TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Perkara Yang KENA TAHU Sebelum Beli Pembersih Wanita

Saya ingin kongsikan beberapa perkara tentang penggunaan pembersih wanita. Tak dinafikan banyak produk pembersih wanita yang ada di pasaran dan banyak wanita yang menggunakan produk tersebut sebagai salah satu benda penting untuk kebersihan diri.

Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, wanita kena tahu beberapa perkara tentang bahagian sulit mereka dan penggunaan pembersih wanita yang betul.

Gambar hiasan

🌸 pencuci wanita yang digunakan perlu spesifik supaya tidak mengubah persekitaran normal bahagian tersebut yang boleh menyebabkan radang pada vagina, jangkitan kulat dan masalah kesuburan.

🌸 penggunaan pembersih wanita yang tidak bijak mempunyai hubung kait dengan keadaan yang lebih teruk seperti masalah kesuburan, kanser pangkal rahim, kelahiran pra matang dan kematian anak dalam kandungan.

🌸 persekitaran vagina berada dalam pH asidic 3.5-4.5 dan mempunyai normal flora yang didominasi oleh lactobacili.

🌸 Normal flora - lactobacilli memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan vaginal acidity dengan mengeluarkan asid laktik dan memberi perlindungan dari penyakit kelamin.

🌸 pH vaginal mudah berubah disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor faktor tersebut adalah perubahan hormon, peningkatan usia, vaginal delivery, mengambil antibiotik, merokok ataupun mengambil krim ataupun spray pada kawasan tersebut, makan makanan ringan juga boleh menyebabkan pH vagina berubah

🌸 wanita perlu AMBIL BERAT TENTANG FAKTOR YANG BOLEH MENGUBAH pH VAGINA untuk mengelakan pertumbuhan sebarang masalah yang tidak diingini pada kawasan tersebut.

🌸 pembersih wanita yang spesifik mengikut persekitaran kawasan tersebut PENTING untuk maintain pH dan seimbangkan microflora pada vagina wanita.

🌸 Jika pembersih tersebut lembut dan sesuai dengan vagina, it is fine untuk gunakan lebih dari sekali setiap hari sebab ia akan membantu pertumbuhan flora yang baik dan menyeimbangkan acidic pH pada vagina tanpa menyebabkan gangguan dan jangkitan pada kawasan tersebut yang sangat sensitif.

🌸 Pembersih wanita yang bagus bermanfaat semasa datang haid atau selepas melakukan aktiviti fizikal yang berat. Ia juga membantu semasa wanita itu hamil, selepas bersalin, menyusukan anak dan kepada wanita yang sudah menopause.

🌸 Selalu pilih pembersih yang berasid dan tidak mempunyai pewangi

🌸 selain pilih pembersih yang betul, wanita perlu mengamalkan kebersihan vagina yang baik dan betul seperti  selalu menukar seluar dalam yang basah secepat mungkin selepas aktiviti air dan menukar tuala wanita sekerap mungkin semasa datang haid dan yang paling penting mengelap kawasan sulit dari depan ke belakang.



Semoga ilmu ini membantu semua wanita yang 
suka menggunakan pembersih wanita.
Gunakan secara berhemah 😊




MILKBOOSTER, Adakah Satu Keperluan Untuk Ibu Menyusu?

Saya terima aduan seorang ibu yang mengadu mengambil set menyusu tapi kuantiti susu yang dipam tidak sebanyak mana. Saya tak nafikan sekarang pelbagai produk yang dikeluarkan untuk memancing ibu menyusukan bayi membeli produk produk yang dikatakan boleh menambah susu badan.

Percayalah saya antara ibu ibu yang memang berusaha untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu untuk dua tahun dan saya sangat susah hati bila kuantiti susu yang dipam tiba tiba menurun ditambah jika stok keperluan untuk anak dalam peti sejuk tidak cukup. Saya juga telah mencuba pelbagai produk yang dikatakan dapat meningkatkan jumlah susu ibu. Ini semua semasa saya menyusukan anak saya yang kedua. Bila mana ilmu tentang breastfeeding masih belum cukup.

