sekarang penyakit jantung menyebabkan utama kematian dalam kalangan wanita. 

Pakar jantung sendiri berkata ramai yang menganggap amalan gaya hidup sihat itu satu yang klise sedangkan itulah yang memainkan peranan penting untuk kesihatan jantung. 

Antara saranan yang diberikan 
๐Ÿšฉbersenam 3-5 kali seminggu selama 30minit
๐Ÿšฉberhenti merokok
๐Ÿšฉkurangkan makanan berkalori tinggi dan berminyak



Saya ingin tambah sikit, untuk menjaga kesihatan jantung boleh ambil 
๐ŸšฉSalmon Omega Complex
๐ŸšฉCoQ10
๐ŸšฉGarlic Licorie
๐ŸšฉCH Balance



Pengambilan vitamin vitamin bersesuaian adalah langkah mengisi jurang pemakanan (nutritional gap) dan sebagai langkah pencegahan. 

                          Mencegah itu lebih baik dari merawat
                          Kesihatan umpama sahabat. DiHARGAI  hanya apabila sudah PERGI. 


Gout Dan Cara Mengatasinya

Kali ini saya akan kongsikan beberapa perkara tentang masalah Gout. Semoga ia dapat membantu sesiapa yang menghadapi masalah ini.

Apa itu Gout?




Ia adalah penyakit yang disebabkan asid urik berlebihan dan menyerang sendi dan lama kelamaan membentuk ketumbuhan yang dikenali sebagai tophi.

Ia lazimnya terjadi kepada kaum lelaki tetapi kaum hawa juga tidak terkecuali.

Mengapa terjadi? 

1- keturunan: sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama

2- Gaya pemakanan yang tidak sihat (high purine diet /uric acid)

  • kekacang
  • makanan laut
  • daging merah
3- Gaya hidup tidak sihat
  • merokok
  • minuman keras/ arak
  • kurang bersenam
Bagaimana Gout dirawat?

sebaiknya dapatkan konsultasi doktor anda. Gout di diagnos berdasarkan history dan physical examination. 

definitive investigation untuk membuat diagnosis pesakit mempunyai masalah gout adalah melalui pemeriksaan synovial fluid dari sendi yang diserang sakit tapi di klinik, penyiasatan tersebut tidak dilakukan.

Di klinik, doktor akan membuat pemeriksaan darah untuk melihat kandungan serum uric asid.
Kandungan uric asid yang normal dalam darah adalah tidak lebih dari 420mmol/L.

Bila confirm masalah gout, doktor akan:

1- kenalpasti faktor risiko. betulkan tabiat yang tak betul
    KETURUNAN - faham jika ada sejarah keluarga terdekat ada gout, jadi kita kena lebih berhati hati
    dalam soal pemakanan dan gaya hidup.

    GAYA PEMAKANAN & TABIAT HIDUP YANG SIHAT - tidak merokok, tidak mengambil
    minuman keras, tidak mengambil air berkarbonat, kerap bersenam

2- ubat
     Ubat selalu diberikan adalah ubat tahan sakit, untuk kurangkan bengkak dan ubat untuk turunkan
     paras uric asid jika perlu.

sebagai langkah pencegahan,

1- amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup sihat. Lakukan walaupun anda masih sihat.

2- pengambilan vitamin yang betul

saya highly recommend

1- Cal Mag D
2- Bio C plus
3- Natural B complex 



100% dari organic farm
best of nature best of science
Halal
Dilulukan oleh KKM


Insya allah ini cuma sedikit ikhtiar dari kita, selebihnya dari Allah. Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi kesihatan.




Belajar Sambil Menyanyi

Anak dara saya suka sangat menyanyi. Menyanyi bukan semata mata nyanyi kosong tapi menyanyi lagu lagu yang penuh dengan ilmu.


Saya tak pandai mengajar anak. Saya agak straight forward. Kalau sebelum ni saya nak ajar anak tentang hari dalam seminggu dan bulan dalam setahun, saya buat macam org dulu-dulu. Print atas kertas, laminate, then ajar anak. Rasa rasa anak nak tak belajar. Boring kot. Hihi. Tak dak seni langsung doktor ni.

