TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 39: Keputusan Darah Tidak Normal

SOALAN:

Salam doktor. Adakah bacaan ini normal untuk baby 5 months 19 days.




JAWAPAN:

Waalaikumsalam. Terima kasih kerana bertanya. Alhamdulillah, pn merupakan ibu yang prihatin dengan bayi anda.

Pn yang bertanya cuma memberikan keputusan pemeriksaan darah dan tidak memberitahu kenapa pemeriksaan dibuat. Berdasarkan keputusan darah tersebut, ianya TIDAK NORMAL.




Haemoglobin ( sel darah merah) adalah rendah
Platelet ( sel beku darah) adalah tinggi dari normal
White cell count ( sel darah putih) adalah tinggi

Saya membuat andaian pemeriksaan tersebut dibuat kerana anak demam. Berkemungkinan ada jangkitan kuman berlaku. tambahan pula komponen sel darah putih - lymphocyte juga tinggi.

Sel darah merah kurang dan komponen dalam darah merah juga kurang menyebabkan sel darah merah kecil dan pucat. Masalah ini dinamakan ANAEMIA. Banyak punca yang boleh dikaitkan dengan punca kurang darah merah dan sel tersebut kecil dan pucat.

Antara yang boleh menyebabkan berlaku anaemia di kalangan bayi adalah:
📍kurang zat besi

📍kurang folic asid

📍kurang vitamin B12

📍masalah thalassaemia

📍kanser darah seperti aplastic anaemia

📍kekurangan enzim G6PD

📍jangkitan kuman

Untuk puan yang bertanya, saya harap puan mendapatkan nasihat doktor yang merawat anak puan. Pemeriksaan lanjut perlu untuk memastikan kesihatan anak pn berada dalam keadaan yang baik. Setidak tidaknya pemeriksaan darah ulangan perlu dibuat untuk melihat ada perubahan ataupun tidak.

Rawatan bergantung kepada punca masalah yang dikenal pasti.

Saya harap penjelasan ini membantu pn. 😀



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in