TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 36: Pneumonia - Jangkitan Paru Paru

SOALAN:

Assalamualaikum wbt. Mohon Dr. Shima ulas berkenaan batuk berkahak yang di alami oleh bayi-bayi sehingga menyebabkan jangkitan pada paru-paru ? Anak saya warded di Hosp Serdang selama 11 hari dan discas pada jumaat yg lalu. Alhamdulillah, manakala anak saudara, anak teman pejabat juga warded disebabkan penyakit dan simptom yang sama. Apakah yg dimaksudkan bronkopneumonia? Apakah punca utama dan apakah kesan yg paling bahaya disebabkan penyakit ini? Sekiranya ada kelapangan mohon huraikan Dr. Terima kasih.


JAWAPAN:

Waalaikumsalam. Semoga encik dan keluarga berada dalam keadaan yang lebih baik sekarang.

Saya ingin menjawab persoalan tentang pneumonia atau jangkitan pada paru- paru.

Terdapat dua jenis pneumonia - bronchopneumonia dan lobar pneumonia. Yang membezakan keduanya adalah lokasi jangkitan berlaku.



⭐️ BRONCHOPNEUMONIA adalah jangkitan yang berselerak pada paru paru. Scattered infection yang boleh melibatkan lebih dari satu lobe sama ada pada sebelah paru paru atau melibatkan keduanya sekali.

⭐️ LOBAR PNEUMONIA adalah jangkitan yang melibatkan satu lobe paru paru.

Bila berlakunya jangkitan kuman pada salur pernafasan, saluran pernafasan yang kecil (alveoli) menjadi bengkak dan mengeluarkan banyak cecair (mucous). Ia akan menyebabkan saluran pernafasan terhalang dan mengurangkan pengambilan oxygen untuk diberikan kepada tubuh.

Punca berlakunya pneumonia adalah jangkitan virus, bakteria, fungal atau parasit pada paru paru. Punca utama pneumonia di kalangan kanak kanak adalah virus. Ada juga kanak kanak yang mendapat viral pneumonia pada mulanya dan kemudian mendapat jangkitan bakteria.

Yang paling biasa menyebabkan pneumonia adalah
✔️ Streptococcus pneumoniae
✔️ Haemophilus influenza type b
✔️ Respiratory syncitial virus

Simptoms2 viral pneumonia dan bacterial pneumonia hampir sama.
Untuk anak yang berumur < 5 tahun, kanak kanak boleh mengalami demam ataupun tidak, batuk, susah bernafas, bernafas laju ataupun tulang rusuk masuk ke dalam semasa bernafas (indrawing chest wall). Nafas berbunyi (wheezing) adalah disebabkan viral pneumonia.

Kanak kanak yang berisiko mendapat pneumonia adalah
🚩 kanak kanak yang tidak cukup zat makanan
🚩yang mempunyai sistem immunisasi lemah seperti ada HIV virus
🚩lahir tidak cukup bulan
🚩tidak mendapat eksklusif breastfeeding pada 6 bulan pertama
🚩yang mempunyai ibubapa yang merokok

Antara Komplikasi pneumonia
👉 paru paru bernanah
👉 paru paru berair
👉 jangkitan merebak ke seluruh tubuh
👉 paru paru bocor (pneumothorax)

kanak kanak yang mendapat pneumonia boleh dirawat di rumah dengan mengambil antibiotik. Kes yang perlukan pemantauan dan rawatan di hospital apabila
- anak berumur kurang dari setahun
- tidak boleh mengambil ubat makan
- yang dehydrated (kurang air, lemah)
- yang mempunyai masalah pernafasan

Pneumonia boleh dihindari melalui vaccination. Vaccination yang KKM wajibkan adalah vaccination menentang Haemophilus influenza type b, campak (measles), pertussis (batuk kokol).

Vaccination untuk streptococcus pneumonia - pneumococcal tidak diwajibkan dan boleh diambil di klinik swasta.

Selain daripada itu, memberi anak susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama sangat digalakkan dan membantu mengurangkan tempoh masa sakit jika kanak kanak itu mendapat pneumonia.

Saya harap penjelasan ini dapat menjawab soalan dari encik yang bertanya.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in