Tiba-tiba anak saya si Balqis dah boleh ingat hari dan bulan. Senang sungguh menghafal melalui lagu. Kalau ada yang mencari nak ajar anak tentang hari, bulan, shape, boleh la ikut lagu yang Balqis nyanyi.

Jom layan. Abaikan pitching.








Review Buku Kenapa Susu Saya Sikit?

Tajuk: Kenapa Susu Saya Sikit?
Penulis: Zuain Ghani ( Cikgu Susu)
Terbitan: Pump On The Go
Mukasurat: 168 mukasurat
Harga: RM20


Kali ini saya ingin berkongsi buku kedua tulisan cikgu Susu yang saya baru habis baca. Alhamdulillah. Buku ini lebih banyak pengisian dari cikgu susu yang lebih santai dan tak terlalu formal.

Lebih banyak tips dan panduan untuk ibu- ibu yang menyusu. 

Buku kedua cikgu susu ini banyak informasi, tak ada langsung diagram atau gambar berbanding buku pertama beliau. Pengisiannya lebih padat dan saya rasa bukan ditujukan kepada ibu berkerjaya seperti buku pertama beliau. 

Buku ini banyak menjawab masalah- masalah yang ibu menyusu hadapi. Contohnya masalah rasa breast lembut, ada tak susu, cukup tak susu untuk anak? Bagaimana nak susu anak dalam flight? Boleh tak ambil ubat bila ibu menyusu sakit? Semua cikgu susu jawab dalam buku ni. Tak rugi melabur untuk baca. 

Saya suka bila cikgu susu cerita bab Ibu Nabi Musa. Bonda Nabi Musa terpaksa hanyutkan Nabi Musa sewaktu Firaun perintahkan semua bayi lelaki dibunuh. Semua atas perintah Allah. Hati sedih seorang ibu kena hanyutkan anak yang baru lahir tak tahu apa akan berlaku pada anak tu, entah hidup entah mati nanti. Tapi Allah pujuk bonda nabi Isa. Allah kata " janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu" - Al Qasas 28:7



Bila Nabi Isa diselamatkan oleh Asiah isteri Firaun, Nabi Isa menolak semua ibu susuan yang datang kepadanya. Hinggalah berita tentang pencarian ibu susuan sampai kepada bonda baginda. Tanpa berlengah bonda Nabi Isa datang ke Istana Firaun untuk menyusukannya. Takdir Allah menemukan bonda Nabi Isa dan baginda. Pada mata Firaun, bonda Nabi Isa adalah ibu susuan tapi hakikatnya itu ibu kandung nabi Isa sendiri. Sungguh Janji Allah itu pasti!

Saya termenung sekejap bila menghayati kisah ini. Sungguh terkesan. Hebat rencana Allah.

Menyusukan anak satu ibadah yang diberikan pahala oleh Allah. Nampak macam mudah. Nampak macam menyusu itu natural tapi tanpa ilmu, kita takkan mampu melakukannya. Bukan mudah ingin dapat pahala. Mesti ada sedikit cabaran yang Allah beri untuk melihat sejauh mana hambaNya mampu bersabar. Sesungguhnya perjalanan penyusuan itu penuh onak dan duri tapi perjalanan yang sangat manis. Salah satu motherhood journey yang akan diingati sampai bila bila.


Dalam buku ni ada banyak motivasi untuk semua ibu menyusu. Saya layan kata kata semgat cikgu Susu.

Insya Allah tak rugi baca buku ni. Highly recommended untuk semua ibu yang nak tambah knowledge breastfeeding, ibu yang masih banyak soalan itu dan ini dan ibu yang mencari semangat untuk berjuang.

Saya bagi 5 stars untuk buku kedua cikgu susu ni. ๐Ÿ˜ Love you cikgu Susu.



Bagaimana Mengurangkan Masalah Resdung?

