TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Bahaya Gadjet Kepada Kanak Kanak

Salam sejahtera semua. Semoga masih sihat dan dalam lindungan Allah.

Saya baru lepas menghadiri parenting seminar di hospital jadi masih segar lagi ilmu yang saya nak kongsi ni. Parenting seminar di hospital yang saya attend diberikan oleh pakar psikiatri jadi semua maklumat ini mempunyai bukti dari kajian yang dilakukan.

Ketagihan gadjet memang menjadi masalah utama kepada generasi cilik sekarang cuma masalah ini masih belum di iktiraf sebagai masalah mental dalam DSM IV.  Ibu bapa perlu ambil peduli masalah tentang ketagihan gadjet ini sebelum perkara yang tak diingini berlaku.



Sebagai ibu yang mempunyai anak, saya tak dapat lari dari melalui perkara yang sama. Sebab itu saya seboleh mungkin mencari ilmu untuk menangani masalah ini. Pernah dulu saya memberikan gadjet kepada Hadif untuk dia duduk diam, rupanya itu telah mengundang padah bila Hadif semakin hari semakin ketagih untuk menggunakan gadjet. Saya terpaku bila baru berusia hanya dua tahun sudah pandai menggunakan ipad dan smart phone tapi itulah kelebihan anak generasi Y atau generasi strawberri kita.

Ciri - ciri Ketagihan / Addiction Gadjet atau Screen termasuklah TV

🚩 tidak dapat berhenti dengan konsisten
      Contoh bila larang berhenti sekejap lepas tu main balik 😁😁
🚩 sukar menahan diri
🚩 gian
🚩 sukar menerima masalah tingkahlaku & interpersonal yang timbul
🚩 respon emosi yang tidak normal
     Bila tak dapat gadjet, jadi tantrum, mengamuk

Menurut pakar psikiatrik yang memberi ceramah Dr Eni, dari Hospital Taiping,  prevalens ketagihan skrin di kalangan kanak kanak adalah antara 2-20%. Banyak kes yang berlaku di negara Korea Selatan, China dan Taiwan.

Berlakunya masalah ketagihan ini adalah disebabkan kepantasan bahan kimia yang bernama dopamine yang dibebaskan dalam otak bila membuat perkara yang menyeronokkan. Berapa banyak dan berapa kerap dopamine dibebaskan akan menyebabkan ketagihan berlaku.



Siapa yang berisiko?

😮 kanak kanak lebih mudah mengalami ketagihan kepada teknologi bergantung kepada umur bermula dan sejauh mana tahap pendedahan
😮 genetik
😮 ibu bapa sebagai model - kalau parents pun ketagih gadjet, of course anak pun berisiko yang sama


Kenapa kena risau?

Kalau tanya saya, banyak sebab saya risau bila anak ketagih gadjet. Tambah bila anak saya yang sulung tu ada speech delay. Mungkin gadjet juga menjadi sebab kenapa berlakunya masalah pertuturan tersebut.

🙅 perkembangan otak kanak kanak yang berumur 0 hingga 2 tahun berlaku sangat pesat. Ketagihan gadjet boleh menyebabkan
       - masalah tumpuan
       - kelewatan perkembangan pemikiran
       - gangguan pembelajaran
       - anak boleh menjadi impulsive

🙅 bila ketagih gadjet, banyak masa akan dihabiskan di rumah menyebabkan kurang aktiviti fizikal dan menyebabkan perkembangan fizikal dan mental kanak kanak tergangggu

🙅 peningkatan masalah obesiti di kalangan kanak kanak

🙅 gangguan tidor. Ini memang pernah berlaku pada Hadif, bila saya terlepas pandang sewaktu saya tengah pantang, bersalin kan anak kedua saya, Hadif leka bermain ipad sehingga pukul 1 pagi. Menurut dr pakar, hampir 60% parents tak supervise anak guna teknologi ni.

🙅 ketagihan gadjet boleh mengundang masalah kesihatan mental
       - pemencilan diri
       - kurang kemahiran social
       - rendahkan diri
       - kurang sabar
       - kurang tumpuan
       - kemurungan
       - kebimbangan
       - ? Autisma

🙅 keganasan dari media sosial mempengaruhi tingkahlaku kanak kanak.

