TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Empat Ciuman & Lima Sentuhan

Saya suka kongsi bab parenting sebab saya masih belajar dan akan terus menimba ilmu bab ni. Ilmu parenting ni terlalu banyak. Saya cuba untuk praktik kan bersama anak anak.

Anak anak zaman gadjet banyak berbeza dengan cara zaman kita. Zaman 80an, generasi Y, ibubapa nya adalah dr zaman baby boomers. Patuh arahan. Ikut cakap tanpa perlu menjawab. Tak ada gadjet. Main di padang tanpa rasa takut. Sekarang sangat berbeza. Untuk mendidik anak generasi baru.

Anak anak sekarang tidak boleh terlalu keras cara didikannya. Perlu banyak bermain dan masa berkualiti bersama.

Satu perkara awal yang saya buat dengan anak anak adalah pelukan setiap pagi. Saya ajar anak cium dan peluk saya. Saya mahu mereka rasa dekat dengan saya terutama anak sulung saya. Yang sulung sangat penting kerana dia menjadi contoh untuk adik-adik.

"Hadif, kiss ibu"
Hadif akan mendapatkan saya. Kiss pipi kanan, pipi kiri.
"Hug"
Hadif akan hug saya sambil cakap " i love you, ibu"

Setiap kali nak tidor pun, anak anak akan meminta saya untuk dipeluk. Saya mula praktis dgn Hadif sejak ada Balqis. Saya tak nak Hadif rasa terpinggir bila dapat adik. Setiap kali  peluk, saya akan bisikkan surah Al Fatihah ke telinga anak.

Saya ada terbaca satu artikel tentang kebaikan surah Al Fatihah tapi saya tak ingat kat mana. Masa saya hadir kursus parenting dengan ibu Rose pun ada dia pesan hadiahkan Al Fatihah untuk anak anak. Bila teringat anak2 masa kerja, baca surah Al Fatihah. Ingat diorang dalam kepala supaya gelombang itu sampai walaupun dari jauh. Semoga dipelihara Allah. Boleh jugak hadiah untuk org yang kita sayang.

Pasal peluk dan cium anak ni, saya nak kongsi kebaikannya yang saya baca.



Empat tempat yang kena cium anak setiap hari dan 5 tempat yang kena sentuh atau gosok.

1- Ubun Ubun
     Tanda kita bangga ada anak macam dia. Doakan juga anak jadi anak yang soleh. Insya Allah.

2- Dahi
     Ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah S.A.W pernah mencium anaknya Fatimah r.anha di dahi beliau.

3- Kedua-dua pipi
     Sebagai tanda syauq ( perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak

4- Tangan
     Tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w. juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah.


Lima sentuhan yang anak perlukan

1- Gosok belakang kepala anak sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung

2- Menggosok atas kepala atau ubun-ubun ini menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.

3- Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq

4- Sentuh kedua-dua pipi sebagai tanda mawaddah wa hubb

5- Memegang kedua tangannya untuk menenangkan anak ketika perasaannya kacau atau keliru. Gosok di dada bila dia menunjukkan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah.

Jom sama sama kita buat untuk anak anak. Semoga anak anak kita membesar jadi anak anak yang soleh.




 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in