MILKBOOSTER bukanlah satu keperluan atau perkara wajib yang  perlu ibu ambil untuk menambah susu ibu. Milkbooster seseorang ibu berbeza beza. Bukan semua orang sesuai ambil produk X, ada yang ok dengan produk Y. 

Yang paling penting ilmu tentang breastfeeding, bagaimana susu akan terhasil. Ada ibu yang berjaya menyusu badan cukup 2 tahun TANPA milkbooster!


Saya lebih suka mengatakan setiap supplement yang ibu ambil sebagai nutrisi ibu menyusu. Supplement membantu memberi tenaga kepada ibu dan membekalkan bahan mentah untuk penghasilan susu.

Ada makanan makanan tertentu yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu contohnya KURMA. Ini testimonial saya sendiri. Susu saya sangat banyak masa saya amalkan kurma sebagai snek. Sampai sekarang saya masih amalkan mengambil kurma. Susu kurma! Alhamdulillah, rezeki anak ke3 saya masih tak putus. πŸ˜„

Ibu kena faham bagaimana susu terhasil. Ada hormon yang penting dalam penghasilan susu - oxytosin dan prolaktin yang dikawalselia oleh otak.



Ibu kena bayangkan cik B πŸ™Š macam tangki. Tangki akan diisi oleh air bila tangki kosong. Jadi prinsip penting ibu kena faham KENA SELALU KOSONGKAN CIK BπŸ™Š! Baru otak akan sense kena hasilkan susu baru.

Kalau cik BπŸ™Š PENUH, susu baru takkan dihasilkan. Lama lama ada satu reseptor akan terhasil yang akan memberi isyarat kepada otak tak perlu buat susu banyak2 sebab susu dah cukup. Sebab itulah masalah susu kurang akan melanda ibu.


Jadi kena selalu kosongkan cik BπŸ™Š

Ibu kena Tahu:

🌸 vitamin/supplemen/ milkbooster BUKAN ubat magik untuk ibu yang eager nak susu banyak. Ia membantu ibu bertenaga dan membekalkan zat zat penting untuk tubuh dan sebagai bahan mentah yang tidak dapat diisi melalui pemakanan ibu untuk menghasilkan susu.

🌸 milkbooster antara seseorang ibu TIDAK SAMA

🌸 yang paling penting ibu kena faham prinsip bagaimana susu dihasilkan. yang penting demand and supply!

🌸 kena minum air banyak about 3-4 litre per day. Tak kisahlah air apa pun sebenarnya. Air suam lagi bagus dalam membantu pelancaran susu. Amalkan sebelum dan selepas menyusu dan mengepam.

🌸 boleh rujuk panduan pemakanan ibu menyusu yang saya tulis sebelum ini.

🌸 power pumping boleh buat selang sehari. Menurut pakar laktasi, target power pumping adalah untuk panggil balik hormon untuk hasilkan susu. Kadang kadang masa power pumping bukan keluar susu, tapi pam angin. So jgn stress kalau masa power pumping tak dapat susu byk.

🌸 kena stay positive. Kurangkan stress! Yakin jer susu ibu cukup untuk anak. 

🌸 tambahkan kekerapan mengepam bila kuantiti susu yang dapat kurang dari yang diperlukan. Sebab tu jadual target susu yang diperlukan boleh membantu.

🌸 tandem pumping pun boleh membantu. Sebelah menyusu anak, sebelah lagi pam.

🌸 doa banyak2. Jangan mudah putus asa. bersyukur dengan setiap hasil perahan.

🌸 consider supplement bila ibu rasa tak dapat nak penuhkan 5 kumpulan makanan yang diperlukan untuk setiap hari dan BUKAN UNTUK TAMBAH SUSU. 



Percayalah, bila mana Allah nk bagi pahala dekat ibu yang menyusu,
 perjalanan itu akan sentiasa diuji.
  Yang penting, JANGAN PUTUS ASA! 



Jom Ke PHANTAMANIA!

Beberapa hari lepas saya berkesempatan membawa anak anak ke satu tempat menarik di Pulau Pinang. Tempat menarik ini baru saja dibuka kepada orang awam bermula July 2016.

