TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

10 Tips Untuk Mudah Tidur

INSOMNIA adalah medical term yang digunakan untuk menyatakan masalah tidak boleh tidor. Insomnia berlaku bila seseorang susah untuk tidur ataupun tidak boleh lena yang menyebabkan pesakit tidak rasa segar di waktu pagi dan adakala mengganggu aktiviti pada waktu siang.



Antara masalah yang sering diperkatakan untuk mereka yang mempunyai masalah insomnia ; 

πŸ“Œ susah untuk mula tidur 

πŸ“Œ kena baring untuk jangkamasa yang lama sebelum tidur

πŸ“Œ terjaga banyak kali tengah malam

πŸ“Œ bangun awal pagi dan susah untuk tidur semula 

πŸ“Œ tak rasa segar waktu pagi 

πŸ“Œ rasa mengantuk, penat dan susah untuk fokus pada siang hari 

INSOMNIA berlaku kerana

😴 stress dan bimbang 

😴 menghadapi masalah kemurungan atau schizophrenia 

😴 mengambil ubat penenang 

😴 tempat tidur yang tidak membantu 

😴 cara hidup - pengambilan kafein, alkohol 

😴 masalah kesihatan seperti jantung 

Menurut pakar, org dewasa perlukan 7.5 hingga 8 jam masa untuk tidur setiap malam. Jumlah masa tidur yang baik berbeza untuk setiap individu. Ada yg masih boleh berfungsi dengan baik walaupun tidur hanya 6 jam sehari. Insomnia adalah masalah tidur yang berlaku bila ia menggangu fungsi harian sesorang. 

10 TIPS UNTUK MUDAH TIDUR
=======================

πŸ“ setkan masa untuk bangun pada waktu pagi walaupun tak cukup tidur. Cuba untuk konsisten 7 hari seminggu. 

πŸ“ jangan tidur waktu siang 

πŸ“ exercise 30mins sehari. ELAKKAN exercise 4 jam sebelum tidur

πŸ“ELAKKAN kopi dan teh sebelum tidur 

πŸ“ BERHENTI mengambil alcohol dan merokok 

πŸ“ ELAKKAN tv πŸ“Ί, πŸ“±πŸ“ž gadjet di tempat tidur 

πŸ“ JANGAN ambil makanan berat sebelum tidur πŸ”πŸžπŸ›πŸœ

πŸ“JANGAN ambil pil tidur secara berterusan 

πŸ“buat masa tidur satu yang menenangkan contoh mandi air suam, minum susu suam, dengar muzik yang menenangkan, baca buku 

πŸ“pastikan tempat tidur selesa untuk tidur. Tidak ada aktiviti lain seperti menonton Tv atau membuat panggilan telefon. 

Pengambilan vitamin Bcomplex dan kalsium, magnesium juga boleh membantu untuk mendapatkam tidur yang lena dan berkualiti. Walaubagaimanapun, punca yang menyebabkan masalah tidur perlu dirawat terlebih dahulu sebelum mengambil apa apa supplemen.


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin vitamin terbaik untuk kesihatan harian seisi keluarga. 
InsyaAllah vitamin berkualiti, halal dan selamat. 


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in