TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 37: Punca Kurang Garam Dalam Badan

SOALAN:

Assalamualaikum dan salam subuh dr. Emm saya nak tanya, apa punca kurang garam dalam badan? Saya ada cari dan baca dalam google tapi buat saya bingung pulak.
Harap diperjelaskan

JAWAPAN

Waalaikumsalam. Terima kasih kerana bertanya.

Saya akan cuba berikan jawapan supaya adik yang bertanya ni faham. Kalau cari kat google memang dia akan beri jawapan macam belajar physiology. Saya yang belajar physiology dulu pun masih terkial kial.

Bila bercakap tentang garam dalam badan, saya boleh beritahu ada dua jenis garam
✔️ Potassium (K+)
✔️ Sodium (Na)



Kedua dua jenis garam ini adalah ion generator untuk tubuh kita berfungsi. Tubuh kita berfungsi melalui tindak balas elektrik. Contoh kalau nak gerakkan jari, otak kena sampaikan mesej kepada otot jari untuk bergerak. Mesej ini disampaikan melalui neuron. Neuron ini bekerja melalui tindak balas ion ion tadi. Pergerakan ion keluar masuk sel memberi caj elektrik. Sebab itu keseimbangan ion atau garam ini penting untuk fungsi tubuh.

Kurang Potassium
==============

✔️ HYPOKALAEMIA
✔️ Bila jumlah potassium dalam darah kurang dari 3.5mmol/L
✔️ Masalah ini kadang kadang tidak memberi sebarang simptom
✔️ Simptom yang mungkin berlaku termasuk lemah dan letih, otot cramp dan sakit ( untuk kes yang teruk), berdebar debar ataupun psychological symptoms seperti kemurungan atau hallucination
✔️ Punca yang boleh menyebabkan masalah kurang potassium dalam darah
       1- cirit birit
       2- muntah
       3- penggunaan alcohol yang berlebihan
       4- berpeluh berlebihan
       5- penggunaan laksatif yang berlebihan yang menyebabkan cirit birit
       6- kurang folic asid
       7- penggunaan ubat diuretics
       8- masalah buah pinggang kronik
       9- diabetes
       10- cushing's syndrome
✔️ Rawatan bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah tersebut
      - kurangkan masalah kehilangan potassium
      - gantikan balik potassium yang hilang
      - pastikan punca untuk mengurangkan risiko akan datang

Kurang Sodium
============

👉 HYPONATRAEMIA
👉 berlaku bila jumlah sodium dalam darah kurang dari 135mmol/L
👉 simptom simptom hyponatraemia adalah loya, muntah, sakit kepala, kekeliruan, letih, sawan, otot cramp atau boleh menyebabkan koma
👉 punca punca yang menyebabkan kurang sodium
      1- cirit birit
      2- muntah
      3- terbakar - 3rd degree burn
      4- radang pada pancreas
      5- penggunaan ubat diuretic
      6- kegagalan jantung
      7- emotional stress
      8- hypothyroidism ( kurang hormon thyroid)
      9- masalah buah pinggang
      10- Penyakit Addison (masalah yang melibatkan hormon ADH dikeluarkan)
👉 rawatan bergantung kepada punca yang menyebabkan kurang sodium dalam darah

Saya percaya apa yang adik baca dari encik Google memang susah untuk difahami kerana ia melibatkan proses physiology dalam tubuh manusia. Punca masalah kurang garam dalam badan diberikan dalam bentuk klasifikasi tertentu. Saya cuba untuk memberikan jawapan sebaik mungkin.

Semoga ia membantu.




 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in