Saya dan keluarga ke sana tanpa perancangan. Mulanya kami ke Padang Kota Lama untuk mengambil angin petang. Memang ramai orang di tepi laut tambah pulak cuaca petang Jumaat itu agak redup. Tidak terlalu panas untuk anak anak bermain.

Hadif dan Balqis seronok bermain buih buih belon. Angin laut memang mendamaikan. Menghilangkan tekanan seminggu bekerja. Harriz yang baru baik dari demam turut teruja menikmati dingin bayu laut. πŸ˜€πŸ˜€




Hampir sejam berada tepi pantai, saya cuba untuk mencari tempat lain untuk membawa anak anak. Bila saya berhentikan kereta di tepi Fort Conwallis, ada iklan tentang PHANTAMANIA.

Rupanya Phantamania adalah tempat baru untuk pelancong. Ia lebih kurang seperti muzium 3D. Sesuai untuk yang suka berselfie.

Yang menarik tentang Phantamania adalah cara ia menggunakan cermin sebagi pantulan imej yang menjadikan gambar sangat menarik. Bukan anak anak saja yang teruja, mak budak pun seronok sama melayan tempat tersebut. πŸ™Š

Ada satu stesen FREEZEMANIA yang menggunakan elemen musim sejuk sebagai lokasi penggambaran. Anak anak saya sangat excited seolah olah berada di kutub. Ada igloo, ada bath tub yang penuh dengan replika ais, ada tempat konon konon kita berada di istana ais seperti dalam filem FROZEN.








PHANTAMANIA
Lokasi : 193, Lebuh Victoria,10300 Georgetown, Penang

Buka setiap hari 10am - 7pm

Harga tiket
Dewasa rm19
Kanak kanak dan warga emas rm12
Kanak kanak bawah 100cm PERCUMA πŸ‘


Jom cuti cuti Penang 😊


Servis Pam Susu di Medela Service Centre

Salam semua. Semoga semua sentiasa sihat dan dalam perlindungan Allah selalu. πŸ’ͺπŸ’ͺ

Kali ni saya ingin berkongsi kisah pam susu yang paling saya sayang. Saya guna pam Medela Freestyle yang saya beli sejak anak ke 2, tahun 2012. Dah 4 tahun bersama saya. Saya beli di mom and baby fair di Midvalley KL. Masa tu saya bekerja dan tinggal di Putrajaya. Saya ingat lagi masa tu, saya dan suami baru lepas check up pregnancy di hospital, excited sangat nak dapat baby girl. Allahuakbar, saya memang bersungguh berjanji dengan diri sendiri untuk menyusukan anak yang kedua ini dengn susu sendiri.


Dengan adanya pam susu yang saya sayang ni, alhamdulillah, saya masih dapat gunakannya untuk anak ke3 ni. Ingatkan dah nak tutup kedai, rupanya perancangan Allah lagi hebat. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Apabila dah berusia 4 tahun, rupanya tanpa saya sedar, ada sesuatu yang tak kena dengan pam ni. Ingatkan kalau dah tak guna 2 tahun, kira OK, rupanya tak. Saya cuma sedar tentang masalah pam ni bila secara tiba tiba, saya dapat bengkak susu. Allah, sakit sungguh bila tiba tiba saja cik BπŸ™ˆ bengkak. Sampai demam saya dibuatnya. Saya ingat sebab saya tak timing pam dengan betul, rupanya bila diselidik dengan betul, pam saya yang tak dapat suck dengan baik. Jadi cik BπŸ™ˆ tak dikosongkan, maka terjadilah block duct dan bengkak.

Sebelum dapat fikir tentang punca cik BπŸ™ˆ sakit tu dari pam saya, saya bagi Harriz menyusu sekerap yang boleh untuk cuba kurangkan bengkak. Saya tuam cik BπŸ™ˆ. Bila pam, susu dari cik B keluar tak sampai 1oz. Allah bertambah la stress sebab dah nak naik kerja.

Bila dah tau masalah pam, terus saya mencari Medela Service Centre di Pulau Pinang. Sebenarnya pam saya pernah ada masalah bateri masa menyusukan Balqis. Dah pernah hantar untuk tukar bateri. Mujur masa tu dalam gerenti lagi. Kali ni tak tau la berapa nak kena. Hihihi.

