TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Panduan Buka Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung Di Klinik Kesihatan

Wanita yang kali pertama disahkan mengandung semestinya sangat excited. Teringat dulu masa mengandungkan Hadif, saya sampai buat pregnancy test dua tiga kali sebab tak percaya. Hihihi sebab saya sangat menantikan saat itu. Bila dah tau mengandung, peringkat seterusnya adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadan yang terbaik dari mula disahkan mengandung hingga kelahiran si kecil.

Buku merah saya yang paling latest 2016

Saya ingin memberi beberapa panduan untuk wanita wanita yang kali pertama mengandung. Mungkin masih belum tahu apa yang perlu dilakukan. Baru baru ini saya bertemu dengan seorang gadis yang baru berumur 19 tahun yang berkahwin awal, masih belajar dan disahkan mengandung. Saya rasa simpati kerana adik tersebut masih muda dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

1⃣ saya ingin pesan kepada wanita supaya mengambil tahu tentang tarikh datang haid. Tarikh ini sangat penting untuk doktor membuat jangkaan tempoh kandungan. Tarikh yang diperlukan adalah tarikh hari pertama period terakhir. TOLONG CATIT tarikh hari pertama datang period setiap bulan. Dari tarikh period ini juga sangat penting untuk mendapatkan jangkaan tarikh due date kandungan boleh dikira jika period datang regular setiap bulan. 

2⃣ kalau period datang lambat, sudah lebih at least 10 hari, boleh datang ke klinik untuk membuat ujian air kencing untuk kehamilan. Yang paling bagus datang pagi untuk dapatkan air kencing sebab hormon HCG akan tinggi pada waktu ini.

3⃣ bila sudah disahkan mengandung, dapatkan maklumat tentang klinik terdekat untuk buka buku merah, buku rekod kesihatan ibu mengandung. Sama ada klinik kesihatan ataupun klinik desa. Dapatkan salinan keputusan air kencing tadi untuk dibawa bersama ke klinik nanti.

4⃣ seboleh mungkin buka buku seawal 8 minggu. Saya nasihatkan untuk pergi awal dalam trimester pertama antara 8 hingga 12 minggu. Ini untuk membolehkan doktor membuat scan awal untuk melihat kandungan sama ada selari atau tidak dengan tempoh kandungan berdasarkan kiraan tarikh haid. Bukan setakat itu sahaja, booking pada trimester pertama sangat penting untuk mengesan awal penyakit penyakit yang boleh membahayakan ibu dan anak dalam kandungan.

5⃣ teruskan ambil folic asid sebagai vitamin tambahan sebelum ke klinik.

6⃣ ambil tarikh temujanji pertama di klinik kesihatan ibu dan anak atau klinik desa. Ada sesetengah klinik boleh walk in untuk buka buku merah.

7⃣ datang dengan suami dan bawa bersama surat nikah. Kalau bukan anak pertama, sila bawa buku rekod kesihatan anak yang terdahulu.

8⃣ pada hari temujanji, anda dan pasangan akan melalui proses yang agak panjang.
      - timbang berat badan
      - check tekanan darah 
      - check air kencing
      - jumpa jururawat untuk mendapatkan maklumat lanjut
      - anda perlu tahu tentang masalah kesihatan dalam keluarga contoh kencing manis, darah tinggi, sejarah keluarga kalau ada kembar
      - pemeriksaan darah termasuklah full blood count, kumpulan darah, hepatitis b screening, ujian darah untuk sifilis dan HIV. Pemeriksaan darah tersebut juga akan dilakukan kepada encik suami.
      - keputusan darah yang akan siap pada hari yang sama adalah full blood count. Ini adalah untuk mengetahui kandungan sel darah merah yang sangat penting semasa mengandung dan wanita hamil mudah mendapat masalah anaemia.
      - bergantung kepada klinik, tarikh untuk temujanji seterusnya akan diberi. Juga akan diberi tarikh untuk berjumpa dr untuk kali pertama.
      - temujanji bersama dr penting untuk dr melihat semua keputusan darah, membuat dating scan (scan kali pertama untuk melihat kandungan, mengetahui tempoh kandungan), merancang rawatan seterusnya untuk ibu sekiranya mempunyai apa apa risiko yang berkait dengan kehamilan

9⃣ sila ikut tarikh temujanji seterusnya. Mengambil vitamin yang diberikan oleh dr.

🔟 sila pastikan buku rekod kesihatan ibu mengandung sentiasa berada bersama anda. Ia umpama passport kedua anda.

Memang nampak macam sulit buka buku merah di KK tapi bukan kami sengaja menyusahkan pesakit. Kesihatan ibu mengandung dan anak dalam kandungan sangat penting untuk dijaga kerana ia adalah indikator untuk melihat sejauh mana perkhidmatan kesihatan sesebuah negara. Sebab itu semua perkara yang melibatkan ibu mengandung dijaga sangat rapi. Jika ada kematian melibatkan ibu mengandung, akan ada mortaliti meeting dan perkara ini akan diselidik hingga ke akar umbi dan dibincangkan di peringkat negeri.



Semoga panduan ini membantu wanita wanita yang kali pertama mengandung. 
😀 saya mahu semua melalui waktu waktu indah selama 40 minggu bila satu jasad ada dua jantung berdenyut bersama. 
Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Allah!




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in