TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Doktor Gigi Untuk Hadif

Kali ni saya nak share pengalaman bawa Hadif jumpa dentist. Saya bukan main risau bab ni. Saya banyak bertanya kawan kawan, mana tau boleh cabut gigi under sedation. Sebab saya doktor dan juga seorang ibu, dan saya tahu masalah anak saya, saya cuma mahu yang terbaik dan tidak mahu susahkan orang. Saya takut Hadif tak boleh cooperate dengan doktor gigi yang merawat dia.

Sebelum tu saya ada bawa Hadif jumpa dentist di klinik gigi sebab ada bengkak di bahagian gigi atas. Masa tu baru perasan gigi dia dah goyang. Dentist kata mungkin dia ada terhantuk menyebabkan gigi goyang dan bengkak tu sebab infection. So kena ambik antibiotik.

Saya perasan Hadif dah tak nak makan benda keras. Dah tak boleh gigit epal. Tapi kesian Hadif sebab tak boleh pandai bagitau dia sakit waktu tu. 😢😢😢

Puas bertanya, memang rasa kelakar nak cabut gigi yang dah goyang under sedation sedangkan sedation tu lagi bahaya dari cabut gigi. Senior saya cadangkan jumpa dentist di Lot 88. Sebelum ni saya pun pernah jumpa dentist, tapi saya tak yakin dentist tu boleh tackle Hadif.

Hari yang saya bawa Hadif tu, saya memang nervous sangat. Banyak kali saya cakap dengan Hadif, kita nak cabut gigi. Alhamdulillah pagi tu, kat klinik Dr Azreen tak ramai patient. Saya tak nak dentist buat dalam keadaan rushing. Sebab akan ambik masa untuk pujuk Hadif.

Dr Azreen tenang sangat pujuk Hadif. Banyak kali Hadif turun naik kerusi. Main tekan tekan air kt tempat duduk tu. Sebagai ibu, saya pun rasa mencabar. Dr Azreen kata, kena cucuk kt gusi Hadif. Allah, lagi la saya nervous. Boleh ka Hadif ni.. 😓😓😓. Tapi saya kena kuat. Siapa lg nak kuat kalau bukan ibu dia. Jenuh pujuk Hadif. Sampai saya basuh tangan nk tolong dr tu letak ubat gel kurang sakit kt gusi Hadif.

Sambil pujuk, Dr Azreen, terus cabut gigi Hadif. Melompat Hadif dari kerusi. Marah sebab gigi dia tak der. Gigi Hadif memang cantik. Tak rosak langsung sebab saya ajar gosok gigi. Antara tips yang saya dapat untuk stimulate sensory dalam mulut, brushing teeth sangat membantu. Alhamdulillah, lepas cabut gigi, Hadif tak banyak meragam. Tak cakap sakit pun. Untuk gigi yang seterusnya, Hadif sendiri yang minta untuk cabut gigi sebab dah goyang. Agaknya sakit nak mengunyah.



Sungguh saya sangat recommend klinik gigi ni. Saya pernah sembang sendiri dengan dr Azreen. Dia sangat baik. Dia akan handle sendiri patients di klinik dia dan takkan seboleh mungkin tidak mengambil doktor locum. Sampai sekarang dr azreen ingat saya sebab selalu bawa Hadif.

Kalau ada sesiapa di Sg Petani nak jumpa dentist, i highly recommend Klinik Dr Azreen. 😍






 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in