Saya ke Penang untuk mendapatkan bantuan dari Medela Service Centre. Pusat ini terletak di Jalan Van Praugh. Memang tricky nak cari jalan untuk ke sini. Dah la banyak jalan sehala. Memang kena minta bantuan orang dan juga GPS.



Akhirnya alhamdulillah berjaya juga sampai. Medela Service Centre ni rupanya  kedai baby yang jual barang barang keperluan bayi dan juga jual original spare part pam susu Medela.

Org Medela yang handle pam susu saya tu sangat la peramah bila bagitau pam tu ada masalah. Mula mula dia check pam dulu. Rupanya dia boleh check suction pressure untuk pam ni. Memang suction ada problem dan alhamdulillah bukan dari motor. Problem dari suction tubing. Lega saya. Harga suction tubing tak la mahal sangat compared kalau motor problem. Kalau mahal, memang saya kena consider untuk beli pam baru.



Lepas semua checking selesai, saya dapat la pam susu semula untuk Harriz. Yey!!!

Kalau ada yang pakai pam medela, here is the contact number for service centre untuk dihubungi kalau ada apa masalah. Not really sure abt the centre in KL. May be you can give a call from the numbers in the card. =)



Semoga membantu. 😊😊






Pemeriksaan Rutin untuk Ibu Mengandung di Klinik Kesihatan

Kali ni saya ingin mengambil peluang untuk menerangkan ujian rutin untuk ibu mengandung yang akan dibuat di klinik kesihatan. Ibu mengandung ditatang oleh staff kesihatan. Kalau tak datang klinik untuk temujanji, jururawat akan telefon bertanya khabar dan hingga ke tahap membuat lawatan ke rumah untuk melihat pesakit. Kesihatan Ibu mengandung akan dilihat dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sangat terperinci malah setiap aduan ibu akan diberi perhatian.




Kita mula lepas ibu mendaftar di klinik untuk temujanji

1⃣ Berat badan - berat badan ibu akan dipantau setiap kali temujanji. Berapa banyak kenaikan yang diperlukan oleh ibu mengikut trimester.
Kenaikan berat badan mendadak boleh disebabkan kencing manis ataupun tekanan darah tinggi. Kehilangan berat badan mungkin berlaku pada trimester pertama kerana morning sickness

Saya paling tak suka bab ni, sebab saya suka bila berat badan bertambah setiap kali temujanji. Masa ni lah saya dapat gemuk. Pernah sekali berat badan naik sampai 4kg dalam masa sebulan, terus nurse bising. Hihihi. Dr pun kena marah tau πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

2⃣ ujian air kencing 
Urine test juga merupakan ujian wajib setiap kali datang temujanji. Perkara yang ingin dilihat daripada ujian ini adalah protein (albumin) dan gula (sugar). Jika ada albumin, dan tekanan darah ibu tinggi, ibu sangat berisiko untuk mendapat sawan. Kandungan gula dalam air kencing juga memberi hint kepada doktor mungkin pesakit mengidap kencing manis.

3⃣ pemeriksaan darah 
Pada lawatan pertama memang banyak blood test yang kena buat termasuklah kumpulan darah, saringan penyakit kelamin seperti HIV dan sifilis dan baseline sel darah merah.
Yang akan dipantau seterusnya adalah sel darah merah sebab ibu mengandung kebanyakan akan mengalami masalah kurang sel darah merah.

4⃣ tekanan darah 
Tekanan darah selalunya rendah pada waktu kehamilan. Tekanan darah tinggi boleh berlaku semasa mengandung dan mengundang banyak komplikasi kepada ibu dan anak dalam kandungan. Antara yang boleh berlaku baby tidak membesar dan pre eklampsia.

5⃣ pemeriksaan fizikal 
Selalunya kali pertama bersama doktor yang merawat akan membuat pemeriksaan fizikal dan mendengar degupan jantung dan pernafasan paru paru ibu. Ini untuk memastikan ibu dan akan mengesan sebarang masalah kesihatan yang boleh menganggu kandungan kelak.

