TExt

Assalamualaikum W.B.T
Untuk semua pembaca di blog Dr Shima,

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.


Panduan Buka Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung Di Klinik Kesihatan

Wanita yang kali pertama disahkan mengandung semestinya sangat excited. Teringat dulu masa mengandungkan Hadif, saya sampai buat pregnancy test dua tiga kali sebab tak percaya. Hihihi sebab saya sangat menantikan saat itu. Bila dah tau mengandung, peringkat seterusnya adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadan yang terbaik dari mula disahkan mengandung hingga kelahiran si kecil.

Buku merah saya yang paling latest 2016

Saya ingin memberi beberapa panduan untuk wanita wanita yang kali pertama mengandung. Mungkin masih belum tahu apa yang perlu dilakukan. Baru baru ini saya bertemu dengan seorang gadis yang baru berumur 19 tahun yang berkahwin awal, masih belajar dan disahkan mengandung. Saya rasa simpati kerana adik tersebut masih muda dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

1⃣ saya ingin pesan kepada wanita supaya mengambil tahu tentang tarikh datang haid. Tarikh ini sangat penting untuk doktor membuat jangkaan tempoh kandungan. Tarikh yang diperlukan adalah tarikh hari pertama period terakhir. TOLONG CATIT tarikh hari pertama datang period setiap bulan. Dari tarikh period ini juga sangat penting untuk mendapatkan jangkaan tarikh due date kandungan boleh dikira jika period datang regular setiap bulan. 

2⃣ kalau period datang lambat, sudah lebih at least 10 hari, boleh datang ke klinik untuk membuat ujian air kencing untuk kehamilan. Yang paling bagus datang pagi untuk dapatkan air kencing sebab hormon HCG akan tinggi pada waktu ini.

3⃣ bila sudah disahkan mengandung, dapatkan maklumat tentang klinik terdekat untuk buka buku merah, buku rekod kesihatan ibu mengandung. Sama ada klinik kesihatan ataupun klinik desa. Dapatkan salinan keputusan air kencing tadi untuk dibawa bersama ke klinik nanti.

4⃣ seboleh mungkin buka buku seawal 8 minggu. Saya nasihatkan untuk pergi awal dalam trimester pertama antara 8 hingga 12 minggu. Ini untuk membolehkan doktor membuat scan awal untuk melihat kandungan sama ada selari atau tidak dengan tempoh kandungan berdasarkan kiraan tarikh haid. Bukan setakat itu sahaja, booking pada trimester pertama sangat penting untuk mengesan awal penyakit penyakit yang boleh membahayakan ibu dan anak dalam kandungan.

5⃣ teruskan ambil folic asid sebagai vitamin tambahan sebelum ke klinik.

6⃣ ambil tarikh temujanji pertama di klinik kesihatan ibu dan anak atau klinik desa. Ada sesetengah klinik boleh walk in untuk buka buku merah.

7⃣ datang dengan suami dan bawa bersama surat nikah. Kalau bukan anak pertama, sila bawa buku rekod kesihatan anak yang terdahulu.

8⃣ pada hari temujanji, anda dan pasangan akan melalui proses yang agak panjang.
      - timbang berat badan
      - check tekanan darah 
      - check air kencing
      - jumpa jururawat untuk mendapatkan maklumat lanjut
      - anda perlu tahu tentang masalah kesihatan dalam keluarga contoh kencing manis, darah tinggi, sejarah keluarga kalau ada kembar
      - pemeriksaan darah termasuklah full blood count, kumpulan darah, hepatitis b screening, ujian darah untuk sifilis dan HIV. Pemeriksaan darah tersebut juga akan dilakukan kepada encik suami.
      - keputusan darah yang akan siap pada hari yang sama adalah full blood count. Ini adalah untuk mengetahui kandungan sel darah merah yang sangat penting semasa mengandung dan wanita hamil mudah mendapat masalah anaemia.
      - bergantung kepada klinik, tarikh untuk temujanji seterusnya akan diberi. Juga akan diberi tarikh untuk berjumpa dr untuk kali pertama.
      - temujanji bersama dr penting untuk dr melihat semua keputusan darah, membuat dating scan (scan kali pertama untuk melihat kandungan, mengetahui tempoh kandungan), merancang rawatan seterusnya untuk ibu sekiranya mempunyai apa apa risiko yang berkait dengan kehamilan

9⃣ sila ikut tarikh temujanji seterusnya. Mengambil vitamin yang diberikan oleh dr.

