TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Rahsia Kecantikan Victoria Beckham

Saya terbaca beberapa hari lepas tentang Victoria Beckham. Siapa tak kenal Victoria Beckham atau Posh Spice, isteri kepada bintang bola sepak terkenal David Beckham. Victoria berumur  42 tahun dan mempunyai 4 orang anak dari perkahwinannya bersama David.



Dalam berita tersebut menyatakan Victoria mengamalkan makan ikan salmon dalam setiap hidangannya sehari untuk menjaga kesihatan kulitnya. Menurut Victoria, dia makan ikan salmon tiga kali sehari iaitu pagi, tengahari dan malam. Amalan tersebut adalah saranan dari seorang doktor pakar kulit di Los Angeles Dr Harold Lancer untuk menjaga kesihatan kulitnya.

Ikan Salmon memang kaya dengan Omega 3 yang amat baik untuk rawatan kulit. 


Antara kelebihan mengambil omega 3 🐟🐟🐟 adalah

1⃣ dapat menurunkan paras tekanan darah untuk mereka yang mempunyai darah tinggi

2⃣ menaikkan HDL - kolesterol yang baik 

3⃣ menurunkan risiko kematian, serangan jantung, rentak jantung yang tidak normal dan stroke untuk pesakit yang mempunyai masalah jantung

4⃣ melambatkan salur darah menjadi keras

5⃣ mengurangkan radang 

6⃣ melambatkan proses penuaan spesifik untuk pesakit jantung

7⃣ mengurangkan sakit sendi untuk pesakit rheumatoid arthritis

8⃣ memperbaiki fungsi buah pinggang

9⃣ mengurangkan masalah mata 👀 - macular degeneration 

🔟 mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, usus dan prostate

Selain daripada itu, omega 3 bila digunakan dengan rawatan lain boleh membantu merawat masalah post partum depression, schizophrenia dan bipolar. Ia juga boleh mengurangkan masalah cognitive dan menguatkan daya ingatan. 

Omega 3 sesuai untuk semua peringkat umur. Dari kecil sampai warga emas sebab kebaikannya sangat banyak. Ibu yang mengandung dan menyusukan anak pun sangat digalakkan mengambil omega 3. Omega 3 dapat membantu pembentukan mata dan otak bayi. 

American Heart Association mencadangkan pengambilan 1 gram sehari minyak ikan atau 2-4gram sehari kalau anda ada kolesterol tinggi. 

Victoria Beckham mungkin senang nak makan salmon tiga kali sehari tapi untuk kita yang susah  nak cari dan masak salmon, boleh la ambik omega 3 dalam bentuk capsule. Lagi mudah! Jimat duit, masa dan tenaga. Jadi kalau nak cantik dan sihat macam Victoria Beckham boleh amal omega 3.



Semoga sedikit pelaburan mengamalkan mengambil omega 3 memberi kesihatan yang baik untuk terus beramal.

Insya allah omega 3 💊💊
✅ LULUS KKM
✅ Halal
✅ Money back guarantee 

Untuk konsultasi kesihatan yang lebih baik boleh hubungi saya. Insya allah saya akan membantu. 😀

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in