6⃣ pemeriksaan abdomen
Bahagian perut ibu akan diperiksa setiap kali temujanji. Ini untuk memastikan rahim membesar sama dengan usia kandungan. Ini akan membantu untuk memberi gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi. Kita boleh detect awal contohnya jika rahim membesar lebih dari usia kandungan antaranya disebabkan terlalu banyak air ketuban ataupun kandungan kembar.

Pada trimester ke3, pemeriksaan abdomen akan membantu untuk mengetahui kedudukan kepala bayi dan samaada kepala bayi telah turun ke bahagian ruang pelvik.

7⃣ ultrasound scan 
Yang ni semua ibu mesti excited sebab nak tengok si kecil dalam rahim. Kalau boleh tiap kali visit nak scan. Tapi rutin ultrasound di KK hanya dibuat pada waktu waktu tertentu sahaja. Selalunya pada trimester pertama dan pada usia kandungan 18-20minggu.

Pada trimester pertama, sebelum 10 minggu, ultrasound boleh memberi jangkamasa kandungan dan jangkaan tarikh kelahiran.

Pada usia kandungan 18-20 minggu, ultrasound dilakukan untuk melihat baby membesar mengikut usia kandungan dan mengesan keadaan yang tidak normal.

Ini antara ujian ujian rutin untuk ibu mengandung di klinik kesihatan.

Semoga panduan ini membantu ibu ibu yang mengandung. 
semoga dipermudahkan urusan untuk menggalas amanah 
dan rezeki yang diberikanNya. 




Review Buku: MOVE ON

Tajuk: MOVE ON 
Penulis: Reyna Ibrahim
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Mukasurat: 190 
Harga: RM 22



Sejak kebelakangan ini saya suka membaca buku buku motivasi. Hidup kita tak dapat lari dari ujian. Ujianlah yang memberi kekuatan kepada kita. Tak kisahlah ujian apa sekalipun, rumah tangga, kesihatan, anak anak, wang ringgit. Ada saja cara ujian yang Allah beri. Allah beri sebab Dia sayang. Saya selalu teringat kata kata ustaz Ebit bila dilanda ujian - Allah uji sebab Allah SAYANG kita. 

Buku MOVE ON ini tulisan dari hati penulis Reyna Ibrahim. Bagaimana dia bangun kembali dari ujian hidup yang dilaluinya. Dia diuji dengan keruntuhan rumah tangga. Mana ada orang berkahwin ingin bercerai. Perceraian merupakan satu perkara yang takkan terlintas di hati mana mana insan yang berkahwin. Semuanya ingin bahagia hingga ke akhir usia. Perceraian akan mengubah hidup seseorang 360 darjah. 

Bukan mudah untuk menerima ujian. Mulut boleh la kata "saya redha" tapi dalam hati belum tentu perasaan itu adalah sama. Reyna Ibrahim menulis dari hati, penuh puitis kata kata yang diungkapkan. Adakala air mata ini tumpah tanpa sedar ketika membaca naskhah ini. 

Saya tertarik dengan cara yang diperkatakannya. Bila mana diri diuji, kembali dekatkan diri dengan Allah. Ini cara terbaik Allah panggil kita balik padaNya. Dia ingin tunjukkan kasih sayangNya lagi hebat dari manusia. Dia ingin mendengar rayuan hambaNya. 

Bermula dengan istigfar, solat sunat tahajjud, zikir, doa semuanya akan membantu menenangkan jiwa yang berduka. 

Saya teringat tazkirah ustaz Ebit tentang kehebatan istighfar. Semasa Imam Ahmad Ibnu Hambal keluar kota, dia ingin berehat sementara di dalam masjid, lalu dia dimarah oleh orang masjid kerana tidak boleh tidor dalam masjid. Lalu Imam Ahmad ibnu Hambal ingin berehat di kaki ruang masjid pun tak boleh. Sampai lah dia bertemu dengan seorang pembuat roti yang menawarkan Imam ibnu Hambal datang ke rumahnya. Imam Ahmad Ibnu Hambal melihat pembuat roti itu melakukan kerjanya sambil beristigfar. Sambil berbual dengan Imam Ahmad Ibnu Hambal, pembuat roti itu pun berkata, "aku dah dapat semua yang aku nak, cuma satu ja lagi aku belum dapat, yang aku nak sangat", Imam Ahmad kemudian bertanya " apa yang engkau nak sangat". Pembuat roti pun berkata " aku ingin bertemu dengan Imam Ahmad". Allahuakbar Imam Ahmad terkejut lantas berkata "rupa rupanya dengan Istighfar kamulah yang membawa aku ke sini" 