🔟 sila pastikan buku rekod kesihatan ibu mengandung sentiasa berada bersama anda. Ia umpama passport kedua anda.

Memang nampak macam sulit buka buku merah di KK tapi bukan kami sengaja menyusahkan pesakit. Kesihatan ibu mengandung dan anak dalam kandungan sangat penting untuk dijaga kerana ia adalah indikator untuk melihat sejauh mana perkhidmatan kesihatan sesebuah negara. Sebab itu semua perkara yang melibatkan ibu mengandung dijaga sangat rapi. Jika ada kematian melibatkan ibu mengandung, akan ada mortaliti meeting dan perkara ini akan diselidik hingga ke akar umbi dan dibincangkan di peringkat negeri.



Semoga panduan ini membantu wanita wanita yang kali pertama mengandung. 
😀 saya mahu semua melalui waktu waktu indah selama 40 minggu bila satu jasad ada dua jantung berdenyut bersama. 
Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Allah!




Melatih Anak Ke Tandas

Baru- baru ini ada kawan saya bertanya bagaimana saya melatih Hadif ke tandas. Maklumlah Hadif masa tu ada masalah pertuturan. Saya sendiri lupa untuk berkongsi perkara penting ini. Ini satu pengalaman yang patut saya ceritakan dan boleh dijadikan panduan.

Saya sendiri masa tu tak berapa yakin untuk memulakannya tapi kalau tak cuba tak tahu. Memang bukan perkara mudah tapi kena buat jugak sebab Hadif semakin membesar. Masa tu saya mulakan akhir tahun 2013. Saya minta pandangan mak macam mana nak mula dan macam mana dia buat untuk kami adik beradik dulu.



Sebelum mula toilet train

1⃣ Mula mula kena bagitau anak kencing dan berak tu apa. Setiap kali anak kencing di toilet kena bagitau "oo Hadif shi shi", bila anak berak,  "eii Hadif berak". Make sure anak tau terms yang kita gunakan. Macam saya guna shi shi sebagai kencing sebab terms ni digunakan di EIP. Mungkin kalau rajin boleh tunjuk gambar atau buku untuk anak faham tentang keperluan ke toilet.

2⃣ Mak saya suruh saya beli seluar dalam untuk Hadif. Pilih yang menarik untuk anak. Macam saya cari seluar dalam Ben 10, disney pixar car untuk menarik Hadif pakai seluar dalam. Sekarang saya perasan ada jual seluar dalam yang lebih tebal untuk membantu anak2 yang dalam fasa berlatih ke tandas. Saya beli beberapa helai untuk Balqis. Seluar dalam ini perlu ada untuk elak najis jatuh terus ke lantai.

3⃣ sebelum mula, pastikan rumah tak ada karpet, tak dak tikar yang mahal2 sebab takut anak terkucil.

4⃣ satu lagi keperluan adalah pelapik mangkuk tandas untuk kanak kanak. Boleh beli dekat Tesco atau Giant. Saya tak recommend beli toilet yang asing untuk anak sebab nak biasakan anak dengan environment toilet yang sebenar. Nanti tak la anak mengamuk kalau tak dak toilet dia. Nanti boleh pulak anak shi shi or berak kat depan TV 😁

5⃣ yang paling penting ibu kena ada kesabaran yang sangat tinggi. Kena expect yang hari pertama akan ada yg terkucil. Kena ready untuk mengelap.


Hari bermula

📌 macam saya pilih hujung minggu untuk start sebab masa tu kita ada di rumah satu hari.