Kali ini Insya Allah saya ingin berkongsi ilmu tentang masalah resdung. Satu masalah common di kalangan masyarakat. Ada di antara kita yang menghadapi masalah ini dan masih mencari rawatan alternatif untuk mengatasinya.

Apa itu Resdung?

Dalam istilah perubatan, resdung adalah allergic rhinitis. Allergic rhinitis adalah masalah alahan dan berkait rapat dengan keturunan.

Dalam istilah perubatan "Atopy" merujuk kepada 3 masalah kesihatan yang saling berkait antara satu sama lain iaitu:

  • Lelah ( Bronchial Asthma)
  • Resdung ( Allergic Rhinitis)
  • Eczema (Atopic Dermatitis)
Saya akan bagi satu contoh keadaan yang menunjukkan masalah ini berkait antara satu sama lain. Ini adalah antara kes yang saya rawat di klinik. Seorang bapa mempunyai masalah bronchial asthma, strong family history of bronchial asthma. Mempunyai 3 orang anak dan 2 dari 3 orang ini turut mempunyai masalah asthma. Manakala seorang lagi mempunyai masalah alahan kulit iaitu eczema. 

Ada juga kes yang datang sewaktu kecil mempunyai masalah alahan kulit dan kemudian bila dewasa masalah kulit tersebut sembuh. Kemudiannya menghadapi masalah resdung. 

Ini berlaku kerana masalah masalah ini datang dari kumpulan yang sama dan saling berkait antara satu sama lain. 

Beberapa perkara yang doktor akan sarankan untuk mengurangkan masalah ini

1- Elakkan apa yang kita alah (allergen). untuk masalah resdung lazimnya keadaan berhabuk dan makanan laut. 

2- Rawatan adalah simptomatik. dengan erti kata lain rawatan yang dr berikan adalah untuk mengurangkan selsema, gatal, bersin, sakit kepala. ubat antihistamin seperti loratadine dan cetrizine adalah ubat yang sering diberikan. 

3- Jika keadaan sangat teruk ataupun simptom simptom berterusan walaupun dengan ubat, nasal spray akan diberikan

Ada beberapa vitamin yang boleh diamalkan untuk mengurangkan simptom simptom resdung iaitu
1- Bio C ( vitamin C) 
2- Garlic
3- Clear Guard 


Bio C
- Vitamin C 500mg slow release ( pembebasan secara perlahan dan berterusan) yang menyokong diet sihat setiap hari

Garlic 
- mengandungi bawang putih yang berkualiti tinggi dan khasiatnya diketahui ramai sebagai anti oksidan dan antibiotik semulajadi

Clear Guard
- kombinasi bersinergi pekatan tumbuhan premium iaitu ceri aserola, kayu manis dan spanish needles 

Hubungi saya untuk konsultasi kesihatan dan panduan pengambilan vitamin yang boleh membantu kesihatan anda. 


Empat Ciuman & Lima Sentuhan

Saya suka kongsi bab parenting sebab saya masih belajar dan akan terus menimba ilmu bab ni. Ilmu parenting ni terlalu banyak. Saya cuba untuk praktik kan bersama anak anak.

Anak anak zaman gadjet banyak berbeza dengan cara zaman kita. Zaman 80an, generasi Y, ibubapa nya adalah dr zaman baby boomers. Patuh arahan. Ikut cakap tanpa perlu menjawab. Tak ada gadjet. Main di padang tanpa rasa takut. Sekarang sangat berbeza. Untuk mendidik anak generasi baru.

Anak anak sekarang tidak boleh terlalu keras cara didikannya. Perlu banyak bermain dan masa berkualiti bersama.

Satu perkara awal yang saya buat dengan anak anak adalah pelukan setiap pagi. Saya ajar anak cium dan peluk saya. Saya mahu mereka rasa dekat dengan saya terutama anak sulung saya. Yang sulung sangat penting kerana dia menjadi contoh untuk adik-adik.