Itu antara yang diperkatakan oleh Reyna Ibrahim dalam buku MOVE ON ini. Banyak lagi yang menarik. Cerita realiti, cerita hati seorang wanita kuat yang ingin bangun lepas diuji. 

Apa sekalipun ujian yang datang, formula yang sama boleh diguna pakai. Insya Allah akan tersingkap  hikmah di sebalik ujian apabila hati telah REDHA.



Saya bagi 5 bintang untuk buku ini. Boleh cari dekat kedai buku MPH. Pujuk lah hati yang duka. Semoga setiap ujian menjadi tiket buat kita ke syurga! πŸ˜€



Percutian Bajet Ke Pulau Langkawi

Baru baru ni saya berkesempatan meluangkan masa bersama anak anak di pulau langkawi. Percutian ini telah dirancang beberapa bulan sebelum ini. Saya ingin berehat bersama anak anak setelah penat bekerja. Percutian ini juga merupakan hadiah untuk anak sulung saya yang berjaya ke final cabaran membaca di tadika dan dapat memakai tali pinggang kuning selepas ujian taekwando tempohari.

Seminggu sebelum ke Langkawi, berita memberitahu minggu yg saya rancang itu adalah minggu Air pasang besar. Almost setiap hari hujan di Sg Petani. Allah saya sendiri bimbang bagaimana nanti untuk ke sana dan semasa berada di sana. Tentu tidak seronok kalau cuaca hujan. Tambahan pula dengan membawa anak anak kecil.

Kami ke sana pada hari Jumaat. Saya tidak sendirian bersama anak anak. Kami ditemani keluarga pak cik saya yang tinggal di Perlis. Kami memilih untuk ke Langkawi melalui Kuala Perlis. Saya pernah juga ke sana melalui Kuala Kedah. Bagi saya, Kuala Perlis lebih selesa.

Reasons:
πŸ“Œ perjalanan menaiki Feri melalui Kuala Perlis LEBIH CEPAT - lebih kurang sejam. Kalau melalui Kuala Kedah lebih kurang Dua jam

πŸ“Œ jeti kuala Perlis lebih selesa dan nampak terurus. Penumpang tidak perlu berjalan jauh untuk sampai ke feri

πŸ“Œ kawasan untuk parking di Kuala Perlis lebih banyak. Tak perlu jalan jauh untuk ke jeti.

Parking di Kuala Perlis RM60 sehari
Tiket Kuala Perlis - Langkawi : dewasa RM18           Kanak kanak (3 - 12 tahun) RM 13 

Kami menaiki feri pada pukul 6 petang. Alhamdulillah cuaca sangat baik pada hari itu. Kami sampai di Langkawi lebih kurang pukul 7 petang. Pak cik saya yang merancang percutian ini telah booking kereta sewa dan termasuk penginapan sekali.

Percutian kali ini lebih kepada percutian singkat dan bajet. Kami menginap di Langkawi Baron Hotel di Kuah . Kata pak cik, lebih mudah menginap di Kuah kerana senang untuk kami membeli belah. Hihihi 😁. Kami pilih hotel bajet sebab kami akan habiskan banyak masa di luar berbanding di dalam hotel. Balik hotel untuk terus tidor.

