TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 40: Badan Panas Tapi Tak Demam

SOALAN:

Salam doktor, isteri saya ada masalah panas badan tapi tak berpeluh. Kadang kadang dia menggelupur cakap badan dia panas. Apa kemungkinan masalah dia ya?

JAWAPAN:

Waalaikumsalam. Terima kasih kerana bertanya.

Saya akan menjawab secara general kerana encik tidak berikan maklumat lain seperti umur isteri dan jika isteri ada masalah kesihatan yang lain yang mungkin berkait dengan masalah ini.

Rasa panas badan tapi tak berpeluh, tak demam, atau dikenali sebagai "hot flushes" berlaku dikalangan wanita disebabkan hormon estradiol menurun.



HOT FLUSHES berlaku pada wanita yang putus haid (menopause) atau perimenopause (2-3 tahun sebelum putus haid). Rasa panas itu selalu bermula pada kawasan muka atau dada dan boleh merebak hingga ke seluruh badan. Adakala rasa panas ini boleh datang bersama dengan berpeluh dan jantung berdebar. Boleh berlaku selama dua hingga tiga puluh minit dan berulang setiap minit atau setiap minggu. Ada yang sampai menyebabkan pengsan dan kulit terasa panas bila disentuh.

HOT FLUSHES yang teruk boleh mengganggu tidur dan menyebabkan mood wanita tadi berubah ubah dan senang marah.

Jika masalah ini berlaku pada wanita muda, mungkin ada masalah pada kelenjar pituitary dan perlu pemeriksaan doktor. Wanita muda yang menopause awal disebabkan masalah rahim, akan mendapat masalah hot flushes ini lebih teruk dari wanita yang menopause secara natural.

Antara rawatan yang akan diberikan di klinik atau hospital kepada wanita yang mengalami hot flushes yang teruk adalah
📌 hormone replacement therapy - terapi gantian hormon

📌 ubat SSRI

📌 ubat clonidine

Antara alternative lain yang boleh mengurangkan masalah hot flushes adalah

🚩Ginseng

🚩 Black Cohosh


Kedua dua herbal ini mengandungi phytoestrogen yang boleh membantu wanita yang menghadapi masalah hot flushes.

Dinasihatkan juga untuk mengurangkan makanan pedas dan kurangkan pengambilan alkohol dan kafeien untuk membantu masalah ini.

Saya harap jawapan ini membantu saudara dan isteri.





 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in