🙅 maklumat dari WHO (2011) pancaran radiasi dari telefon dikategorikan sebagai kategori 2B di mana ada risiko untuk mendapat kanser


Jadi bagaimana untuk membantu menangani masalah ketagihan gadjet @ skrin termasuk lah TV?

Ini adalah cadangan dari Dr Eni.

Rule of thumb yang parents kena tahu:

👉 kanak kanak berumur kurang dari 2 tahun, tidak patut didedahkan kepada teknologi

👉 kanak kanak berumur 3-5 tahun, hadkan penggunaan kepada 1 jam sehari

👉 kanak kanak 6 hingga 18 tahun penggunaan nya 2 jam sehari


✔️  Buat perjanjian bertulis dengan anak anak  - cell phone contract



✔️ Adakan ZON BEBAS TEKNOLOGI di rumah
      Kawasan/ masa larangan
      - masa makan
      - bilik tidor
      - aktiviti TANPA gadjet

✔️ Parent pls pilih aktiviti yang teliti untuk anak anda - aktiviti yang bermanfaat

✔️ Lakukan aktiviti alternatif bersama anak anak
      Paling malas saya akan buat aktiviti kraf dan mewarna dengan anak anak. Kalau rajin saya akan bawa mereka ke taman untuk bermain

✔️ CERMIN diri sendiri - yang ni of course untuk diri kita sebagai parents. Anak anak ikut kita. Kalau kita pun sama ketagih, anak lagi la akan ketagih sebab kita yang menjadi contoh kepada mereka.

✔️ Pantau media yang anak anda tonton atau layari. pastikan mereka tak berkenalan dengan orang yang tak sepatutnya di laman media sosial.

✔️ amalkan konsep pintu terbuka maksudnya bila anak anak nak melayari internet, pintu bilik hendaklah dibuka

✔️ gunakan option parental control

✔️ tonton bersama sama dengan anak


Cara saya untuk menangani masalah gadjet dengan anak anak 

1- saya akan guna gadjet sebagai reward untuk anak-anak saya terutama dengan anak yang sulung yang semakin membesar.
    saya akan terlebih dahulu meminta dia membuat homework atau apa sahaja aktiviti terlebih dahulu sebelum memberikan gadjet tersebut.

2- ada timer. penggunaan gadjet yang saya berikan kepada anak anak adalah terhad. saya akan pasangkan timer pada gadjet dan memberitahu anak tentang had masa yang dibenarkan. selalunya 5-15mins sahaja. selalunya penggunaan timer ini jalan untuk yang abang tapi tak jalan untuk adik Balqis.

3- ada kala juga saya hanya bagi gadjet yang baterinya tinggal sikit ataupun separuh sahaja supaya bila bateri habis dengan sendirinya anak-anak akan berhenti bermain. awal-awal dulu memang tak jalan jugak cara ni sebab si abang akan cepat cepat cari charger hingga terpaksa saya sorokkan charger. so kena cari cara lain. hahaha

4- ada jugak saya buat trick bila bagi gadjet dengan tutup wifi jadi anak anak yang seronok sangat nak tengok youtube akan rasa tak best dan dengan sendirinya cakap "ibu rosak" dan berikan semula gadjet tu kepada saya.

5- saya sendiri pun cuba untuk limitkan penggunaan gadjet depan anak-anak. kadang kadang bila terlalu urgent sangat baru guna. sebolehnya lepas waktu klinik, masa saya adalah untuk mereka.

Ini slide yang saya ambil dari seminar sebagai panduan untuk ibubapa tentang masalah gadjet dan TV.



walau apapun cara yang anda guna untuk menangani masalah gadjet yang penting anda kena tahu, teknologi itu tak salah. malah teknologi itu satu yang penting untuk kehidupan sekarang tapi yang salah bila teknologi di salah guna. Anak anak masih terlalu kecil untuk memahami salah guna teknologi ini jadi kita lah yang kena pantau mereka.


Semoga ilmu yang saya kongsi ini bermanfaat untuk semua 


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in