"Hadif, kiss ibu"
Hadif akan mendapatkan saya. Kiss pipi kanan, pipi kiri.
"Hug"
Hadif akan hug saya sambil cakap " i love you, ibu"

Setiap kali nak tidor pun, anak anak akan meminta saya untuk dipeluk. Saya mula praktis dgn Hadif sejak ada Balqis. Saya tak nak Hadif rasa terpinggir bila dapat adik. Setiap kali  peluk, saya akan bisikkan surah Al Fatihah ke telinga anak.

Saya ada terbaca satu artikel tentang kebaikan surah Al Fatihah tapi saya tak ingat kat mana. Masa saya hadir kursus parenting dengan ibu Rose pun ada dia pesan hadiahkan Al Fatihah untuk anak anak. Bila teringat anak2 masa kerja, baca surah Al Fatihah. Ingat diorang dalam kepala supaya gelombang itu sampai walaupun dari jauh. Semoga dipelihara Allah. Boleh jugak hadiah untuk org yang kita sayang.

Pasal peluk dan cium anak ni, saya nak kongsi kebaikannya yang saya baca.



Empat tempat yang kena cium anak setiap hari dan 5 tempat yang kena sentuh atau gosok.

1- Ubun Ubun
     Tanda kita bangga ada anak macam dia. Doakan juga anak jadi anak yang soleh. Insya Allah.

2- Dahi
     Ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah S.A.W pernah mencium anaknya Fatimah r.anha di dahi beliau.

3- Kedua-dua pipi
     Sebagai tanda syauq ( perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak

4- Tangan
     Tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w. juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah.


Lima sentuhan yang anak perlukan

1- Gosok belakang kepala anak sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung

2- Menggosok atas kepala atau ubun-ubun ini menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.

3- Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq

4- Sentuh kedua-dua pipi sebagai tanda mawaddah wa hubb

5- Memegang kedua tangannya untuk menenangkan anak ketika perasaannya kacau atau keliru. Gosok di dada bila dia menunjukkan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah.

Jom sama sama kita buat untuk anak anak. Semoga anak anak kita membesar jadi anak anak yang soleh.




Soalan 34: VItamin Sebagai Pencegah Penyakit

SOALAN:

Saya masih sihat, tak de masalah kesihatan apa-apa setakat ni. Supplement yang mana sesuai diamalkan sebagai pencegah penyakit atau supplement lengkap? 

JAWAPAN:


Insya Allah saya akan cadangkan beberapa vitamin yang boleh encik ambil untuk kesihatan.

Double X
    
Supplement serba lengkap ini mengandungi 12 Vitamin penting, 9 mineral dan 17 phytonutrien (pekatan tumbuh-tumbahan)


Protein

  • All plant (plain) atau dengan perisa-perisa lain seperti mix berries, green tea
  • All plant perlu 1 skop sehari manakala untuk perisa lain perlu 2 skop 
  • pengambilan protein penting untuk tubuh kerana protein merupakan khasiat terbaik melebihi karbohidrat dan lemak. Ia membantu membuatkan perut berasa kenyang dalam masa yang lama, menguatkan otot dan menggalakkan pembakaran lemak. 


Salmon Omega Complex (fish Oil)


  • keseimbangan omega 6 dan omega 3 penting untuk menghalang pembentukan kolesterol yang memudaratkan kesihatan kita (bad cholesterol)
  • pemakanan kita biasanya kaya dengan omega 6
  • pengambilan fish oil salmon omega yang kaya dengan omega 3 akan menyeimbangkan keadaan kolesterol dalam badan kita 
  • ketidakseimbangan omega 3 dan 6 akan terbentuknya bad kolesterol yang boleh menyempitkan salur salur darah seterusnya menyebabkan penyakit - serangan jantung, darah tinggi, stroke, mati pucuk
ini adalah cadangan vitamin untuk kesihatan harian anda. Insya allah kita berusaha sehabis baik, yang selebihnya Allah yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kita. 

Hubungi saya untuk dapatkan lebih info, konsultasi kesihatan dan cadangan vitamin terbaik buat anda. Vitamin vitamin ini 100% dari organic farm, berkualiti tinggi, halal dan diluluskan oleh KKM

Mencegah lebih baik dari merawat


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in