Beberapa hari lepas saya berkesempatan untuk menghadiri aktiviti anak anak di sekolah. Dah beberapa session diadakan student parents activity (SPA) tapi ada saja halangan yang membuatkan saya tidak dapat hadir. Kali ini niat saya dipermudahkan Allah.
Kali ini tema SPA adalah
Tujuan saya menghadiri aktiviti anak anak adalah untuk menggembirakan hati anak anak. Saya pasti mereka perlu sokongan dari ibubapa dalam setiap aktiviti sekolah yang dijalankan. Tak kira sekolah tadika ataupun sekolah kebangsaan.
Bila saya sampai di sekolah, Hadif dapat melihat kehadiran saya, gembira bersama rakan rakan. Tidak lama kemudian barulah Balqis sedar kehadiran saya. Terus saja dia melekat dengan saya. Balqis oh Balqis. Memang pantang nampak saya.
Melalui aktiviti SPA, teachers mahu parents menjadi cikgu kepada anak2. Saya berpeluang menjadi cikgu di depan anak2. Hahaha bila tukar profession untuk 5 minit ni, saya rasa sangat enjoy. Bukan senang nak jadi cikgu untuk anak anak kecil. Anak sendiri boleh lagi tapi dengan anak2 yang agak ramai, saya tak pasti saya mampu atau tidak. Yang saya tahu saya tak kreatif untuk memancing perhatian anak anak. My respect to the kindergarten teachers!
Pernah beberapa tahun lepas saya teringin untuk buka early education centre atau buat playgroup di kawasan saya namun hasrat itu terkubur sebab komitmen terhadap kerjaya 😔. Dalam hati nak sangat membara untuk mengajar anak anak kecil ini. Bukan duit yang saya kejar tapi kepuasan untuk melihat keletah comel anak anak yang dari tidak tahu apa apa kemudian develop skill satu demi satu.
Aktiviti SPA selama sejam ini sangat menyeronokkan. Saya pasti anak anak pun cukup gembira dengan kehadiran saya yang agak mengejut buat keduanya.
Jom saya belanja gambar gambar bila doktor jadi cikgu tadika 😀

0 comments:
Post a Comment