TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Tips Pemakanan Ibu Menyusu

Dah lama saya tak menulis tentang breastfeeding walaupun sebenarnya banyak yang disampaikan tentang perkara ini. Sekarang Alhamdulillah saya masih lagi dapat menyusu anak bongsu saya, Harriz. Rezeki anak masih tak putus dan deep freezer saya pun masih penuh dengan susu yang dibekukan untuk stok Harriz.



Kali ini saya nak kongsi tentang pemakanan ibu menyusu. Saya sendiri masih belajar tentang panduan pemakanan untuk ibu yang menyusu. Pemakanan ibu sangat penting bukan setakat untuk menghasilkan susu sahaja tetapi juga untuk kesihatan diri ibu itu sendiri. Bila menyusu, ibu akan membakar lebih 500kcal sehari. Jadi ibu perlukan nutrisi yang sihat untuk kesihatan dirinya.

Semasa mengandung saya ada hadir ke seminar tentang penyusuan untuk menambah ilmu. Seminar tersebut dikendalikan oleh mereka yang bergelar kaunselor laktasi.



Menurut kaunselor, ibu perlukan ;

📌 karbohidrat contoh nasi 🍛  , oat, biskut, roti 🍞, kentang, jagung 🌽

📌 protein contoh ayam 🐓 , ikan 🐟 , daging 🐮, sotong 🐙, ketam, soya, tempe

📌 lemak contoh dari sumber haiwan, cheese

📌 kalsium contoh susu, sayur hijau gelap (bendi)

📌 buah buahan seperti orange 🍊, lobak merah, pisang 🍌, betik, durian, jagung 🌽

Untuk menghasilkan susu yang pekat, ibu perlukan lebih makanan berkarbohidrat dan berprotein

Selain bekalan tenaga, ibu yang menyusu juga perlukan, vitamin B12, C, A, D, thiamin, riboflavin, niasin, folat, fosforus, magnesium, zink, tembaga dan selenium yang lebih tinggi daripada biasa.

Saya sediakan satu jadual makan yang diberikan oleh kaunselor laktasi untuk panduan ibu ibu menyusu:

BREAKFAST : susu dengan oat

MINUM PAGI : milo dengan biskut atau fresh milk dengan roti

LUNCH : nasi dengan sumber haiwan, sayur, telur/ tempe, jus buah

MINUM PETANG: sama menu macam minum pagi

DINNER: boleh try masakan thai ( banyak bawang putih)

SUPPER: sama macam breakfast

Beberapa lagi tips menarik untuk pemakanan ibu menyusu:

🍼 pastikan makan selepas menyusu / memerah - milo, susu, horlicks atau biskut. Sebab lepas menyusu, confirm lapar. Saya memang jadi macam ni. Saya akan pastikan ada snek untuk diambil lepas mengepam susu di klinik.

🍼 kurangkan pengambilan makanan pedas dan berminyak

🍼 3 waktu yang wajib dijaga oleh ibu menyusu adalah BREAKFAST, LUNCH and DINNER

🍼 ambil sajian dalam jumlah yang kecil tetapi kerap

🍼 minum air banyak at least 3L sehari. Kaunselor tu cakap 150 - 200 ml setiap jam. Yang bagus air suam sebab ia akan stimulate the breast untuk milk production.

🍼 kurangkan pengambilan ais

🍼 dalam susu ibu, ada asid lemak politaktepu (polyunsaturated fatty asid) yg memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan retina bayi. Untuk make sure asid ini cukup, ibu menyusu disarankan mengambil diet yg mengandungi ikan at least dua kali seminggu.

Untuk make sure ibu ibu menyusu cukup semua nutrient untuk diri sendiri dan untuk menghasilkan susu untuk si kecil, saya sangat2 sarankan pengambilan supplement. Ini akan memudahkan ibu ibu sendiri untuk pastikan semua nutrient yang diperlukan cukup. Tak payah runsing2 nak fikir nak makan itu ini.

Saya akan cadangkan pengambilan
1- protein

2- kalsium, magnesium, vit d

3- daily

4- minyak ikan

5 - vit b complex

Insyallah sangat sangat berbaloi untuk mengambil vitamin dan mineral penting ni.

Hubungi saya untuk konsultasi tentang panduan pemakanan vitamin vitamin ini. Vitamin yang selamat, halal, berkualiti dan moneyback guarantee kalau tak sesuai dengan ibu ibu. 😀



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in