TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 38: Sakit Tapak Kaki

SOALAN:

Assalamualaikum, selamat pagi, nk tanya Dr. Kaki saya yang selalu bengkak2 dah ok tp tapak kaki sakit tak hilang2. 22/9 ni kena jumpa dr pakar lg nak scan tapak kaki. Tapak kaki sakit dan berdenyut denyut nak berjalan terhinjut hinjut sebab sakit. 

JAWAPAN: 

Waalaikumsalam pn. 

Sakit pada tapak kaki sebelah saja boleh berlaku dengan pelbagai sebab. Ada terjatuh? ( kalau ada mungkin ada berlaku kecederaan pada kaki tersebut). Boleh dapatkan rawatan lanjut di klinik. 

Kalau tak ada, berkemungkinan besar pn menghadapi masalah "plantar fasciitis" - radang pada tapak kaki. Sakit ini selalunya teruk pada langkah pertama waktu pagi atau selepas berehat seketika.



Punca berlakunya plantar fasciitis adalah tidak diketahui tetapi golongan yang berisiko untuk menghadapi masalah ini adalah

  • yang mempunyai berat berlebihan
  • bekerja berdiri terlalu lama
  • memakai kasut yang tidak sesuai i.e keras/tidak selesa
Rawatan yang doktor akan beri di klinik adalah 

1- ubat tahan sakit 
2- nasihat untuk kurangkan berat badan 
3- pilih kasut yang bersesuaian. kalau saya, selalu saya akan nasihatkan pesakit untuk mendapatkan pelapik kasut (shoe pad) di kedai kasut untuk membantu mengurangkan sakit pada bahagian kaki 
4- rujukan ke bahagian fisioterapi 
5- last sekali kalau semua dah buat tapi sakit masih tidak kurang ==> rujukan kepada pakar orthopaedik. ada injection steroid dan bius setempat boleh diberikan pada bahagian yang terlibat. 

Satu tips yang boleh membantu untuk orang Islam - sujud lama2 waktu solat sambil tu boleh doa banyak2 sebab masa sujud, kaki kita akan pacak/lentikan, insya Allah boleh kurangkan sakit pada bahagian tumit tersebut. 

Ini adalah video physiotherapy ringkas yang boleh dibuat di rumah. semoga masalah sakit tumit pn berkurangan. 


Hubungi saya untuk cadangan vitamin untuk mengurangkan sakit tapak kaki. 
Insya Allah Vitamin Berkualiti, Halal dan Selamat. 
 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in