TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Kelas Taekwando Di Genius Aulad Sg Petani

Sejak Hadif belajar di Genius Aulad Sg Petani, ada beberapa kelas optional yg ada ditawarkan antaranya kelas berenang, kelas memanah dan kelas taekwando. Saya pilih kelas taekwando untuk Hadif.


Hadif mula menyertai kelas tersebut sejak awal tahun lagi. Tujuan utama saya mahu Hadif ke kelas tersebut adalah untuk mengisi masa lapang Hadif. Saya mahu Hadif belajar untuk follow instruction. Ini kegiatan di luar bilik darjah yang mungkin boleh mengurangkan tekanan belajar, membuang energi berlebihan setelah 5 hari di dalam kelas. Mungkin ilmu ini berguna nanti untuk keselamatan diri dia sendiri.



Baru baru ni, selepas beberapa bulan belajar dan berlatih, Hadif ditawarkan untuk menduduki exam untuk grading ( tukar tali pinggang). Untuk exam tersebut, yuran sebanyak rm40 dikenakan kepada setiap pelajar. Mula mula saya agak ragu ragu untuk membenarkan Hadif mengambil exam tersebut. Mungkin kerana keyakinan itu tidaklah setinggi mana ditambah pula reason utama untuk Hadif berada di kelas tersebut adalah untuk mengisi masa lapangnya. Saya bertanya terus dengan Master Faizal yang mengendalikan kelas tersebut. Untuk grading tali pinggang putih tidak susah kerana ada instructor berada di depan cuma bila ada ramai kanak kanak lain yang akan berada di situ mungkin rasa nervous akan mengganggu fokus Hadif. Setakat Hadif berada di kelas, dia boleh ikut arahan.




Saya ingin memberi peluang kepada Hadif mencuba. Selagi tidak diberi peluang, saya tidak akan tahu kebolehan anak saya sendiri.

Pagi 30/9/16, kami ke Penjara sg petani. Sungguh saya sendiri nervous. Saya juga rasa Hadif juga rasa yang sama. Pukul 10 baru Hadif selesai exam. Melihat Hadif berada di atas astaka melakukan pergerakan yang diarahkan, saya tidak menaruh harapan tinggi padanya. Cukuplah ini sebagai pemanas badan dan menjadi pengalaman buat kami bagaimana grading taekwando dilakukan.








Beberapa hari lepas baru diberitahu Hadif berjaya untuk mendapatkan tali pinggang kuning. Next level. Terdiam saya. Hadif dah buktikan sesuatu kepada saya. Mungkin saya yang salah kerana tidak yakin dengannya. Saya akan lebih bersalah jika tidak memberi peluang padanya. Satu pengajaran buat saya sebagai ibu.



Pengambilan pelajar untuk menyertai kelas taekwando di Genius Aulad dibuka untuk orang awam. Jika ada yang berminat untuk menghantar anak anak menyertainya bolehlah menghubungi nombor yang dinyatakan dalam iklan.

Semoga ilmu mempertahankan diri  ini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh anak anak kita. 😀






 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in