📌 mula lepas anak siap mandi. Kena letak target masa. Berakhir bila. Contoh macam nk buat setengah hari saja. Sampai pukul 12 tghari or sampai zohor. Esoknya tambah lagi masa. Macam kita train puasa la.

📌 saya keep ingatkan Hadif - Shi shi - toilet. Berbuih cakap benda yang sama

📌 setiap 10mins akan bawa Hadif ke toilet. Duduk atas toilet bowl. Buat sound shhhhhh shhhhh atau bagi air kat kawasan tuuuttt.

📌 kalau anak berjaya buang air di toilet, bagi pujian. Boleh buat star chart untuk anak juga.

📌 kalau terkucil, jangan marah anak. Dia pun stress sama untuk routine baru. Boleh pujuk, " tak pa, ibu cuci, tapi Hadif kena usaha lagi"

📌 kena konsisten untuk toilet train dengan erti kata lain jangan buat setengah jalan. Kena buat sampai berjaya.

📌 kena bagitahu pengasuh atau cikgu di tadika tentang perkara ini supaya ia turut berlaku di sekolah. Sebab itu nama dia KONSISTEN. Kalau tak konsisten, anak akan keliru.


Memang perkara ni bukan mudah. Saya pun ada masa hilang sabar. Saya manusia biasa kadang kadang ada juga yg terlepas. Tapi bila anak berjaya melalui fasa ini, ia sangat menakjubkan.

Saya bangga dengan Hadif bila dia berjaya tidak pakai pampers dan dapat mengawal masa untuk ke toilet sendiri. Kekurangan yang ada pada anak bukan perkara besar. Allah bagi juga kelebihan anak syurga ni. Yang paling penting dia mengajar kita erti sabar.



Itu cerita pengalaman saya melatih Hadif ke toilet. 
Saya berharap pengalaman ini boleh membantu semua yg membaca. 😀







Soalan 40: Badan Panas Tapi Tak Demam

SOALAN:

Salam doktor, isteri saya ada masalah panas badan tapi tak berpeluh. Kadang kadang dia menggelupur cakap badan dia panas. Apa kemungkinan masalah dia ya?

JAWAPAN:

Waalaikumsalam. Terima kasih kerana bertanya.

Saya akan menjawab secara general kerana encik tidak berikan maklumat lain seperti umur isteri dan jika isteri ada masalah kesihatan yang lain yang mungkin berkait dengan masalah ini.

Rasa panas badan tapi tak berpeluh, tak demam, atau dikenali sebagai "hot flushes" berlaku dikalangan wanita disebabkan hormon estradiol menurun.




HOT FLUSHES berlaku pada wanita yang putus haid (menopause) atau perimenopause (2-3 tahun sebelum putus haid). Rasa panas itu selalu bermula pada kawasan muka atau dada dan boleh merebak hingga ke seluruh badan. Adakala rasa panas ini boleh datang bersama dengan berpeluh dan jantung berdebar. Boleh berlaku selama dua hingga tiga puluh minit dan berulang setiap minit atau setiap minggu. Ada yang sampai menyebabkan pengsan dan kulit terasa panas bila disentuh.

HOT FLUSHES yang teruk boleh mengganggu tidur dan menyebabkan mood wanita tadi berubah ubah dan senang marah.

Jika masalah ini berlaku pada wanita muda, mungkin ada masalah pada kelenjar pituitary dan perlu pemeriksaan doktor. Wanita muda yang menopause awal disebabkan masalah rahim, akan mendapat masalah hot flushes ini lebih teruk dari wanita yang menopause secara natural.

Antara rawatan yang akan diberikan di klinik atau hospital kepada wanita yang mengalami hot flushes yang teruk adalah
📌 hormone replacement therapy - terapi gantian hormon

📌 ubat SSRI

📌 ubat clonidine


Dinasihatkan juga untuk mengurangkan makanan pedas dan kurangkan pengambilan alkohol dan kafeien untuk membantu masalah ini.

Saya harap jawapan ini membantu saudara dan isteri.





 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in