Kalau anda memang datang untuk berehat, untuk tenangkan fikiran, mungkin boleh pilih hotel yang mahal sikit. πŸ˜€

Review Langkawi Baron Hotel
πŸ“Œ harga semalam RM100
πŸ“Œ deposit rm50
πŸ“Œ bilik dengan katil queen
πŸ“Œ aircond ada masalah - tak berapa sejuk
πŸ“Œ water heater memang ada masalah - temperature panas tak boleh laras.
πŸ“Œ pintu bilik air bilik 406 asyik terkunci dari dalam hingga perlukan bantuan pihak hotel untuk membukanya
πŸ“Œ hotel bajet yang ada breakfast. Walaupun menu tak banyak tapi cukup untuk alas perut waktu pagi
πŸ“Œ ada pasar malam (hari sabtu) betul betul depan hotel. Menarik untuk cuci mata.
πŸ“Œ lokasi strategik dekat pekan Kuah
πŸ“Œ saya bagi 2 ⭐️⭐️ untuk hotel ni.

Kami makan malam di gerai makan depan hotel.

Review gerai makan depan hotel
🚩mahal
🚩kurang sedap πŸ˜“
🚩servis lambat

Lepas makan malam, kami ke Dataran Lang. Walaupun dah lama benda alah ni dibina, ini kali pertama saya ke sini bersama keluarga. Kawasannya sangat luas. Anak anak sangat seronok berlari ke sana ke mari. Binaan helang sangat memukau anak anak kecil. Walaupun jam sudah pukul 1130, anak anak saya masih belum mengantuk. Mungkin terpegun dengan binaan burung yang menjadi kebanggaan anak Langkawi.

Balik terus tidor. 😴😴😴

Hari kedua di Langkawi

Lepas breakfast, terus saja kami ke Oriental Village. Memasang niat berharap dapat naik cable car. Walaupun cuaca agak mendung pagi itu. Saya berdoa dalam hati dapat membawa anak anak ke puncak gunung Mat Cincang.

Masa kami sampai lebih kurang pukul 9 pagi, masih belum ramai pengunjung. Untuk parking kereta ada 2 tempat yang anda boleh pilih;

1- parking kereta dengan flat rate RM 10 untuk sehari
2 - parking kereta dengan RM3 untuk dua jam pertama, RM 1 untuk jam berikutnya

Jadi pilih la yang rasa sesuai. Kalau memang nak spend the whole day kat situ, ambil lah yang flat rate. Kalau  nak pergi tempat lain juga, ambil yang second choice tu pun dah ok.

Masuk saja Oriental Village, buat saya betul betul teruja sebab banyak sangat yang berubah berbanding masa saya sampai kali terakhir pada 2012. Anak anak lagi lah excited.

Untuk masuk ke cable car, ada pelbagai pakej yang diberikan. Tengok apa yang kita nak masuk sebab mengambil pakej boleh menjimatkan duit. Saya dan keluarga mengambil pakej basic. Pakej basic adalah untuk menaiki cable car, skydome dan masuk cinema skytrex.

Harga dewasa RM30
Harga kanak kanak (2 hingga 12 tahun) RM22

Untuk beli tiket, memang kena berikan MyKad dan MyKid. So tak boleh tipu umur la.

Sebelum dapat menaiki cable car, kami dibawa masuk ke SKYDOME. Sebenarnya skydome dibuat untuk mengurangkan kesesakan menaiki cable car semasa waktu puncak.

Wayang yang ditayangkan membuatkan anda seolah olah menaiki roller coaster.

Yang penting memang kena follow betul2 gambar tersebut baru boleh feel. Cuma yang kurang sikit, tempat duduk tu statik. wayang tersebut lebih kurang 10minit.

Review: 3 ⭐️⭐️⭐️

Kemudian baru kumpulan kami dilepaskan untuk menaiki SKYCAB (cable car) . satu gondola boleh dinaiki 6 orang. jadi kalau tak cukup 6 orang, kena la kongsi dengan orang lain.

kami sampai ke hentian kedua cable car. Ia lebih kurang 1700meter dari base station dengan ketinggian 650m dari paras laut. kami berhenti seketika di sini untuk melihat permandangan yang dilitupi kabus pagi.

kami teruskan lagi menaiki cable car ke station puncak gunung yang berada pada 708m dari paras laut. terdapat 2 platform yang boleh dilawati untuk melihat panorama indah Pulau Langkawi.

Anak anak mengambil kesempatan makan aiskrim dan pop corn di puncak gunung. Allah harga sepotong aiskrim RM5 dan sebungkus pop corn RM7. Sesekali habiskan duit untuk anak anak.

