TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Mega Kiddie World Seberang Jaya

Cuti raya haji kali ini saya ambil masa untuk berehat dengan anak anak. Cuti raya haji sekali dengan cuti sekolah tambah lagi ada public holiday - Hari Malaysia buat saya tercari cari aktiviti yang menarik untuk anak anak.

Lepas selesaikan beberapa urusan pagi tadi, saya buat keputusan untuk bawa anak anak ke Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya. Dah banyak kali sebenarnya nak bawa anak anak ke indoor playground yang ada di sini cuma masa masih tak mengizinkan. Kali ini alhamdulillah tercapai juga.



Ini kali pertama Balqis dapat ke indoor playground. Hadif dulu saya dah pernah bawa masa kami tinggal di Putrajaya. Saya suka indoor playground yang saya rasa lebih selamat. 

Sebelum masuk kami lunch dulu, make sure anak2 dah cukup ready untuk bermain. sebab bila main dah tak ingat makan. 

Mega Kiddie World terletak di tingkat 2 (tingkat paling atas) Sunway Carnival Mall. 
Bayaran masuk dewasa rm 7.50
                          kanak kanak rm15

yang tak best sikit dia still charge untuk Harriz yg berumur 6 bulan sama macam harga kanak kanak biasa. Adoiii patut charge la half ka ok la jugak. Si baby ni bukan main sgt pun. 

By the way nak masuk tempat macam ni memang WAJIB pakai socks. Kalau tak bawa, pihak management ada ja jual kt kaunter tiket tu dengan harga rm2.70. parents boleh ja tunggu kat luar kalau tak mau masuk. ada kerusi disediakan. 

seperti biasa bila budak budak bertemu tempat macam ni excited bukan main la. terus tinggalkan saya dan Harriz. mula mula takutnya juga hilang tapi tempat tu tak la besar sgt. boleh nampak anak2 berlari lari walaupun kadang2 hilang dari pandangan. saya rasa selamat juga sebab untuk keluar dari tempat tu ada security. 

bila dah masuk, still boleh keluar selagi pakai wristband. nak pi solat and toilet pun mudah sebab dekat area tu saja. saya rasa kalau nak tinggal sat and pi jalan jalan level tu pun ok untuk anak2 yg dah besar. 

sesekali menghabiskan tenaga di tempat2 macam ni pun ok untuk anak2. saya spend 2 jam lebih kat situ dengan anak2. 

dalam kereta, anak2 terus tidor dalam perjalanan balik. seronok tengok diorang gembira. ini adalah pengalaman pertama untuk Balqis. 

jom layan gambar2 kat sini. 



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in