TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Nutrisi Ibu Menyusu dari NUTRILITE: Protein

Salah satu bahan asas yang diperlukan oleh tubuh ibu yang menyusukan anak untuk menghasilkan susu badan adalah PROTEIN. Pengambilan makanan yang kaya dengan protein sangat membantu.


PROTEIN 
=======

๐Ÿ“Œ membina tisu dalam tubuh

๐Ÿ“Œ merupakan komponen struktur utama sel seperti kulit, rambut, kuku dan tulang

๐Ÿ“Œ bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan enzim enzim yang penting untuk fungsi tubuh daripada pencernaan hingga pembiakan

๐Ÿ“Œ menghasilkan neurotransmitter yang mempengaruhi minda dan mood kita

๐Ÿ“Œ bahan asas yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan

Tubuh manusia mengandungi lebih daripada 100 000 protein yang berbeza. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan protein. Ia mesti diambil setiap hari setiap hari dalam jumlah yang mencukupi untuk menggantikan protein yang hilang setiap hari.

Antara contoh makanan yang mengandungi protein yang tinggi adalah daging ๐Ÿฎ, ikan ๐ŸŸ,  telur ๐Ÿณ, ayam ๐Ÿ“ itik dan produk tenusu ๐Ÿผ. Protein daripada sumber sumber ini adalah protein lengkap yang membekalkan semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh. Protein juga terdapat dalam sayur sayuran, legum dan bijirin yang dikelaskan sebagai protein tidak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino.



Keperluan protein setiap orang berbeza mengikut beberapa faktor
๐Ÿšฉusia
๐Ÿšฉsaiz
๐Ÿšฉtahap aktiviti

Sebagai panduan umum, keperluan diet yang disyorkan untuk protein di Amerika Syarikat ialah
0.8gram / kg berat badan dewasa

Untuk ibu yang menyusukan anak 6 bulan pertama, dia memerlukan lebih 20gram protein sehari, manakala yang menyusukan anak 6 bulan kedua memerlukan lebih 15gram protein. 


Protein membantu

๐Ÿ“ pertahanan tubuh dan keimunan
      - protein adalah komponen utama leucocyte atau sel darah putih yang melawan bakteria. Protein juga diperlukan dalam pembetukan antibodi. Jadi protein sangat penting untuk melawan jangkitan dan penyakit.

๐Ÿ“kulit dan rambut yang sihat
    90% tisu rambut dan kulit ialah protein. Kalau protein kurang, boleh menyebabkan rambut rapuh dan kulit menjadi kedut

๐Ÿ“paras tenaga
      Protein menghasilkan enzim dan hormon. Enzim diperlukan dalam proses tubuh menukar makanan kepada tenaga dan juga tindakbalas kimia dalam badan. Jadi protein secara tidak langsung mempengaruhi jumlah tenaga manusia.

๐Ÿ“tumbesaran dan penyenggaraan
    Protein penting untuk perkembangan tisu baru dan mengganti tisu yang rosak.

๐Ÿ“keseimbangan bendalir 
      Protein bertanggungjawab mengawal atur paras air dalam tubuh. Oleh sebab protein menarik air, ia membantu mengekalkan keseimbangan bendalir dalam badan dan membantu mengangkut bahan bahan seperti garam, kalium dan elektrolit keluar masuk sel

๐Ÿ“komponen darah 
    Protein adalah bahagian penting sel darah merah dan plasma. Penting untuk pembentukan sel darah merah yang baru.

Jadi untuk mendapatkan protein yang cukup untuk kesihatan harian, anda boleh pilih sendiri sama ada ingin cara mudah atau sebaliknya. Cara mudah adalah dengan mendapatkan produk PROTEIN yang sedia ada di pasaran. Macam protein Nutrilite ๐Ÿ˜€

Confirm dengan pengambilan protein ini akan membantu melengkapkan diet sihat anda.

Hubungi saya untuk dapatkan PROTEIN NUTRILITE yang terdapat dalam 4 perisa - plain, berri, chocolate atau teh hijau. 




 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in