Kami turun ke bawah lebih kurang pukul 11pg.

Review: 4 ⭐️⭐️⭐️⭐️

Di setiap station ada beberapa staff yang akan menahan anda untuk mengambil gambar untuk kenang kenangan. Jadi bersedialah untuk bergambar! Harga sekeping gambar adalah RM30. Ada juga sekali yang ditawarkan beserta key chain ataupun Fridge magnet. Harga tersebut agak mahal untuk saya tapi kalau difikirkan untuk sekali sekala, boleh la untuk dipertimbangkan.

Kami kemudian ke SKYREX yang termasuk sekali dalam pakej basic. Skyrex adalah satu tempat menayangkan filem 3D yang berunsurkan zaman dinosaur. Bila masuk ke dalam, kami diberikan cermin mata 3D dan akan duduk di dalam tram. Kami seolah olah akan dibawa melawat kawasan dinosaur menggunakan tram. Effect filem, kerusi, sound memang power! Memang terasa berada dalam situasi sebenar.

Review: 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Habis di Skyrex, kami bersiar siar di kawasan Oriental Village. Anak anak ingin mencuba aktiviti di tasik yang terletak di tengah tengah kawasan kampung.

Boleh pilih antara Roller Orb atau Orb Ball . Anak saya memilih untuk bermain Orb Ball sambil ditemani oleh pak cik mereka. Bermain selama 10 minit di tengah tasik.

Harga: Dewasa RM 10      Kanak kanak RM5 

Review: 3 ⭐️⭐️⭐️

Kami kemudian meneruskan perjalanan ke WILDLIFE PARK Langkawi - Taman Hidupan Liar Langkawi. Anak anak begitu teruja untuk masuk ke taman tersebut. Untuk masuk terdapat pakej yang disediakan. Saya memilih Pakej A tiket masuk untuk 2 dewasa dan 2 kanak dan diberi 2 paket makanan haiwan. Pakej tersebut berharga RM82. Anak bongsu saya tidak dikenakan caj.

Terdapat pelbagai haiwan dalam kawasan ini. Ada yang boleh diberikan makanan yang diberi dan ada yang tidak. Makanan yang boleh diberi dipaparkan di bahagian papan tanda untuk rujukan pengunjung. Sungguh anak anak begitu seronok memberi haiwan makan terutama ketika memberi arnab dan rusa makan.

Review: 4  ⭐️⭐️⭐️⭐️

Petang Sabtu, lepas solat, kami ke Padang Mat Sirat untuk membeli belah sebentar dan kemudian mengambil angin petang di Pantai Cenang. Kami sampai di Pantai Cenang lebih kurang pukul 5.

Seronok melihat anak anak riang bermain ombak di pantai. Memang agak lama kami tidak ke pantai. Bermain pasir dan ombak sebenarnya merupakan salah satu terapi terbaik buat Hadif yang mempunyai masalah sensori. Saya ingat lagi kali pertama bawa dia ke pantai, dia sangat geli memijak pasir tapi kali ini sudah bertambah baik.

Angin petang di Pantai Cenang sangat mendamaikan. Menghilangkan penat seharian berjalan. Menghilangkan rasa tekanan yang ada di kepala.

Agaknya itulah sebab kita perlu sesekali bercuti bersama keluarga. Sungguh hilang sebentar semua masalah melihat riuh gelak ketawa anak anak bermain ombak dan pasir di pantai.

Review: 5  ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Ini antara aktiviti seharian pada hari Sabtu. Memang tak banyak tempat yang dilawati tapi tujuan utama adalah untuk menggembirakan hati anak anak. Kalau nak lawat penuh Langkawi ni perlu stay untuk beberapa hari lagi. Ikutkan di Oriental Village tu, kena spend satu hari sebab banyak lagi things yang you can explore over there tapi sebab kesuntukan masa, saya kena pilih yang sesuai.

Lepas ni satu entri khas untuk tempat Shopping wajib kat Langkawi. Sebelum tu layan gambar gambar menarik anak anak saya di Langkawi.
















 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in